• Facebook

NASRUDDIN NASS

 














Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Image result for MWC 2020

Angin-angin mengenai pembatalan MWC Barcelona 2020 tercetus apabila beberapa syarikat besar mengumumkan penarikan diri mereka pada acara tahun ini. Tiga hari lalu, pihak GSMA akhirnya mengesahkan MWC 2020 Barcelona dibatalkan secara rasmi akibat wabak Covid-19 atau dikenali sebagai koronavirus baharu.
Ini adalah kali pertama acara dibatalkan sejak dianjurkan bermula pada tahun 2006. Pada mulanya pihak GSMA akan berbincnag bagi pembatalan acara pada hari Jumaat. Namun selepas Nokia menarik diri semalam, ia memaksa GSMA untuk mengumumkan pembatalan lebih awal. Sungguhpun acara telah dibatalkan. beberapa pengeluar seperti Sony akan terus mengadakan pelancaran peranti baharu secara atas talian.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Coronavirus novel tersebar di seluruh dunia  sejak kes pertama dikesan di China tengah pada bulan Disember, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak  kecemasan kesihatan awam  kebimbangan antarabangsa.
Sementara itu, beberapa negara, seperti Amerika Syarikat dan Jepun, telah memindahkan warga negara mereka dalam penerbangan dari Wuhan, ibu kota wilayah Hubei dan pusat wabak itu.
Di sini peta menunjukkan tempat-tempat di luar tanah besar China dengan kes yang disahkan coronavirus:
Tidak lupa juga, Jumlah persakit Cov19 di malaysia makin meningkat dan terkini malaysia ada di kedudukan ke-7 negara paling banyak pesakit. Moga semuanya selamat. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualikum hye guys (^0^)/

Lama juga dah tak update blog ni . Semester ni busy je memanjang tak sempat update blog langsung dengan assignment ntah apa2. Trinity lah, Jesus lah, 3 holy spirit lah..Okok dah stop pasal assignment maklumlah stress masa aku taip ni pun even cuti mid sem busy dengan assignment je ni.

Ok ok .Let back to our topic. Suka? Cinta? dan Rindu? menarik kan topic ni.. Aku pasti semua orang suka topic  ni. Aku terfikir pasal topic ni pun sbb aku terbaca dekat status member aku how he reject someone dengan Hikmah..Well not exactly reject but dia membalas confession sesorang pada dia dgn cara penuh hikmah.. meh aku tulis balik apa yang dia balas dekat perempuan tu. btw post kali ni aku dah mintak kebenaran @mifzal



wanita:

Hi saya minat awak tp tulah tak mampu berbuat apa.Soalan saya, awak dah berpunya ke?Kalau dah berpunya tak nak ambil hak orang .

My friend:

Dear awak.
Soalan awk, sy sertakan jawapan,nasihat sekali, to act as a motivation, guide to other people all ages.
Single, and yet not avalaible. Couple kan haram? Matlamat tak menghalalkan cara, walaupun couple acah islamic. Kalau diri kita "bercouple" kita ni merendahkan maruah keluarga kita, bermain cinta yg tidak pastinya milik kita,last2 break. Lps break cari yang lain, harga diri semakin rendah.
Sepatutnya malu tu kan perisai iman? Jgnlah ikut cara barat. Bercinta tapi bila kahwin semua tunggang terbalik. Cerai. Pengakhiran yg perit bagi kedua-dua pihak, bukan nak kata semua berakhir mcm tu, tetapi kalau dh haram tu adalah hikmah dia kan? kalau tak silap, sy ada dengar kata2 mcm ni "Jangan berjanji ketika gembira, jangan berkata ketika marah" mcm tu tak silap. Dikalau salah mohon maaf.
Perangai sewaktu bercinta hanyalah palsu,ibu bapa dia juga yg tahu perangai sbnar dia. Bila couple ia melibatkan 7 jalan zina, syaitan kan suka so benda tu mmglah seronok, kalau ajak kahwin, bila kita start sedar tanggungjawab berat yang perlu ditanggung oleh suami isteri terus kata tak bersedia. Sbb apa?sebab kita rasa bebas bila hanya bercouple, padahal haram. Lagi better kahwin terus,tanggungjawab membuatkan rasa cinta lagi kuat, kalau kita buat kerana Allah.
Benda yang kita suka tak semestinya baik untuk kita,dan vice versa. Baiknya, kita beri perhatian kpd keluarga kita dulu, selagi mereka ada di dunia ini, cinta dorg lebih tulen.Tahu, cinta Allah lagi tulen, tetapi merekalah  yg melahirkan kita jd hormati dan luangkan masa dengan diorang.
Dalam surah An-Nur ayat 26:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Bebas  dari difitnah, maruah keluarga terjaga.Innsyaallah kita akan jumpa jodoh kita pada waktu yg sesuai.The right people will come to you, Allah has planned everything, it's up to you to choose your path. Sekiranya ada jodoh, Kita pasti bertemu, untuk itu, sya harap awak dapat jaga diri baik-baik.
This is just what l've always hold, the faith and belief, that leads me. Your are free to do what you please, but i'm holding this, my faith
Your sincerely,Mifzal
Ok dah bacakan.So apa yang korang faham boleh share dekat ruangkan komen dibawah .

