• Facebook

NASRUDDIN NASS

No automatic alt text available.

Kuala Lumpur: Kenaikan harga runcit petrol RON95 bagi Februari dikatakan sebanyak 15 sen manakala RON97 dan diesel naik 5 sen dan 20 sen, bermula tengah malam ini tular sejak pagi tadi.
Namun Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, perkara itu belum dapat disahkan lagi.
 Khairul Annuar berkata, penentuan harga minyak di pam kebiasaannya dibuat berdasarkan harga sebenar pasaran oleh kerajaan.
“Kenaikan yang tular di laman sosial termasuk WhatsApp itu mungkin logik namun tidak semestinya tepat. Nilai sebenar kenaikan harga minyak di pam itu hanya akan diumumkan malam ini selepas mendapat maklumat rasmi saja,” katanya.

Image result for ron95 and ron97
Berdasarkan spekulasi itu, harga bagi RON95 naik kepada RM2.25 berbanding RM2.10 seliter sebelum ini.
Harga RON97 pula naik kepada RM2.45 berbanding RM2.40 seliter manakala diesel ialah RM2.25 seliter berbanding RM2.05 seliter

SUMBER:HARIAN METRO

P/S:Bulan 2 ni nak pakai minyak ron95 ke 97 haihh...sebelum ni semua pakai 97 tapi rasa dah x mampu dah..sob3x.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Oleh Nina Suraya

Ramai pula yang inbox saya tentang Lasik Sugery (bahasa senang sebut laser mata, untuk hilangkan rabun). Hari ini baru rasa betul-betul taip tulisan dengan betul. Macam mana rasa, berdebar ke, tak takut ke. 

Saya buat lasik ini di UIA Kuantan, Pahang. Kalau nak pergi, pastikan buat temujanji terlebih dahulu. Dalam sebulan lebih, barulah saya dapat giliran untuk buat. Kos, RM3,500 untuk dua biji mata. Ramai yang kata murah berbanding tempat lain. Sampai jiran saya sendiri terkejut, sebab isteri dia buat di tempat lain menelan belanja RM3,500 untuk sebiji mata sahaja. Di UIA bukan pelajar yang buatkan, tetapi Doktor Pakar. Jangan risau. 


Sebelum saya berpeluang membuat lasik ini, doktor akan periksa keadaan mata, tisu mata dan semua yang berkaitan. Kemudian barulah dia akan beri tarikh untuk buat pembedahan iaitu 26 Januari baru-baru ini. 

Saya pergi seorang diri sahaja, rileks bawa bekalan roti sambil daftar untuk pembedahan. Tengok kawan-kawan yang lain semua bawa pasangan. Sampau jururawat pun tanya, "datang seorang ke?" senyum saja.

Pada hari itu, ada 11 orangs yang buat pembedahan. Saya orang yang kedua

Selesai daftar dan buat pembayaran semua, jururawat suruh tukar pakaian dan pakai pakaian macam orang nak jalani pembedahan itu. Selepas itu, bahagian mata dilap dan dititis dengan ubat kebas. Memang sempoi gile rasa. Kemudian doktor panggil masuk ke bilik pembedahan. Tak perlu bertolak duduk atas katil, jalan saja masuk ke dalam bilik itu. Sudahlah sejuk.

Jururawat suruh baring sambil dia selimutkan. Memang besin itu besar sangat. Dalam bilik itu ada 6-7 orang. Doktor pakar, seorang saja. Doktor pula jenis pak lawak. Bermulalah pembedahan. 

Foto Nina Suraya.
Doktor buat mata sebelah kanan dulu. Ditarik sikit bulu mata, kemudian diletak pendakap bagi luaskan mata. Masa itu saya sedar, cuma mata dah kebas. Doktor cuci mata dengan ubat, sapu apa entah. Kemudian jururawat panggil, Nina Suraya, start lasik". 

Masa itu saya nampak atas mata ada macam lampu-lampu sahaja. Kemudian doktor kira, "Okay. 13 second lasik done!". Masa lasik itu memang bau macam benda terbakar. Kemudian terus mata clear. Terjua sangat. 

Kemudian buat pula mata sebelah kiri, benda yang sama. Akhirnya doktor letak ubat dan selesai. Doktor kata "tahniah, pembedahan berjaya". Saya terus bangun dan ucap terima kasih pada doktor dan jururawat semua sambil keluar dari bilik pembedahan itu. Toleh kiri, nampak yang lain tengah menunggu giliran, siap cakap "Good luck semua". 

Saya terus tukar baju. Jururawat titis ubat dan bagi ubat bawa balik. Sempoi gile, 15 minit saja mata yang power 800 lebih itu dah hilang. Mata saya clear seperti biasa tanpa perlu pakai cermin mata atau lens. Alhamdulillah. 

Pengalaman tak boleh lupa, hari ini saya dah sihat dah, itulah boleh taip panjang-panjang. Sebenarnya dah lima tahun nak buat, tetapi bila nak buat, mengandung. Tahun ini tercapai juga.

. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Haaa korang semperna CNY 2017 ni Acer ada buat LUCKY ROOSTER GAME 

Games ni ada 4 round.Tapi maaflaa masa aku taip Entry ni Round 1 ,Round 2 telah pun tamat 
dan yang tinggal round 3 & 4 .tapi jangan sedih untuk Round 3 & 4 hadiah dia makin lumayan

mehh aku senaraikan Hadiah Nyaaa

Round 1: 28th January, 10.00AM – 10.00PM Round 1: Shopping vouchers worth RM30.00 each for ten (10) eligible winner Round 2: 29th January, 10.00AM – 10.00PM Round 2: Shopping vouchers worth RM50.00 each for ten (10) eligible winners Round 3: 30th January, 10.00AM – 10.00PM Round 3: Shopping vouchers worth RM80.00 each for ten (10) eligible winners Final Round: 31st January, 10.00AM – 1st February, 10.00PM Final Round: Hotel vouchers worth RM800.00 each for three (3) eligible winners Haaa so apa lagi jom pergi ke laman
Facebook Acer

Final Round esok dan
Hadiah dia paling lumayan boleh dapat voucher hotel bernilai RM800.00 !!! Haaa sebelum tu kat bawah aku Sertakan Syarat2

SYARAT-SYARAT

And ni pun masih CNY so aku jaminlaa cuti cuti ni banyak orang yang baru kahwin..So kalau Menang boleh la guna Voucher untuk Honeymoon tak gitu..Hahahahaha...



p/s: Nak beritahu gakk yang aku pemenang untuk Round 2 huhuhuh
Tu haaa yang Inche Hitam tu ..Tu akulaaa .huhuhuhu



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Lost in your mind
Tersesat dalam benakmu
I wanna know
Aku ingin tahu
Am I loosing my mind
Apakah aku kehilangan akal
Never let me go
Jangan pernah lepaskan aku
If this night is not forever

Bila malam ini tak selamanya
At least we are together
Setidaknya kita bersama-sama
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian

Anywhere whenever
Di manapun, kapanpun
Apart but still together
Berjauhan tapi tetap bersama-sama
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian

Unconscious mind
Pikiran bawah sadar
I'm wide awake
Aku terjaga
Wanna feel one last time
Ingin rasakan yang terakhir kalinya
Take my pain away
Membawa rasa sakitku pergi

If this night is not forever
Bila malam ini tak selamanya
At least we are together
Setidaknya kita bersama-sama
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian

Anywhere whenever
Di manapun, kapanpun
Apart but still together
Berjauhan tapi tetap bersama-sama
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian
I know I'm not alone
Aku tahu aku tak sendirian

I'm not alone, I'm not alone
Aku tak sendirian
I'm not alone, I know I'm not alone
Aku tak sendirian, aku tahu aku tan sendirian
I'm not alone, I'm not alone
Aku tak sendirian
I'm not alone, I know I'm not alone


Share
Tweet
Pin
Share
No comments





Mungkin ramai yang belum tahu, Celcom menerusi satu promosi yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan iPhone SE pada harga potongan diskaun sehingga 90% kepada pelanggan pelan First™ Platinum.

Dengan langganan yang cuma berharga RM150 sebulan, pelanggan First™ Platinum boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti data internet 60GB, panggilan & SMS tanpa had, WhatsApp & Yonder Music tanpa had, First™ 1+5 Family Plan dan lain-lain lagi.
Image result for IPHONE SE

Tawaran Terhad iPhone SE Harga Murah

Dengan melanggan First™ Platinum, pelanggan hanya membayar RM188 untuk peranti iPhone SE 16GB atau RM388 untuk iPhone SE 64GB.

Semua pelanggan baharu atau sedia ada pelan First™ Platinum layak untuk promosi ini tetapi perlu cepat kerana ia akan berakhir  pada 31 Januari 2017. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki iPhone pada harga yang murah.


Kebebasan Melayari Internet Dengan 60GB Data Setiap Bulan

Pelan First™ Platinum membolehkan pelanggan menikmati 60GB data internet iaitu 30GB pada hari bekerja dan 30GB lagi pada hari minggu.

Apa yang boleh dibuat dengan 60GB data internet? Pelanggan boleh menonton 300 jam video YouTube atau 3,600 buah video jika setiap video berdurasi 5 minit.

Keratan dari laman web pelan First™ Platinum


Gabung Kuota Dengan AnydayGB™

Sekiranya pelanggan mahu menggabungkan kesemua kapasiti data (30GB + 30GB) ini untuk kegunaan 24/7, Celcom ada menyediakan servis tambahan yang dikenali sebagai AnydayGB™.

Menerusi AnydayGB™, pelanggan boleh menggunakan 60GB data yang ditawarkan tanpa mengira masa dengan tambahan RM10 sahaja dalam bil bulanan.


Panggilan & SMS Tanpa Had ke Semua Rangkaian

Pelan First™ Platinum juga turut memberikan panggilan dan SMS percuma tanpa had ke semua rangkaian.

Pelanggan First™ Platinum tidak perlu lagi gusar bil bulanan tiba-tiba mencanak naik kerana banyak membuat panggilan.


WhatsApp, Yonder Music Tanpa Had

Banyak menggunakan WhatsApp? Pelan First™ Platinum memberikan akses data tanpa had kepada pelanggannya apabila menggunakana aplikasi WhatsApp. Ini bermakna data yang digunakan ketika mengguna aplikasi WhatsApp tidak akan dikira di dalam kapasiti kuota 60GB yang diberikan.

Begitu juga apabila pelanggan mendengar muzik menggunakan aplikasi Yonder Music. First™ Platinum memberikan kebebasan kepada pelanggannya untuk mendengar muzik tanpa perlu memikirkan tentang had kuota.

Untuk info lebih lanjut tentang pelan First™ Platinum, layari pautan ini https://bluecube.com.my/BlueCubeOnline/plan-details.jsp?product=PB09890:PR03080 atau layari https://www.celcom.com.my/personal/devices/iPhone/overview/iphone-se untuk melihat sendiri iPhone SE murah yang ditawarkan oleh Celcom. Pilih pelan First™ Platinum untuk lebih penjimatan.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
AssalamualaikumImage result for buffered nuffnang


Ada sesiapa yang masih mencari tips tentang bagaimana nak dapatkan Buffered Earnings dari Nuffnang tak? Kalau ada, saya nak kongsi ni .. nak nak?

Tapi sebelum tu, pastikan dulu anda seorang blogger baru, followers pun kurang ... boleh cuba cara dan teknik diberikan. Kebanyakkan tips yang diberikan telahpun diberikan sebelum ini samada oleh saya mahupun blogger2 lain. Terpulang kepada anda nak mencubanya tau tidak.

Ada lebih 15 tips yang diberikan .. wow ..banyakkan? Hmm ... tengok2 semuanya boleh .... jika nak tahu ... silalah baca di sini: Cara Mendapatkan Buffered Earnings Dari Nuffna 

Terima kasih buat empunya entri yang sudi berkongsi pengalamannya dan kepakarannya. Anda tak teringin? Dah letak iklan Nuffnang tu ... baik letak di tempat sepatutnya, dan memastikan ia benar2 menjana pendapatan buat anda ... letak tapi tak dapat apa2 .. hmm kan buat berat je blog ..kan kan .. jangan ikut saya .. saya letak sebab suka ia berada dalam blog Bangku Kosong ni .. ia gerak2 ..buat cam blog saya ni nampak menarik dan dinamik .. hehehee...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tahun lepas korang mesti tengokkan Belanjawan 2017. kerajaan ada memberitahu ttg penaik-tarafan kepada kelajuan langganan internet sedia ada bermula Januari 2017, dan kini, pihak Telekom Malaysia telah memulakan proses penaik-tarafan berkenaan secara berperingkat. 
Image result for unifi


Daripada perkongsian Telekom Malaysia sebelum ini, penaik-tarafan akan dilakukan selepas mendapat persetujuan pelanggan, selain bergantung kepada kemampuan infrastuktur di kawasan yang didiami seseorang pelanggan berkenaan. Pelanggan Unifi Advance 30 akan dinaik-taraf kepada Advance 50, dan Advance 50 pula akan dinaik-taraf kepada Pro Plan 100.
Bagi anda yang melanggan pakej UniFi, anda mungkin sudah mula menerima emel daripada mereka, atau turut boleh ke laman khusus yang disediakan Telekom Malaysia, dan menyemak promosi khusus untuk anda.
Selain daripada Unifi, pihak Telekom Malaysia juga turut dilihat menyediakan kejutan untuk pelanggan Streamyx. Daripada percubaan sejumlah pelanggan Streamyx yang telah mendaftar di laman khusus TM berkenaan, mereka diminta untuk menyemak kembali pada minggu hadapan untuk menyemak kejutan mereka. TM juga turut menyediakan kejutan kepada pelanggan talian tetap TM di rumah.
Layari : TM Thank You Surprise
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Untuk korang Yang Tidak Menerima Naik-Taraf Kelajuan berkenaan disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah disebabkan had teknikal dan sokongan infrastruktur di lokasi pelanggan, selain berkemungkinan pelanggan turut telah melanggan pakej paling tinggi daripada UniFi. Selain untuk pelanggan berkenaan, Telekom Malaysia juga turut menyediakan penawaran dan sedikit ganjaran kepada pelanggan Streamyx dan juga TM Homeline.
TM Surprise
Daripada perkongsian pihak Telekom Malaysia kepada kami, korang yang tidak menerima penaik-tarafan kelajuan akan ditawarkan dengan beberapa pilihan. Antaranya adalah:
  1. Potongan RM10 untuk langganan Webe untuk tempoh 12 bulan akan datang.
  2. Langganan HyppTV Pack percuma untuk tempoh 12 bulan sekiranya pelanggan UniFi berkenaan tidak melanggan kepada pakej HyppTV tambahan.
  3. 2 VOD percuma selama 4 bulan sekiranya melanggan pakej HyppTV tambahan.
  4. Kupon GemFive bernilai RM25 untuk digunakan sekali bagi pembelian melangkaui RM100.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia seperti UniFi, Streamyx atau TM Homeline, boleh menyemak apakah “kejutan” yang ditawarkan untuk akaun anda melalui laman TM Thank You Surprise.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Okey guys kali ni aku nak cerita pasal aq dah anggau dengan sunglasses terutama jenama 
POLICE

Haaa ni nak citer ni macam mana aku boleh angau..Harini ada pertandingan merentas Desa.So untuk pengetahuan korang aku ambil form 6.So kira  aku laa paling senior dalam sekolah ...HAhahahaa!!
So semua pelajar form 6 opss nanti ada yang marah kalau kita panggil form 6 .So kita panggil pelajar2 pra U ditugaskan untuk jaga check point.So aku ngan member2 class Jaga check point 1.So ada laa member aku sorang ni Boon ji aka buji (kitaorang panggil dia buji) bawak sunglasses ni so aku punya excited tumelebih sikit.

Haahahahah

and untuk pengetahuan korang sebelum ni aku peminat jenama Ray Ban.So bila dah try jenama POLICE ...aku rasa jatuh cinta pulak dengan jenama ni.hohohoho...

okey jom kita Tengok buji pakai sunglasses dia
pandai2 laaa korang zoom ea kalau nak tengok gambar cermin mata yg dia pakai tu
Btw budak2 class panggil buji tapi aku panggil min ho malaysia ..hoohoho
nah ig aq bagi sekali >>>>>>Boon Jin

haaaaa smart tak ????

meh aku masukkan lagi gambar yang aku pulak try



okey aku tahu muka aku poyo .hahahhaha
Tapi tulaaa aku dah jatuh cinta dah ngan jenama ni...
tapi aku x berapa minat sangat frame jenis pilot ni aku minat jenis squared
macam kat bawah ni




haaaa yang ni aku rasa macam nak beli

tapi sebelum nak beli aku nak tanya korang .Mana tahu ada dalam kalangan pembaca aku niyang kerja dekat kedai cermin mata kan..aku nak tanya la aku ni ada laa rabun sikit  *sikit jr huhuhu sebernarnya banya.Nak tanya laa boleh ke tempah sunglasses yg ada power???or kena pakai contact lens then baru pakai sunglasses??Boleh beritahu tak kat ruangan komen???And if ada pembaca yang kerja kedai cermin mata takda harga kasih sayang ke..hohohol Lol..okey2 harap korang boleh bantu...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


2,3hari ni kecoh gak aku tengok ramai orang tengok and hampir percay apabila satu akhbar tempatan menyiarkan isu penyeluk saku digital yang mampu menggodam maklumat kad berasaskan PayWave dengan hanya menggunakan telefon pintar..
Saya mencuba aplikasi yang diperkatakan mampu “menggodam” maklumat kad PayWave atau kad yang mempunyai sokongan contactless ini.
Aplikasi ini sebenarnya bukanlah aplikasi yang direka untuk menggodam tetapi  Ia hanya boleh dipasang pada telefon berasaskan Android dan satu fungsi wajib yang perlu ada adalah kebolehan Near Field Communication (NFC). Walaupun ia tidak direka untuk godaman, hasil maklumat yang diperolehi masih ada kemungkinan untuk menjayakan sesuatu transaksi.
Contoh maklumat yang kau boleh daapt melalui PayWave:
1. Nombor kad debit/kredit anda
2. Tarikh luput kad
3. Transaksi terkini (sekitar dua minggu)
4. Log yang dipenuhi dengan kod unik
Sumber gambar Amanz.my
Umumnya, tiga maklumat yang diperlukan untuk membuat pembayaran online iaitu:
1. Nombor kad debit/kredit anda
2. Tarikh luput kad
3. Nombor CVV (nombor 3 digit di belakang kad)
Satu maklumat yang tidak diperolehi oleh aplikasi ini adalah nombor CVV iaitu nombor yang tertera di belakang kad. Walaupun aplikasi ini tidak memaparkan nombor CVV ini, dengan penggunaan 3 digit nombor, ia masih ada kemungkinan untuk diteka di bawah 999 kali.
So perlu tak risau?????
Pertama sekali, aplikasi ini menggunakan gelombang NFC pada telefon pintar untuk membaca kad PayWave ini. Secara teknikal, gelombang ini mampu mengesan dalam jarak 4cm sahaja daripada terminal pembayaran atau telefon pintar. Tetapi apabila diuji, saya perlu meletakkan kad betul-betul berhampiran di belakang telefon, barulah ia berjaya membaca kad PayWave ini. Sekiranya saya meletakkan kad ini jauh dengan jarak melebihi 1cm,

Perkara ini diperkuatkan melalui info daripada Maybank mengenai pembayaran secara contactless.²





Selain itu, kebanyakan transaksi pembayaran online kini juga telah dipertingkatkan dengan sistem 3-D Secure — memerlukan anda memasukkan kod yang dihantar kepada telefon anda sebelum menjayakan sesuatu transaksi



sekiranya maklumat kad anda dicuri, anda masih akan menerima mesej pada telefon anda untuk setiap transaksi yang berlaku menggunakan kad anda. Jadi, anda masih mempunyai peluang untuk menghubungi pihak bank bagi memaklumkan transaksi yang berada di luar pengawasan anda.




Jadi bagi anda yang mempunyai kad berasaskan PayWave, proses untuk memperoleh maklumat kad ini sebenarnya memerlukan jarak yang begitu dekat sebelum ia berjaya dipintas. Sekiranya ia berjaya dipintas, maklumat yang diperolehi juga masih belum mampu untuk menjayakan sesuatu transaksi dan memerlukan penggodam untuk meneka nombor CVV dengan tekaan sehingga 999 kali. Pastinya dalam tekaan tersebut, pihak bank akan menyahaktifkan kad tersebut kerana ada cubaan untuk meneka nombor ini secara berkali-kali.
Seperkara lagi, dengan sistem pembayaran 3-D Secure yang diimplementasikan pada pembayaran online, ia juga menyukarkan penggodam kerana memerlukan penggodam mendapatkan telefon pengguna secara fizikal untuk melihat kod yang dihantar, sebelum mampu untuk meneruskan pembayaran.






Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hai Guys
Haaa tahun ni tak buat langsung article pasal new year (2017) hahaha
tak ada mood laa..
Btw masuk tahun baru ni.mula laa laptop yang telah berjasa selama hampir 6 tahun 
ni buat hal + ramai kawan2 tanya laptop under RM 2.5 k 
or laptop under 500USD yang terbaikkk 
So dekat bawah ni aku senaraikan laptop terbaik 


NO 1 

Acer E5-575G
RM 2499

  • Windows 10 Home
  • Intel® Core™ i5-7200U processor 2.50 GHz (CHIP BARU INTEL 7gen)
  • 15.6 inci 1920x1080 (FULL HD)
  • Nvidia® GeForce® 940MX with 2 GB Dedicated Memory
  • 4 GB, DDR4 SDRAM
  • 1 TB HDD
  • dalam gambar tu ada 3 laptop kann but beza dia warna haaa ada hitam,putih,biru
  • Boleh tengok dekat -> Acer

No 2


HP Pavilion 15-au102TX 


  • 7th Generation Intel® Core™ i5-7200U Processor
  • 15.6" diagonal FHD(1920x1080) + SVA anti-glare WLED-backlit
  • 4 GB DDR4-2133 SDRAM
  • 1 TB 5400 rpm SATA
  • NVIDIA® GeForce® 940MX (2 GB DDR3 dedicated)
  • Spec dia lebih kurang dengan acer tadi.Boleh dikatakan 99% sama kalau nak jimat sikit boleh laa ambil hp ni.Ohh lupa hp ni ada dua warna merah&Silver 
  • boleh tengok dekat -> HP

Ok Untuk dua yang pertama ni best laptop under 2.5k yg boleh 
run casual gaming (pes 2017,gta v,cs go) ,Photoshop,sony vegas,autocad kiranyaa boleh buat kerja multimedia + casual gaming okey post lepas ni aku senaraikan best ultrabook yg sesuai untuk student and yg jenis suka ringan pulak


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (ᗒᗊᗕ) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates