Makna cinta Bagi "Husna" Part 2

by - 4:34 PM

                                                     Assalamualaikum ,
             atas doa pembaca hidayatul husna supaya saya rajin menaip jadi terhasil lah part 2
                     


Sesampai di rumah sewa ku , ku terlihat fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.


"Assalamua'laikum Teha , khusyuk betul menghafaz " kata ku
"Wa'alaikumusalam .Pagi esok Teha ada ujian menghafaz . itu yang sedang membaca surah al-mulk . mohon  doaNya , moga dipermudahkan." Teha
"Selamat menghafaz moga dipermudahkan "kata ku ,tersenyum lalu menuju ke bilik
Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan ada perkongsian dari para sahabat.

Tepat jam 11 malam , selesai mambaca surah Al-mulk ,aku melelapkan diri .Tidak sampai 5 minit

         Beep..beep..beep... Telefon bimbit bergetar



"Siapa pulak malam-malam ni mesej" - hatiku berkata
New message receive 
Sender : no name
Message :Assalamua'laikum ... maaf ganggu ,saya ni ilham . Tolong jangan delete dulu .Saya nak jumpa awak esok . Boleh ye, Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi . Jam 4.00 petang kat tasik permaisuri .
Reply: Wa'alaikumusalam , inn sha allah .

Keesokannya , seperti yang telah dijanjikan , aku pergi menemuinya bersama Teha . Hanya Teha satu-satunya yang tahu kisahku dengan ilham.


"Maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha " - kata ku
"Saya nak minta maaf kepada awak . Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Tak apalah jika awak tidak dapat menerima saya . Saya tahu status saya di mata awak . Saya tak layak untuk gadis baik dan bertudung labuh seperti awak " - Mendatar sahaja sura ilham
 Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya .


"Selepas ini saya janji takkan ganggu awak lagi " - katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

 Satu bungkusan kecil berwarna hijau . Dia menghulurkan kepadaku


"Terima ini dari saya sebagai tanda meminta maaf"
" Eh , tak payah susah-susah .Kata maaf dah cukup . Saya maafkan awak . Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan " - kata ku

 Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduk dan berlalu pergi . Teha  hanya mendiamkan diri sehinggalah ilham kabur dari pandangan.

 Alhamdulillah selepas kejadian itu , aku tidak pernah melihat wajahnya dan gangguan darinya...

 TO BE CONTINUED ...

 Doa - doakan lah supaya saya rajin menaip untuk menulis  sambungannya ... dan dipersilakan untuk di kongsi...





You May Also Like

0 comments