“Kejutan” Dari Telekom Malaysia ???

by - 12:00 AM

Untuk korang Yang Tidak Menerima Naik-Taraf Kelajuan berkenaan disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah disebabkan had teknikal dan sokongan infrastruktur di lokasi pelanggan, selain berkemungkinan pelanggan turut telah melanggan pakej paling tinggi daripada UniFi. Selain untuk pelanggan berkenaan, Telekom Malaysia juga turut menyediakan penawaran dan sedikit ganjaran kepada pelanggan Streamyx dan juga TM Homeline.

TM Surprise
Daripada perkongsian pihak Telekom Malaysia kepada kami, korang yang tidak menerima penaik-tarafan kelajuan akan ditawarkan dengan beberapa pilihan. Antaranya adalah:
  1. Potongan RM10 untuk langganan Webe untuk tempoh 12 bulan akan datang.
  2. Langganan HyppTV Pack percuma untuk tempoh 12 bulan sekiranya pelanggan UniFi berkenaan tidak melanggan kepada pakej HyppTV tambahan.
  3. 2 VOD percuma selama 4 bulan sekiranya melanggan pakej HyppTV tambahan.
  4. Kupon GemFive bernilai RM25 untuk digunakan sekali bagi pembelian melangkaui RM100.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia seperti UniFi, Streamyx atau TM Homeline, boleh menyemak apakah “kejutan” yang ditawarkan untuk akaun anda melalui laman TM Thank You Surprise.

You May Also Like

0 comments