• Facebook

NASRUDDIN NASS



JANGAN ‘main-main’ dengan netizen Malaysia, sekali mereka 'serang', habis disekat IP, hilang atau tutup sementara akaun Facebook (FB).
Itu yang berlaku terhadap akaun FB, StandWithUs yang melaporkan mengenai perkembangan Israel dalam pelbagai aspek seperti berita semasa, politik sekali gus diibaratkan 'lidah' orang Israel.
Tindakan memuat naik status berbaur tidak puas hati berikutan pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet paralimpik Israel masuk ke negara ini dengan meletakkan gambar berserta ayat 'Ín Malaysia, Israeli athletes are not welcome... Hamas terrorists are' mengundang padah buat mereka.
Status yang dimuat naik beberapa hari lalu itu dikesan oleh beberapa pemilik akaun FB rakyat Malaysia sebelum dikongsi dan bermulalah 'serangan' terhadap akaun berkenaan daripada tentara bawang dari malaysia .. 
Antara komen terbanyak dalam status berkenaan adalah:
'Israel blocked sea, air and land to Gaza, bombing schools and hospitals : never mind
Malaysia blocked Israel's paralympic : discrimination
Damn are you serious?? How hypocrisy you are..
'Kuasa membawang' netizen Malaysia akhirnya membawa kepada carian terhadap akaun yang mempunyai lebih sejuta pengikut, hari ini mendapati ia sudah ‘hilang’, IP Malaysia disekat masuk atau ditutup sementara waktu.
Ia sekali gus mengundang reaksi daripada netizen, antaranya 'Dah bawang dah report dah, tgk2 page nya hilang dah', 'Baru cek.. dah bungkus.
Terima kasih Bawang Brigade & sesiapa yang terlibat.Hahaha', 'Ape jdi ngan page diorang? Xleh bukak' dan 'Link pun dah tk boleh bukak dah'.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Ok wait a minute. Asal tiba-tiba travel? asal tiba-tiba padang? Asal tiba2 INDONESIA? ahahaha
well pagi2 ni aku baca blog orang selalunya untuk mencari idea nak tulis apa kan ..Maklumlah dah berkurun tak update blog ni..

so macam biasa blog aku ni fokus kepada lifestyle,gadjet and of course baru nak berjinak-jinak dalam travel.. So mungkin lepas ni blog ni lebih fokus pada travel.So back to main topic . why padang Indonesia? Hahahaha pagi-pagi buta ni aku bukak balik blog yang aku telah membuatkan aku berkecimpung dalam dunia berblog ni . Blog sapa lagi kalau tak

NISAKAY (Saya Suka Menaip)

Well post terbaru kak Nisa pasal "Ayo ke Padang"


dari yang aku baca tu ,dia dapat sponser dari salah satu syarikat tourism kat sana untuk bercuti di padang .So aku macam tertarik dengan pulau-pulau yang kat sana. Tak silap pulau sarandah,pulau pagang,pulau suwarnadwipa. So maybe bulan 7 or 8 this year kot kalau semuanya ok.kita pergi. So doa-doakan lah travel kali ni menjadi.. Well maybe this will the first time i travel alone.

btw kalau nak tahu apa lgi yang best dekat padang indonesia boleh pergi tengok dekat nisakay.com banyak lagi tempat-tempat untuk dilawati disana.. 

See you next time,
Assalamualaikum,
bye,
Nass.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Merasa Tuhan masih rindukan dirimu di saat kau buat dosa adalah satu kehipokritan. Pentingkan diri sendiri. Menyebabkan kau rasa selesa untuk terus tenggelam dalam kemungkaran dan keseronokan. Aku pun tak pasti sama ada benar atau tidak telahan Allah rindu pada pendosa. Yang aku jelas, Allah rindukan taubat dari seorang pendosa supaya kembali ke jalan-Nya. Kerana seorang petaubat nasuha, dosanya kosong, dirinya suci kembali. Kembali menjadi orang-orang yang beriman.

Mengatakan Allah kasih pada semua makhluk itu benar kerana Dia sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Namun, kau tegar berbuat dosa dengan bersandarkan sedap hati.


"Ah, aku berdosa pun Allah rindukan aku."

Itu selamanya tidak benar.

Kau tahu kenapa aku katakan tidak benar?

Satu,

Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).



(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #155)
Dua,

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
(سورة الكهف, Al-Kahf, Chapter #18, Verse #57)
Tiga,

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.


(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #133)

Sebab itulah, usah selesa dengan merasakan Allah rindu walaupun kau sedang bertubi-tubi melakukan dosa. Mungkin hati telah dimateri, mungkin sudah tersenarai antara hamba yang sedang tunggu masa untuk dihapuskan dari muka bumi. Jangan bermain-main dengan murka-Nya.

***

Hm.

Aku cakap semua ini untuk diri sendiri. Tapi, kalau kau pun terasa, nak buat macam mana.

Memang hidup ini akan sampai saatnya kita buntu. Tak dapat nak selesaikan masalah yang kunjung tiba. Mungkin masalah tu kecil pada orang lain, tapi besar pada kita.

Tiap kali datang masalah, sebenarnya kita selalu silap langkah. Kita cuma mengadu masalah, merintih, bersedih. Berdoa pada Allah. Tapi, itu sajalah yang kita buat. Kita tak tunjuk pun effort kita betul-betul perlukan pertolongan daripada Allah. Solat tetap sambil lewa. Tetap tinggal-tinggal. Termenung lagi banyak berbanding zikrullah. Menangis lagi banyak berbanding baca Al-Quran. Serius, kita tetap malas walaupun punyalah masalah sebesar dunia sedang menghempap dalam dada. Mana ada kita bangun malam menangis-nangis minta,

"Ya Allah, tolonglah aku dah buntu sangat-sangat, tak tahu nak buat macam mana dah lagi."

Tak ada. Satu malam, dua malam bolehlah. Malam ketiga, dah layan Facebook merintih di sana. Dah layan Twitter, mencari perhatian manusia di sana. Dah layan Instagram, story panjang berjela live video tunjuk hati sedang berduka. Itu sajalah level ikhtiar kita.

Sebab itulah kita diuji terus diuji. Sehinggalah level ikhtiar kita terus meningkat tahap keimanannya. Sehingga bukan lagi mencari Allah di kala sukar semata, tapi di saat senang ceria Allah bersama-sama.

Ah. Dah panjang pula membebel.

Selamat tinggal untuk kali ini.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sony α6400 telah dilancarkan semalam dan menurut sony ia mempunyai sistem autofokus terpantas di dunia. Dengan sistem terbaru ini subjek boleh difokus dalam masa hanya 0.02 saat.



Sony α6400 ialah sebuah kamera nircermin dengan sensor 24.2-Megapixel APS-C Exmor CMOS dengan cip BIONZ X generasi terkini. Ia boleh mengambil gambar pada kelajuan sehingga 11 bingkai sesaat. Di dunia sebenar ia boleh mengambil 116 gambar JPEG atau 46 gambar RAW secara berterusan. Rakaman video ialah pada resolusi maksimum 4K atau 1080P 120FPS.



Kamera dilengkapi 425 titik autofokus pengesan fasa dan kontras yang melitupi 84% tingkap imej. Ini adalah sebab mengapa ia boleh memfokus dengan amat pantas. Turut diperkenalkan ialah sistem Real-time Eye AF dan Real-time Tracking yang berasaskan sistem Eye AF milik Sony. Kamera mampu menjejak pergerakan subjek dalam masa nyata bagi membolehkan gambar mereka diambil dengan tahap pemfokusan yang tepat.

Skrin sesentuh LCD pada bahagian belakang adalah sebesar 3 inci yang boleh diputar ke atas 180 darjah untuk memudahkan rakaman swavideo dan swafoto. Skrin viewfinder pula menggunakan sistem EVF dengan 2.36-juta titik OLED. Selain itu Sony α6400 turut menyokong sistem NFC dan WiFi untuk pemindahan data yang pantas. Akhir sekali sebuah flash terbina turut disertakan.


Sony a6400 akan mula dijual bermula Februari 2019 pada harga $900 (~RM 3697). Terdapat piluhan lensa 16-50mm f/3.5-5.6 pada harga $1000 (~RM 4107) dan 18-135mm f/3.5-5.6 pada harga $1,300 (~RM 5340).

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Huawei nova 4 dilancarkan secara rasmi ni china pada pertengahan disember yg lepas.Phone ini merupakan phone kedua yang menggunakan screen berlobang selapas Samsung Galaxy A8s. Selepas hampir sebulan Nova 4 dilancarkan secara rasmi di Malaysia tetapi untuk peminatnya di Malaysia Nova 4 hanya hadir dengan pilihan kemera 20mp berbanding 48mp di china.



Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan paparan 2310×1080 pixel, menggunalan cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori  8GB RAM, dan storan 128GB. Namun begitu tiada sokongan untuk kad mikro SD disertakan. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor 20+16+2 Megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar EMUI 9.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W. Peranti masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di Malaysia, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga RM1899 sebuah bermula 14 Februari hadapan.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (ᗒᗊᗕ) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates