(VIDEO) Gadis Melayu di peluk& cium artis Kpop

by - 4:04 AM

Ulamak di Hina ...Artis korea disanjung 
Dunia akhir zaman T_T

Baru2 ini kita mesti terbaca or telihat  tajuk yang sedang Hot 
"gadis Melayu bertudung dipeluk oleh artis Kpop"



Terkejut sungguh Nass melihat video yang mempertontonkan aksi gadis Melayu bertudung dipeluk oleh artis Kpop lelaki. Tapi kita tidak boleh salahkan artis-artis Kpop ini. Diorang bukannya tahu batasan yang ditetapkan oleh agama Islam. Agak memalukan apabila gadis-gadis bertudung ini dengan muka malu-malu kucing merelakan diri mereka dipeluk. "Syok kot dipeluk oleh penyanyi pujaan yang selama ini hanya ditatap di kaca TV". Confirm malam ini tak tidur lena.

kpop

 PANDANGAN TOKOH AGAMA 
Tokoh Agama, "Dr Zaharuddin Abd Rahman " , berkata ia perlu dilakukan seperti kecaman program menyentuh anjing kerana dosa pelukan seperti dalam video itu dan
 "pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat."
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam.
“Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.
“Bapa dan suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula,”

tulis Dr Zaharuddin di laman Facebooknya.
Dr Zaharuddin berkata, tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh daripada dilihat, nampaknya hanya sekadar hiasan dan fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.
Katanya, video itu telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya.
“Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.
“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.
“Tidak perlu maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian,” katanya.

Dari Abu Said Alkhudri meriwayatkan bahawa, nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan TANGAN. Jika tak mampu, maka ubahlah dengan LISAN. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan HATI, dan itu (ubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”

(Hadith riwayat Muslim)

 Dan katakanlah kepada WANITA beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang biasa (yang bukan aurat)…”

 (Surah Annur : 31)



VIDEO 


You May Also Like

0 comments