Onion Army - akaun FB pro Israel 'tutup'

by - 3:20 PM



JANGAN ‘main-main’ dengan netizen Malaysia, sekali mereka 'serang', habis disekat IP, hilang atau tutup sementara akaun Facebook (FB).
Itu yang berlaku terhadap akaun FB, StandWithUs yang melaporkan mengenai perkembangan Israel dalam pelbagai aspek seperti berita semasa, politik sekali gus diibaratkan 'lidah' orang Israel.
Tindakan memuat naik status berbaur tidak puas hati berikutan pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet paralimpik Israel masuk ke negara ini dengan meletakkan gambar berserta ayat 'Ín Malaysia, Israeli athletes are not welcome... Hamas terrorists are' mengundang padah buat mereka.
Status yang dimuat naik beberapa hari lalu itu dikesan oleh beberapa pemilik akaun FB rakyat Malaysia sebelum dikongsi dan bermulalah 'serangan' terhadap akaun berkenaan daripada tentara bawang dari malaysia .. 
Antara komen terbanyak dalam status berkenaan adalah:
'Israel blocked sea, air and land to Gaza, bombing schools and hospitals : never mind
Malaysia blocked Israel's paralympic : discrimination
Damn are you serious?? How hypocrisy you are..
'Kuasa membawang' netizen Malaysia akhirnya membawa kepada carian terhadap akaun yang mempunyai lebih sejuta pengikut, hari ini mendapati ia sudah ‘hilang’, IP Malaysia disekat masuk atau ditutup sementara waktu.
Ia sekali gus mengundang reaksi daripada netizen, antaranya 'Dah bawang dah report dah, tgk2 page nya hilang dah', 'Baru cek.. dah bungkus.
Terima kasih Bawang Brigade & sesiapa yang terlibat.Hahaha', 'Ape jdi ngan page diorang? Xleh bukak' dan 'Link pun dah tk boleh bukak dah'.

You May Also Like

1 comments

  1. Just love your article.I do invariably look over your web site for brand new articles.I am recently performing on associate app microsoft spider solitaire
    thats going awing and special because of you

    ReplyDelete