Huawei nova 4 dilancarkan secara rasmi ni china pada pertengahan disember yg lepas.Phone ini merupakan phone kedua yang menggunakan screen berlobang selapas Samsung Galaxy A8s. Selepas hampir sebulan Nova 4 dilancarkan secara rasmi di Malaysia tetapi untuk peminatnya di Malaysia Nova 4 hanya hadir dengan pilihan kemera 20mp berbanding 48mp di china.
Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan paparan 2310×1080 pixel, menggunalan cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Namun begitu tiada sokongan untuk kad mikro SD disertakan. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor 20+16+2 Megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar EMUI 9.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W. Peranti masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di Malaysia, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga RM1899 sebuah bermula 14 Februari hadapan.
0 comments