• Facebook

NASRUDDIN NASS

 Megi *Ramen ini disahkan menggunakan mesin yang sama untuk penyediaan "paste" berkaitan sebarang produk "pork"Untuk makluman, saya telah membuat semakan produk ini melalui konsultan halal di korea, Mr. Kim Edward. Produk ini telah menggunakan mesin yang sama bagi penyediaan "paste" berunsurkan "pork".

Melihat pula kepada bahan2 paste megi ramyeon chicken mania ini, tiada sebarang "pork" didalamnya. Namun demikian, ISU SYUBHAH telah timbul disini kerana mesin yang digunakan adalah mesin yang sama dengan penyediaan "paste" berunsurkan "pork".
Logo Halal Korea yang dikeluarkan oleh KMF, adalah diragui.
Mohon sebarkan... isu kemashalatan Islam semakin membimbangkan.
ps : saya mohon maaf jika ada kesilapan pada maklumat ini. saya sertakan bukti perbualan saya bersama Konsultan Halal Korea untuk makluman.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Tiba aku teringat Kisah seminggu yg lepas.Bagaimana dalam masa seminggu Aku sah bergelar suami kepada Sarah amira

FlashBack
******************************************************

Aku berkerja di Johor Bharu,Dua tiga hari lepas aku plan untk pulang ke kampung Halaman *laa sangat dekat Kluang jerr pun*So pagi2 lagi aku dah terpacak dekat stesyen bas larkin.Aku melihat tiket bas yg aku beli menunjukkan pukul 9.30 pgi.So akuu masih ada lagi 1.30 sebelum bas aku bertolak.

Aku
**dlm Hati*
Uishh Tiba2 rasa dahaga pulak

Entah laa kenapa haritu aku malas untuk menlangkahkan kaki untuk ke Mc Ronald *Bukan Promote*
Hmmm
Aku toleh ke kanan 
Ehhh ada air dri Mc Ronald tak terusik pun *Hmm nampak macam air coke sedapnyaa*
Tanpa berfikir panjang alang2 dah dahaga minum jelaaa *Rezeki Jangan Ditolak kononyaa*
***SLURPPPPPPP***
Sekali sedut jerr sampai setengah cawan aku minum
Tiba2 aku teringat sabda rasulullah

"Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

***Aku terus beristifar ***
Astaghfirullah ... Ya Allah
Minuman ni bukan hak aku,,
apa  yg telah aku buat niiii..
Aku....Akuuu
Aku mesti mencari pemilik asal air coke ni dan minya dia halalkan apa yg telah au minum
Jika aku bertanya kepada orang ramai
pasti akan jumpa pemiliknyaa.

Maka Aku pun mula bertanya kepada orang ramai yg berada di sekelilingnyaaa

Orang pertama yg aku tanya adalah pak Guard yg paling hampir dengan aku

**Encik,,,Encik ada nampak x orang yg duduk di situ tadi**
**Ooh tak silap pak Guard dia pergi ke kaunter bas SS *Bukan Nak Promete k* 5 minit tadi***

Aku pun terus ke kaunter bas SS


Aku ***Cik,Nak tanya sikit ada tak nampak pakcik dlm likungan 50 tahun  beli tiket 5 minit tadi**
Cik Kaunter***Oooh pak Haji tadi..Jap yaa Saya cek ,Haa ni dia beli tiket balik ke kelantan***
Aku***Boleh saya mintak nama dia ngan alamat dia***
Cik kaunter***Maaf encik saya tak boleh bagi maklumat peribadi pelangan kepada sesiapa
Aku***Tapi cik ni antara Hidup Dan Mati Saya***
Cik Kaunter***Ok laa Ok laa ni nama dia dan alamat dia ,nasib baik dia order tiket secara online boleh saya dapatkan maklumat pakcik tu***

Aku bermonolog Dalam diri


Kelantan???Betul ke Aku sanggup pergi ke Kelantan *15 jam tau penjalanaN*
Entahh apabila teringat sabda rasulullah tadi
Tanpa Terus berfikir panjang aku terus membeli tiket bas ke Kelantan
Dalam Bas Aku terfikir betul ke apa yang aku buat ni
Arhhh Biar laa .Yang penting aku dpt mintak maaf

Tiba di Kelantan

Sampai Sahaja di Kota Bharu aku terus dapatkan Teksi dan pergi ke Alamat Yg diberi Oleh Cik Kaunter tadi.

Setelah Tiba di halaman Rumah Alamat yg diberikan tadi.

Aku pun memberi salam
Kemudian Aku dijemput naik

Aku pun menceritakan Kesemuanyaa Kepada pak Zain
Maafkan Saya pak Zain .Tolong Halalkan Apa yang telah saya minum dari air coke ini semalam

Pak Zain***Bermonolog Dalam Hati***

Pemuda ni Sanggup datang dari Jauh semata-mata kerana seteguk minuman yg Haram...?

Baiklaaa Pak Cik akan Halalkan ......Tapi Dengan satu Syarat 
Kamu perli\ bernikah dengan anak perempuan Pak Cik
Sebelum itu,Kamu perlu tahu sesuatu 

Anak pak Cik buta,Bisu,Dan Pekak...Serta lumpuh seluruh Tubuh Badanyaa
Jadi .Adakah kamu setuju menikahinyaa???
Jika kamu setuju barulah pakcik akan halalkan...

aku bermonolog

Aku perlu menikahi Seorang yg buta...bisu...pekak...dan lumpuh....
Berbaloikah????
Aku pun mengambil masa sebentar dan menalefon kedua Ibu bapa ku
Ibu dan Ayah menyatakan padaku buat laa keputusan Yg kamu fikir betul 
Ayah dan Ibu telah bagi Ilmu Agama yg mencukupi
Lagipun kamu bukan tak mampu...Umur kamu sahaja lagi dua tahun dah dekat 30 tahun
Jadi Ibu dan Ayah Ikut Sahaja Keputusan kamu.

Jadi Setelah berfikir Aku pun mmenyatakan Yang Aku setuju.
Aku pun minta masa 2 minggu untuk bersedia..


2 minggu telah berlalu


Hari yang dihitung Telah pun tiba...Pada Hari itu aku Sah bergelar suami
kepada Sarah Amirah Binti mat Zain dengan seali lafaz
Sebelum akad nikah aku tidak mahu melihat Wajahnyaa .
Aku takut aku tak mampu menerimanyaa 
Jadi aku suruh ibuku yg melihatnyaa.

Ayah mentuaku

InnShaAllah ...Kita buat walimatul urus esok..Sekarang pergila kamu melihat sarah .Isteri kamu itu

Aku bermonolog dalam hati

Esok walimatul urus.Macam mana aku nak bersanding dengan isteriku yg lumbuh?Hatiku berbica
Aku tidak pernah melihat siapakah sarah amira
Mampukah aku berdepan dengan isteriku ini
***Menghelah Nafas***

Aku pun mengetuk dan memberi salam kepada pintu biliknyaa
 Assalaamualaikum boleh saya masuk?

***Waalaikumusalam Masuk laaa kalau tak malu***

ehh main2 pulak ...Wait a minute Tak silap aku sarah seorang yang bisu...
Maaf saya tersalh bilik

sarah

Tunggu....Nanti ***Sambil menarik lengan jubah Baju Suaminyaa
Awak datang ke bilik yang betul
Saya Mira.....Isteri awak....
*Muka blushing sikit heheheh Emaginelaa sikit korang First Time bertentang Mata *

Awak Sarah amira???
alaaa jangan laa panggil saya sarah .ramai sangat daaa paggil saya sarah
awak panggil saya mira ke,sayang ke,Darling ke..kekek

Lucu juga isteri aku ni *Monolog Dalam Hati*

***Ruang tamu***

Aku*Syaa macam tak percaya yang awak adalah isteri saya*
*Kata ayah awak ,awak Seorang yang buta,pekak,bisu,dan lumpuh.

Wife*Sebenarnyaa apa yang dikatakan oleh Abi saya itu betul*



Saya bisu:Kerana saya tidak suka berkata-kata melaiankan perkataan yang baikSaya pekak:Kerana saya tidak suka mendengar umpatanSaya Buta:Kerana saya tidak suka melihat sesuatu yang diharamkan AllahDannn saya lumpuh kerana Saya tidak Suka mengahadiri ke majlis2 maksiat.Maka itulaa sebabnya Abi saya mengatakan yang saya buta,bisu,pekak dan Lumpuh

Aku

Jika begitu Saya gembira mendapat isteri yang buta ,Bisu,Pekak dan Lumpuh seperti Awak.


----TAMAT----

Pengajaran

Walaupun kita tidak sebaik wanita ataupun lelaki di dalam Cerpen ini.
Kita cuba berhijrah kepada yang lebih baik.Cerita ini sebenarnya saya ubah sedikit dari
cerita asal iaitu lelaki bernama Tsabit bin Ibrahim .

Kesimpulanya .
LELAKI YANG BAIK ,InnShaAllah JODOHNYA JUGA PEREMPUAN YANG BAIK

 Cerita ini juga diubah dari Abeben's Artworks








Share
Tweet
Pin
Share
No comments


When Allah gives us "NO"


Haaa korang memandangkan Keputusan spm 2015
akan keluar tak sampai 24/7 lagi kan
Jom kita sembang2 pasal 
Esok T_T
yesss esokkk huhuhuh nak nanggis kr
nak gembira ke tak tahu laaa.
Okey2
Memandangkan esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Batch98 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengucapkan semoga berjaya terutama kepada semua pelajar-pelajar (ehhhh! bekas pelajar ) yang telah bertungkus lumus mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas. Terutamanya pelajar 
-Smk Sultan Abdul Jalil 

Haa tak lupa juga kawan2 yang nass kenal dari sekolah
-EnglishCollege(MAKTAB SULTAN ABU BAKAR @EC)
-SEKOLAH TINGGI KLUANG
-SMK TAMAN SRI KLUANG
-SAINS JOHOR (MENTOR MASA PROGRAM LUKISAN KEJURUTERAAN)
-STABK
-Dan semua batch 98 yang kenal pemilik blog ni **ramai ke yang kenal hahaha**


Apa-apa pun, good luck untuk semuanya.

Apa-apa pun keputusan yang anda dapat.
yang paling penting ucap Alhamdulillah ^_^
InnShaAllah jika keputusan kurang memuasakan 
Allah
Telah rancang yang lebih baik pada masa hadapan
INNSHAALLAH
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Punya tak sabar aku nak tonton citer ni gara gara trailer dia yg gempak giler..serius gempak giler ! Aku rasa bukan aku je rasa gitu..kan kan ? Akhirnya..penantian aku sampai tiba masanya.. Minggu lepas aku pergi tontonnya

Hurmmm... hurmm.. Dan aku tertipu lagi !! Seriusss..aku ingatkan cerita pasal penghujung dunia..rupa rupanya ??? Pasal alien !! Arghhhhh..rugi masa lapang aku !!

20 minit pertama nampak gempak.. pastu...pastuuu..adoiii.. dah mcm citer Falling Skies  ! Aku rasa filem The Day The Earth Still Flood lakonan Keanu Reeves jauh gempak lagi !

Tolong jangan tertipu macam aku..  Arghhhhhhh !! Baik korang tonton Dilwale 20 kali !! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Bismillahirrahmanirrahim... Di sini Nass nak kongsi sebuah cerpen ... Semoga bermanfaat untuk semua... Selamat Beramal...p,s tiada kaitan hidup atupun yang sudah meninggal dunia...


Aku mencapai telefon mobilku & membelek² SMS ucapan hari lahir yg diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya² mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? 



Jika tidak, tahun² sebelum ini pasti sudah ada kad besar & bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahirku. Dahlah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu². Menyangka sesuatu yg tak baik sedang berlaku.



Adakah dia sudah ….? 

Argh, tak mungkinlah! 

Dia dah kata takkan ….



Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat² baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM & jugafriendster. 



Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu & telah bercadang utk turun ke KL dgn kakak melawat saudara-mara & sambil² itu bolehlah juga berjumpa dgn si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. 



Melepas rindulah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dlm 3 jam 1/2 dah. Ulang alik setiap hari pun boleh.



Di KL. Aku telah menghubunginya & cuba mengajak utk berjumpa. Dia menolak ajakan aku utk keluar berjalan² drpd pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dgn ku seketika sahaja pada petang hari. 



Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. 



Dan petang itu kami taklah ke mana² sangat. Ronda² sahaja dgan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran & kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yg agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dlm perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…



Dia ada bertanya 
"Apa beza kita dgn mereka kat situ tu ye?" 



Amin menunjuk² ke arah beberapa pasang 'couple' yg sedang lepak berdua²an di tempat² duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. 

"Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang². Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk².

"Dlm Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok belok masalah benda² macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahajalah!

"Erh, abaikan sajalah. Saja² saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK utk menyambung sesi pelajarannya yg baru, dia ada menghantar satu email kpda ku utk menerangkan kedudukan & tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit sebanyak yg aku perlu mengawal hubungan yg masih tidak 'rasmi' ini. 



Dan sejak drpda itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dgn jari. 



Aku bersyukur & gembira krn dialah yg membuat aku berubah utk jadi lebih baik & lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat & singkat, kini sudah banyak yg labuh & longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yg memperkenalkan padaku apa itu usrah & dakwah. Dia juga ada berpesan:

'Jaga hubungan dgn Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jagahubungan kita.'

Jadi, apakah yg akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam² sangkaan buruk bermain² dlm hati yg mula busuk ini. 



Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki² lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dgn perempuan² lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yg 'playboy' pada masa kini.



Ops! Mungkin agak kasar utk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi.


Nombor Amin yg terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas.


Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja utk 'wish birthday'. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok. Thank you..." balasnya pula.


Keesokannya. Aku menanti awal dia online.



Amin has signed in.



Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: Assalamualaikum wbt.

Wani: Waalaikumussalam wbt.

Amin: Apa khabar? Sihat? Iman baik?

Wani: Alhamdulillah... Sihat²..=) Awak?

Amin: Alhamdulilah… Baik² juga… Iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… Tapi tak mengapa, ok saja semua..

Wani: Awak tak balik ke tahun ni? Btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: Tak balik... Banyak kerja sikit tahun ni… Lagi pun saya nak try bekerja… Cari duit...

Wani: Wah, rajinnya... Baguslah!

Amin: Hurmmm... Study macam mana?

Wani: Ok saja... New sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: OIC... Tak mengapa, study rajin² ye... Hurmmm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Wani: Apa dia? Tanyalah… Sila²..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… Hurmmm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: Erh… Macam awak kata dlm email tu dulu yg kita ni kan 'kawan'… Tak lebih drpd tu… Tapi, special sikit… Tiada couple² macam org lain… Declare pun tak kan? So, statusnya kawan saja lah…

Amin: Hurmmm…

Wani: Erh, tak betul ke?

Amin: Hurmmm.. ni opinion sajalah - antara lelaki & perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yg lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… Yg lain² atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: Jadi…

Amin: Saya rasa kita harus stop… Stop utk berpisah… Sebab… Sebab saya sedar yg semua ini adalah salah & juga keliru… Benda ni akan buatkan hati ternodai… Zina hatiakan banyak berlaku… Walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: Huhhh… Saya bercakap itu & ini pada org ramai… Tapi dlm masa yg sama saya meyelindungi sesuatu yg tak sepatutnya saya buat…

Amin: Kononya Islamik… Saya rasa cara ni tak betul… Kita sebenarnya yg dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… Then, org nampak Islamik…

Amin: Saya rasa tak ada beza pun kita dgn org lain yg duduk ber'couple²' ini..

Amin: Hurmmm... Jadi, saya rasa kita harus berpisah… Demi menjaga diri…& sama² utk kembali harungi hidup dlm redha Ilahi…

Amin: Sorry… Sorry banyak² utk segala apa yg telah kita buat… Dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yg lupa pada-Nya…

Amin: Andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyahku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. 



Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yg jelas membuat aku tak dapat membantah & berkata². Sedih, pilu, kecewa, & sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…



Aku tak mampu lagi utk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah & terima sahaja keputusan yg dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yg bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. 



Dialah juga tempatku pohon keampunan atas segala kekeliruan yg telah aku timbulkan. Rupa²nya selama ini aku telah tertipu dgn bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal & haram, serta mengandunkan yg Islam & al-hawa…



Cinta hakiki hanyalah pada Allah…



Tiba² aku teringat hadis halawatul iman yg pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama² sekali mestilah mencintai Allah & RasulNya lebih drpd makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya krn Allah & akhir sekali, mesti benci utk kembali kpd kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dlm api neraka. Dgn demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.



Hanya Allah sahajalah yg layak memberi hidayah kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Moga² Dia kuatkan & teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini & moga² diringankan beban yg kupikul ini.



Aku terus menjawab ringkas….
Wani: Thanks & sorry too… Saya terima… Alhamdulillah…

Wani: Moga awak bahagia & sukses selalu di sana. Doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out



Aku merasakan hubungan 3 tahun yg terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yg menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? 



Ya, kami memang saling menasihati & bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat² Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yg kami telah mempergunakan Islam utk mencapai matlamat peribadi…Astaghfirullah.. 



Syukur padaMu ya Allah krn lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

--------------------------------------------------------------------------------

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Opsss! Tersedar drpd lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil utk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul & Amin.

P/S : Selamat beramal ...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (á—’á—Šá—•) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates