RON95 naik 15 sen?
Kuala Lumpur: Kenaikan harga runcit petrol RON95 bagi Februari dikatakan sebanyak 15 sen manakala RON97 dan diesel naik 5 sen dan 20 sen, bermula tengah malam ini tular sejak pagi tadi.
Namun Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, perkara itu belum dapat disahkan lagi.
Khairul Annuar berkata, penentuan harga minyak di pam kebiasaannya dibuat berdasarkan harga sebenar pasaran oleh kerajaan.
“Kenaikan yang tular di laman sosial termasuk WhatsApp itu mungkin logik namun tidak semestinya tepat. Nilai sebenar kenaikan harga minyak di pam itu hanya akan diumumkan malam ini selepas mendapat maklumat rasmi saja,” katanya.
Berdasarkan spekulasi itu, harga bagi RON95 naik kepada RM2.25 berbanding RM2.10 seliter sebelum ini.
Harga RON97 pula naik kepada RM2.45 berbanding RM2.40 seliter manakala diesel ialah RM2.25 seliter berbanding RM2.05 seliter
SUMBER:HARIAN METRO
P/S:Bulan 2 ni nak pakai minyak ron95 ke 97 haihh...sebelum ni semua pakai 97 tapi rasa dah x mampu dah..sob3x.
0 comments