ok yang ni aku nak share pandangan aku. Well after read his post i realise berapa banyak aku dah berubah. yaa honestly after read his status i miss my old self. Yaa dulu aku ada  prinsip  yg hampir sama macam tu.but aku dah terlalu banyak berubah. maybe ni yang dikatakan santapan iman.

korang tahu tak. I love this one girl almost 7 years already. yaa we are close "friend" i keep my feeling secret. Me and the only one creator know. but few week ago after she keep pursuing me about how i felt. yaa i confess and after that neither rejection or acceptance.

but what i want to highlight here is even if she accept. what can we do? couple? keluar date? what more? bukan semua tu dosa? benda yang tak mendatangkan apa2 faedah. tambahan mendatangkan kemurkaan TUHAN? ni lah prinsip aku dulu. Why we confess when we are not ready to carry all the responsibilities as husband and wife. Why? tell me?

You know what? aku pernah berjanji pada diri aku. well nass kau simpan perasaan tu sampai satu masa kau dah ready to be a husband and if that time she have someone that she love .your support her what you can as a best friend. that time you will learn what we call JODOH dan TAKDIR.

btw what i mean by ready is ? well macam korang tahu aku tengah sambung degree and it take almost 2 and half year untuk habiskan and lepas habis belajar pun aku ada niat nak tunaikan impian parent aku untuk tunaikan haji with my own money sebelum aku berkahwin. that what aku ckp bila aku ready nak jadi husband sbb banyak impian yang aku nak tunaikan dekat parent aku.

so last yang aku boleh tambah dan kaitkan dari apa yang sabahabat aku dah tulis kat atas tu

kawal perasan suka,cinta dan rindu dengan DOA. Well sebagai orang islam tu lah satu-satunya senjata kita..

well that for tonight sayonara guys
renung-renungkan dan selamat beramal...



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Features
YMusic is a tool you can use to play YouTube video in background, and download video with variety formats (include MP3) totally FREE. 
Why do you have to load full video data while you only want to enjoy the music (audio)? YMusic helps you save a lot of bandwidth because it only load audio of the video, now you can enjoy millions music video in YouTube without worrying about data wasted.
Main features:

  • Play YouTube video in background
  • Download YouTube with variety formats: mp3, opus, webm, mp4,...
  • Search music video easily
  • Browse trending music videos



Experience the smart and beautiful player based on Jockey:
  • Customizable interface with 81 color combinations to choose from
  • Auto download album art, Last.fm integration for retrieving artist images and descriptions
  • Smart Playlists with fully customizable rules
  • Custom equalizers
  • Gapless playback
  • Home screen widgets
YMusic is forked from Jockey music player, this is an awesome open source project, discover it here: https://github.com/marverenic/Jockey

You Guys can download this app on :

LINK 1
LINK 2
LINK 3
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualikum, Hye, Ni hao !!!

ok harini aku nak share sikit kat mana korang boleh apply biasiswa untuk sambung first degree terutama lepasan Diploma, STPM, Matriculation & Foundation etc. Aku akan list kan top 10 yg selalu apply base on course yg diorangkan akan taja untuk first degree.



Top 5:

- Biasiswa yang di-pertuan Agong (BYDPA) 2019
 
Tak silap biasiswa ni dulunya merupakan  biasiswa JPA dan ditukarkan nama kepada (BYDPA)
 

link - BYDPA

- PPBU (Biasiswa Yayasan Bank Rakyat) 



Link - PPBU

- OCBC Scholarship 2019

 
Link - OCBC Scholarship 

- Bank Negara Schloarship
(Masa aku buat post ni diorang belum bukak lagi untuk permohonan 2019.Tapi korang boleh pergi tengok.

Link - Bank Negara

- TUNKU ABDUL RAHMAN SCHOLARSHIP (BTAR)
Biasiswa ni pun sama masa aku buat post ni masih belum bukak..so korang boleh tengok2 dekat link yang aku sertakan katanya bukak 1/3/2019)

Link- BTAR

Yang aku post top 5 ni yang tawarkan almost all courses. kat bawah ni aku akan letakkan link blog yg senaraikan biasiswa yang based on courses yang korang pilih.

2 most famous site

-AFTER SCHOOL

-BiasiswaDotInfo









Share
Tweet
Pin
Share
No comments


JANGAN ‘main-main’ dengan netizen Malaysia, sekali mereka 'serang', habis disekat IP, hilang atau tutup sementara akaun Facebook (FB).
Itu yang berlaku terhadap akaun FB, StandWithUs yang melaporkan mengenai perkembangan Israel dalam pelbagai aspek seperti berita semasa, politik sekali gus diibaratkan 'lidah' orang Israel.
Tindakan memuat naik status berbaur tidak puas hati berikutan pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet paralimpik Israel masuk ke negara ini dengan meletakkan gambar berserta ayat 'Ín Malaysia, Israeli athletes are not welcome... Hamas terrorists are' mengundang padah buat mereka.
Status yang dimuat naik beberapa hari lalu itu dikesan oleh beberapa pemilik akaun FB rakyat Malaysia sebelum dikongsi dan bermulalah 'serangan' terhadap akaun berkenaan daripada tentara bawang dari malaysia .. 
Antara komen terbanyak dalam status berkenaan adalah:
'Israel blocked sea, air and land to Gaza, bombing schools and hospitals : never mind
Malaysia blocked Israel's paralympic : discrimination
Damn are you serious?? How hypocrisy you are..
'Kuasa membawang' netizen Malaysia akhirnya membawa kepada carian terhadap akaun yang mempunyai lebih sejuta pengikut, hari ini mendapati ia sudah ‘hilang’, IP Malaysia disekat masuk atau ditutup sementara waktu.
Ia sekali gus mengundang reaksi daripada netizen, antaranya 'Dah bawang dah report dah, tgk2 page nya hilang dah', 'Baru cek.. dah bungkus.
Terima kasih Bawang Brigade & sesiapa yang terlibat.Hahaha', 'Ape jdi ngan page diorang? Xleh bukak' dan 'Link pun dah tk boleh bukak dah'.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Ok wait a minute. Asal tiba-tiba travel? asal tiba-tiba padang? Asal tiba2 INDONESIA? ahahaha
well pagi2 ni aku baca blog orang selalunya untuk mencari idea nak tulis apa kan ..Maklumlah dah berkurun tak update blog ni..

so macam biasa blog aku ni fokus kepada lifestyle,gadjet and of course baru nak berjinak-jinak dalam travel.. So mungkin lepas ni blog ni lebih fokus pada travel.So back to main topic . why padang Indonesia? Hahahaha pagi-pagi buta ni aku bukak balik blog yang aku telah membuatkan aku berkecimpung dalam dunia berblog ni . Blog sapa lagi kalau tak

NISAKAY (Saya Suka Menaip)

Well post terbaru kak Nisa pasal "Ayo ke Padang"


dari yang aku baca tu ,dia dapat sponser dari salah satu syarikat tourism kat sana untuk bercuti di padang .So aku macam tertarik dengan pulau-pulau yang kat sana. Tak silap pulau sarandah,pulau pagang,pulau suwarnadwipa. So maybe bulan 7 or 8 this year kot kalau semuanya ok.kita pergi. So doa-doakan lah travel kali ni menjadi.. Well maybe this will the first time i travel alone.

btw kalau nak tahu apa lgi yang best dekat padang indonesia boleh pergi tengok dekat nisakay.com banyak lagi tempat-tempat untuk dilawati disana.. 

See you next time,
Assalamualaikum,
bye,
Nass.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Merasa Tuhan masih rindukan dirimu di saat kau buat dosa adalah satu kehipokritan. Pentingkan diri sendiri. Menyebabkan kau rasa selesa untuk terus tenggelam dalam kemungkaran dan keseronokan. Aku pun tak pasti sama ada benar atau tidak telahan Allah rindu pada pendosa. Yang aku jelas, Allah rindukan taubat dari seorang pendosa supaya kembali ke jalan-Nya. Kerana seorang petaubat nasuha, dosanya kosong, dirinya suci kembali. Kembali menjadi orang-orang yang beriman.

Mengatakan Allah kasih pada semua makhluk itu benar kerana Dia sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Namun, kau tegar berbuat dosa dengan bersandarkan sedap hati.


"Ah, aku berdosa pun Allah rindukan aku."

Itu selamanya tidak benar.

Kau tahu kenapa aku katakan tidak benar?

Satu,

Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).



(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #155)
Dua,

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
(سورة الكهف, Al-Kahf, Chapter #18, Verse #57)
Tiga,

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.


(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #133)

Sebab itulah, usah selesa dengan merasakan Allah rindu walaupun kau sedang bertubi-tubi melakukan dosa. Mungkin hati telah dimateri, mungkin sudah tersenarai antara hamba yang sedang tunggu masa untuk dihapuskan dari muka bumi. Jangan bermain-main dengan murka-Nya.

***

Hm.

Aku cakap semua ini untuk diri sendiri. Tapi, kalau kau pun terasa, nak buat macam mana.

Memang hidup ini akan sampai saatnya kita buntu. Tak dapat nak selesaikan masalah yang kunjung tiba. Mungkin masalah tu kecil pada orang lain, tapi besar pada kita.

Tiap kali datang masalah, sebenarnya kita selalu silap langkah. Kita cuma mengadu masalah, merintih, bersedih. Berdoa pada Allah. Tapi, itu sajalah yang kita buat. Kita tak tunjuk pun effort kita betul-betul perlukan pertolongan daripada Allah. Solat tetap sambil lewa. Tetap tinggal-tinggal. Termenung lagi banyak berbanding zikrullah. Menangis lagi banyak berbanding baca Al-Quran. Serius, kita tetap malas walaupun punyalah masalah sebesar dunia sedang menghempap dalam dada. Mana ada kita bangun malam menangis-nangis minta,

"Ya Allah, tolonglah aku dah buntu sangat-sangat, tak tahu nak buat macam mana dah lagi."

Tak ada. Satu malam, dua malam bolehlah. Malam ketiga, dah layan Facebook merintih di sana. Dah layan Twitter, mencari perhatian manusia di sana. Dah layan Instagram, story panjang berjela live video tunjuk hati sedang berduka. Itu sajalah level ikhtiar kita.

Sebab itulah kita diuji terus diuji. Sehinggalah level ikhtiar kita terus meningkat tahap keimanannya. Sehingga bukan lagi mencari Allah di kala sukar semata, tapi di saat senang ceria Allah bersama-sama.

Ah. Dah panjang pula membebel.

Selamat tinggal untuk kali ini.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sony α6400 telah dilancarkan semalam dan menurut sony ia mempunyai sistem autofokus terpantas di dunia. Dengan sistem terbaru ini subjek boleh difokus dalam masa hanya 0.02 saat.



Sony α6400 ialah sebuah kamera nircermin dengan sensor 24.2-Megapixel APS-C Exmor CMOS dengan cip BIONZ X generasi terkini. Ia boleh mengambil gambar pada kelajuan sehingga 11 bingkai sesaat. Di dunia sebenar ia boleh mengambil 116 gambar JPEG atau 46 gambar RAW secara berterusan. Rakaman video ialah pada resolusi maksimum 4K atau 1080P 120FPS.



Kamera dilengkapi 425 titik autofokus pengesan fasa dan kontras yang melitupi 84% tingkap imej. Ini adalah sebab mengapa ia boleh memfokus dengan amat pantas. Turut diperkenalkan ialah sistem Real-time Eye AF dan Real-time Tracking yang berasaskan sistem Eye AF milik Sony. Kamera mampu menjejak pergerakan subjek dalam masa nyata bagi membolehkan gambar mereka diambil dengan tahap pemfokusan yang tepat.

Skrin sesentuh LCD pada bahagian belakang adalah sebesar 3 inci yang boleh diputar ke atas 180 darjah untuk memudahkan rakaman swavideo dan swafoto. Skrin viewfinder pula menggunakan sistem EVF dengan 2.36-juta titik OLED. Selain itu Sony α6400 turut menyokong sistem NFC dan WiFi untuk pemindahan data yang pantas. Akhir sekali sebuah flash terbina turut disertakan.


Sony a6400 akan mula dijual bermula Februari 2019 pada harga $900 (~RM 3697). Terdapat piluhan lensa 16-50mm f/3.5-5.6 pada harga $1000 (~RM 4107) dan 18-135mm f/3.5-5.6 pada harga $1,300 (~RM 5340).

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Huawei nova 4 dilancarkan secara rasmi ni china pada pertengahan disember yg lepas.Phone ini merupakan phone kedua yang menggunakan screen berlobang selapas Samsung Galaxy A8s. Selepas hampir sebulan Nova 4 dilancarkan secara rasmi di Malaysia tetapi untuk peminatnya di Malaysia Nova 4 hanya hadir dengan pilihan kemera 20mp berbanding 48mp di china.



Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan paparan 2310×1080 pixel, menggunalan cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori  8GB RAM, dan storan 128GB. Namun begitu tiada sokongan untuk kad mikro SD disertakan. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor 20+16+2 Megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar EMUI 9.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W. Peranti masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di Malaysia, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga RM1899 sebuah bermula 14 Februari hadapan.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum, hai lama kan tak berborak kat sini..Hmmm actually a lot post that i write and all of it end up as Draft . But for this post aku kena siapkan juga.. Because finally on 10/11/2018 i already 20 guys!!! 20 heee... Hahahah makin bertambah umur makin dekat kita dengan kematian ia tak? Actually aku buat post ni Focus on wish that i get for this year.

Macam ayat klishe ni
Dalam hidup ini,
Semua yang hadir membawa makna,
Yang setia akan disisi dan sentiasa dalam doanya,
Yang Misteri akan hilang kemana.

Aku buat post kali khusus untuk yang wish birthday aku yang ke 20 ni. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang masi disisi dan kepada yang baru hadir dalam hidup ini Thanks A lot.
So kat sini aku akan senaraikan a few wish mengikut urutan masa.

Right After 10/11/2018 (00.00 AM)
1)

For the first person that wish in the middle night. Thanks you so much. Honestly your wish are the one that i waiting for. Thanks You for being "My Friend" for past 7 years. And i hope we can Celebrate together this year. Oh yes, almost forget if you accidentally read this. My dad also wish you happy birthday when he wish mine. He dosen't know you specific birthday but he know your birthday close with mine. But why i don't tell your personally?  I  write this post after that incident. Just hope we will be like before. Semoga cepat sembuh, Moga Berjaya and all the best for your exam. Sorry 

2)

Haaaaa dia ni wish 00.03 a.m in story. Btw dia ni mmg anak jati JITRA, KEDAH lah..hahahaha and the best things is our birthday just different one day. He's birthday 9/11/ and me 10/11 sorry bro aku punya set birthday hang 11/11 i think one day after my birthday but rupanya one day before my birthday. Hahaaahah Sorry2 !!! takpa kita ada almost 3 and half year together before finish degree so aku akan ingat kau punya birthday... HIDUP ZIZI RAMBO HAHAHAAHAH.

3)

Okey ni orang ketiga yang wish.. Dia ni aku tak tahu nak kategori kan apa... The most weirdest friendship... i guess dia ni satu2 yang percaya gila kat aku (Tak tahu lah kau percaya ke nekad buat kerja gila tu ) Dia ni dengan x pernah jumpa aku/ tak kenal aku in real world sanggup bank in rm1800 ke akaun aku... Bagus lah kau ni.. aku patut promote nombor hang dekat scammer kot... biar hang kene scam hahahahaha... Btw thanks buyer phone Galaxy S9 hahahaha.ohhh lupa hampir lari dari tujuan sebenar aku buat post ni....hahahah thanks lah wish senior hang ni :p hahahahaha 1 sem lagi kan nak habis matrik haaa goodluck lah weyhh moga berjaya menjadi pakar psychologist yg hg minat sangat tu.

4)

Okey orang keempat ni pulak cousin yang paling aku rapat sejak kecik hahahahaa... btw tahu lah srkg aku dah dekat ngan sepadan thailand tapi aku x paham lah bahasa thailand.hahahaha Btw thanks you so much.

5)
Seterusnya ialah member kita sorang ni Safiq halim.. yayayaa i know you busy on my birthday this year because it he sister weeding day...That why you late wish me... btw sorry bro i can't be there. i hope i can be there to see heliza hilmi twin.hhahahaahaha. Thanks you again .. ohh btw let have a vacation next time.

6)

Ok seterusnya IBNU NORDIN.. ni orang paling aku tak excpect akan wish...Tq brothers goodluck weyh SPM kau tu.

7)
And  The last is From my friend since primary school i guess..hahahaha around grade 5 or 6...but kitaorang mula rapat since middle school because we are in same class for 3 years. Btw lama tak dengar cerita huhuhuh.. Maklumlah lah sorang kat selatan malaysia sorang lagi dekat utara malaysia.. btw thanks my bro and yeah your birthday also around the corner...


Okey guys yg official wish lepas pukul 12 aku dah senaraikan ...Okey aku lah ucapkan thank a lot to wish before 12.00 a.m that is ZIZI RAMBO Atas tu dengan My roomate Ashraff Aiman and thanks for the gift from both of you.. Even i thnik i will never use after that time.hahahaha


And for my roommates thanks you for the cap.. Basically it first time i get a gift from my friend. Like seriously the first time ever...Thanks you so much.



BTW Thanks you also who wish On Fb and twitter.Thanks you so much Guys.
Moga segala urusan korang dipermudahkan. Amin.

See You Next Time. Bye


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hye guys, setelah sekian lama tidak join mana2 contest so kali ini pihak LAZADA ada hantar aku emel berkenaan "LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST" so basically contest ni ada dua part (part 1 & part 2) part 1 haritu aku tak sempat nak join disebabkan sibuk persiapan dan pendaftran aku ke alam universiti. So maybe peluang untuk aku menang tu tipis lah.. But well sementara assisgment masih tak banyak and wifi yang masih laju aku join lah contest ni kan hhahhaa,,,, banyak pulak aku membebel okok jom baca pasal contest ni,

so pertandingan ni pihak Lazada suruh blogger2 semua untuk mention 3 brand kegemaran.

TIGA BRAND KEGEMARAN DI LAZADA


Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them 
Pilih tiga jenama kegemaran di Lazada dan bagitahu kami kenapa anda menyukainya.

okey brand apa ea yang aku suka.. Actually banyak kot brand kegemaran aku kat lazada ni... hhmmm

One Plus

One plus Mobiles & Tablets - Mobiles


kenapa brand One plus? sebab aku pakai telefon jenama one plus iaitu Oneplus 6 yang aku pernah beli dari Lazada sendiri. And yang terbaru aku minat dengan Oneplus bullet wireless terbaru dari mereka. but maklumlah bajet takda nak beli.


Xiaomi

Xiaomi Mobiles & Tablets - Mobiles


kenapa brand xiaomi? tadi Oneplus ni Xiaomi pulak.. Xiaomi ni aku paling minat aksesori dia dari mi band 2, mi band 3 powerbank . Dan aku sendiri pembeli powerbank 10,000 mah dari xiaomi di Lazada . Disebabkan  aksesori dari Xiaomi ni mmh mampu milik lah kan.

SanDisk



ok ni brand ketiga yang aku minat... Sebab apa?? Well sebagai student universiti banyak fail2 yang perlu disimpan. So SanDisk merupakan jenama pilihan utama aku untuk pendrive, memory card, and ssd.. aku banyak beli pendrive SanDisk dari lazada tak silap aku 7-8 pendrive yang telah aku beli..hahaha banyak kan....

sementara ada Shopathon sale, jom kita shopping sama - sama sementara sale masih lagi berlangsung. dan kemuncak pada 27 september 2018 so apa tunggu lagi selamat membeli !!!!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hye guys, macam korang tahu aku baharu sahaja menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). So yang harini aku nak cerita ialah inasis aku iaitu Inasis Proton


telah membuat satu video bersempena SAMBUTAN HARI MALAYSIA .yang aku excited nak beritahu korang adalah i'm one of the behind the camera .So secara tak langsung salah sorang yang terlibat dalam membuat video ni.



So mana videonyaa???

Sabar dulu. Basically video ini dibuat disebabkan oleh tugasan yang diberikan kepada setiap inasis di UUM. So korang nak tengok video? aku letak videonya katg bawah. btw dah tengok tu jangan lupa pulak LIKE,SUBSCIBE AND SHARE.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2018.
XOXO, BYE
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (ᗒᗊᗕ) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates