• Facebook

NASRUDDIN NASS

   Assalamualaikum haa ni lah part terakhir untuk siri  "makna cinta bagi husna" 


 Sebenarnya malas nak buat entry ni sebab banyak homework (-_-) ...tapi terpaksa tulis sebab dah lama tak update blog ... "fuhh 2 "
dah berhabuk dah blog ni sebab lama tak update
sebelum baca tu tiup2 lh untuk hilang kan habuknya hehehe.ok ok back to topic jum sambung baca cerita ni :)



Selepas sebulan peristiwa itu ...umi menelefonku ,


"Una,mak ada sesuatu nak bagi tahu una.Ada orang masuk merisik una.Orangnya baik , beragama dan dari keluarga yang baik2 "  - ibu
"Aku terkejut" 
"Kawan Una juga. ilham namanya"-ibu
       
          Sekali lagi aku terkejut . Entah sejak bila dia mula rapat dengan umi dan abahku.


         "Bagilah una masa seminggu untuk istikharah ye umi , Nanti una bagi tahu keputusan una .



        "Nanti umi telefon balik , Along kamu dah datang dengan abang man kamu "



         "Sampaikan salam una yer umi "


    Subhanallah , ilham . Begitu tinggi tekadmu untuk memiliki CINTAKU 
         "Seminggu aku istikharah dan solat hajat . Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya . Sampai masa yang ditetapkan umi menghubungiku "


       " Macam mana ? Terima tak ? "



      " Inn sha allah . Una terima umi "



      "Seminggu selepas itu , Rombongan meminang sampai dirumahku dan sebulan selepas itu aku dan ilham selamat diijab kabulkan "



      "Akhinya cintaku menjadi milikmu, ilham sebagai suami yang sah ,Aku kini bahagia disampingnya bersama dua orang putera dan seorang puteri "



     "Terima kasih sayang sebab terima abang .Lembut dan sangat bermakna bagiku "



     "Terima kasih sebab menyayangi saya dengan tulus"jawabku terharu 


      ALHAMDULILLAH YA RABB , Prinsipku mampumengubah dia yang dahulunya seorang romeo kini menjadi ahli masjid . Dia yang dahulunya suka bersosial kini ALLAH pagari dengan keimanan padamu ...                                                            

"Ternyata Cinta selepas Nikah lebih indah . Semoga baitulmuslim ini akan berkekalan hingga ke Jannah" 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
                                                             Assalamualaikum
                        Jom kita baca sambungan dari cerita "Makna cinta bagi Husna" Part 3


Selepas 2 tahun ,tiba lah hari konvokesyen .
"Assalamualaikum" - Satu sapaan lembut
         Aku berpaling .Tergamam . Berdebar . Entah kenapa aku rasa sangat tidak keruan apabila memadangnya . Dia sangat berbeza daripada sebelum ini . Aku masih ingat lagi sebelum di terbang ke UK penampilanya jauh berbeza dengan apa yang kulihat sekarang .

        Ilham yang sebelum ini rambutnya terpacak kini memakai kopiah . Aku melihat nur di wajahnya . Subhanallah. Astagfirullah . Cepat - cepat aku beristighfar .



"Pakcik , makcik apa khabar ? " -Tanya ilham kepada kedua orang tua aku

        Abah berjabat tangan mesra dengan ilham.

 "Saya ilham Dzulqarnain kawan Husna. Belajar di sini tapi saya baru sahaja sampai dari UK sebab pertukaran pelajar TESL dengan universiti di sana ." - kata ilham

  Aku hanya tersenyum kelat . Debaran juga semakin terasa . Ya Allah , apa yang aku rasakan saat ini .

"Husna apa khabar ? " -Soalanya beralih 

"Alhamdulillah " - Jawab ku ringkas 
    Sejurus selepas itu , kami di panggil untuk beratur menerima ijazah. 

 "Gembira dapat jumpa pakcik dan makcik"-Saya minta diri dulu
"Abah ,umi .Husna nak cari Teha . " - kata ku
"Nasib baiklah abah dan umi tak tanya banyak tentang ilham ," -Getusku dalam hati .Aku terus berlalu pergi .
Tapi apakah tandanya debaran di hati ini ??? . Adakah hatiku telah diraih??? pada saat ini , Ketenangan di wajahnya cukup memberi ketenangan padaku ...


"Ya Allah tunjukkan lah jalanMu yang Engkau redai " - Aku berdoa 

To be continued ... Inn sha allah :)



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
                                                     Assalamualaikum ,
             atas doa pembaca hidayatul husna supaya saya rajin menaip jadi terhasil lah part 2
                     


Sesampai di rumah sewa ku , ku terlihat fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.


"Assalamua'laikum Teha , khusyuk betul menghafaz " kata ku
"Wa'alaikumusalam .Pagi esok Teha ada ujian menghafaz . itu yang sedang membaca surah al-mulk . mohon  doaNya , moga dipermudahkan." Teha
"Selamat menghafaz moga dipermudahkan "kata ku ,tersenyum lalu menuju ke bilik
Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan ada perkongsian dari para sahabat.

Tepat jam 11 malam , selesai mambaca surah Al-mulk ,aku melelapkan diri .Tidak sampai 5 minit

         Beep..beep..beep... Telefon bimbit bergetar



"Siapa pulak malam-malam ni mesej" - hatiku berkata
New message receive 
Sender : no name
Message :Assalamua'laikum ... maaf ganggu ,saya ni ilham . Tolong jangan delete dulu .Saya nak jumpa awak esok . Boleh ye, Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi . Jam 4.00 petang kat tasik permaisuri .
Reply: Wa'alaikumusalam , inn sha allah .

Keesokannya , seperti yang telah dijanjikan , aku pergi menemuinya bersama Teha . Hanya Teha satu-satunya yang tahu kisahku dengan ilham.


"Maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha " - kata ku
"Saya nak minta maaf kepada awak . Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Tak apalah jika awak tidak dapat menerima saya . Saya tahu status saya di mata awak . Saya tak layak untuk gadis baik dan bertudung labuh seperti awak " - Mendatar sahaja sura ilham
 Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya .


"Selepas ini saya janji takkan ganggu awak lagi " - katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

 Satu bungkusan kecil berwarna hijau . Dia menghulurkan kepadaku


"Terima ini dari saya sebagai tanda meminta maaf"
" Eh , tak payah susah-susah .Kata maaf dah cukup . Saya maafkan awak . Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan " - kata ku

 Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduk dan berlalu pergi . Teha  hanya mendiamkan diri sehinggalah ilham kabur dari pandangan.

 Alhamdulillah selepas kejadian itu , aku tidak pernah melihat wajahnya dan gangguan darinya...

 TO BE CONTINUED ...

 Doa - doakan lah supaya saya rajin menaip untuk menulis  sambungannya ... dan dipersilakan untuk di kongsi...





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
(: assalamualaikum :)
selamat petang kawan-kawan...Sihaaaat?
                                 alhamdullilah 
Hari ini jom kita baca cerpen yang baru allaq buat....jadi cuba lah ambil pengajaran yang ingin disampaikan ....

Cuaca petang itu sangat redup . Aku berjalan pulang ke rumah sewaku seorang diri selepas bermain bola jaring di blok A . Angin berhembus agak dingin . Jalan sangat sunyi...
Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda memandang tepat ke arah ku . lalu , aku pantas menundukan pandangan .Debaran terasa berombak di dada . Ya, aku cukup mengenalinya siapa . Lelaki yang sangat terkenal di kampus tempatku belajar . Sesaat aku melintasinya , dia berkata
"Sampai bila awak nak buat saya macam ni Husna "
Sayu sungguh suara itu ,tapi sampai jua ke pendengaranku
"Ya Allah apa yang harus lakukan ,alasan apa lagi yang harus aku berikan padanya?" Hatiku berkata :' /
Aku harus memikirkan sesuatu.
"Cukup lah ilham jangan ganggu saya lagi.Saya tidak suka diperlakukan sebegini. Ke mana saya pergi awak sentiasa mengekori saya . Saya rasa tidak selesa ,saya rasa saya dah terangkan pada awak,yang saya tidak dapat menerima awak. " Kata ku ..

" Tapi kenapa Husna ?Apa salah saya ? Di mana kurangnya saya di mata awak?beritahu saya husna.Saya akan perbaiki diri saya " -ilham 

Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir ilham.

Aku segera berlalu pergi .Tidak mahu keadaan akan memakan diriku sendiri . Aku tidak mahu kalah dengan perasaan sendiri . Aku ingin istiqamah dengan jalan yang aku pilih .


" No Couple until Nikah "
Aku tidak kisah apa persepsi masyarakat terhadapku . Asalkan jalan yang aku pilih ini tidak melanggar syariat islam . Aku tahu setiap manusia mempunyai pandangan dan pendirian masing-masing dan aku ,inilah pilihan ku .
Masih terngiang-ngiang pesanan kakak naqibahku.


" Cinta itu fitrah . Semua manusia memiliki fitrah yang sama ingin dicintai dan mencintai namun , Cinta itu perlu ditarbiah selari dengan kehendak Allah kerana cinta yang tidak terurus akan menjurus kepada Fitnah "


TO BE CONTINUED ....
Part 2
Part 3
Last part
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (á—’á—Šá—•) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates