Kepada Yang Membenci Ku Pohon Ampun
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Apa khabar iman kita hari ini ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Assif jiddan kepada semua yang hadir ke blog Nass.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku melupakan bukan kerana aku membenci,-------------------------------------------------
tetapi aku melupakan kerana aku punya tujuan,
iaitu aku ingin mencapai kejayaan yang cemerlang."
Masih ternigiang-ngian ditelinga apabila sahabatku sendiri berkata,
Siapa lagi yang nak kembalikan kegemilangan Islam
danmengegakkan syiar Islam kalau bukan diri kita ?
Ayuh, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Allahhuakbar !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Paling penting apabila sudah hampir menjelang waktu peperiksaan ni dekatkan diri kepada Allah, jauhkan maksiat, jauhkan perkara yang sia-sia, banyakkan latihan. Insyaallah Allah akan bantu. Niat itu penting, niat bukan untuk peperiksaan, tetapi niat kerana Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin.""Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
---------------------------------------------------------------------------------
Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan cemerlang + Kejayaan yang diredhai Allah.
inn sha allah kejayaan milik kita.
Doakan kejayaan Nass dan kawan-kawan seperjuangan yaa. Jazakumullah khairan kathira. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada yang membenci, ku kirimkan doa agar dirimu sentiasa dirahmati dan diberikan hidayah oleh Allah. Maafkan segala salah silapku yang pernah aku lakukan sama ada sengaja mahupun tidak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada yang menyayangi, ku berdoa agar dirimu sentiasa disayangi dan dicantai Allah yang maha pengasih lagi maha penyang.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kepada yang sentiasa mendoakan dalam diam, ku berdoa agar Allah sentiasa memimpinmu ke jalan yang diredhainya. Amin ya Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku tidaklah "sejahat" yang kamu katakan, dan bukan pula "sebaik" yang kamu fikirkan. Aku hanya "insan biasa" , hamba Allah yang sangat lemah. Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Allahhuakbar.
Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah.
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat. Amin.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri Nass sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan Nass mohon ampun dan maaf. Wassalam.
0 comments