• Facebook

NASRUDDIN NASS

                                                               CINTA BUKAN MILIK KITA
kredit
karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Sudah enam bulan berlalu. 

Tak pernah ku duga. 

Dia berdiri di hadapan mataku. Selama ini, dia cuma muncul di alam mimpi. Tapi, hari ini tidak lagi. Sedang menantiku di parkir tempatku bekerja. Aku baru saja habis lunch. Usai solat Zohor. Menerima sms ringkas darinya. Dah berbulan lamanya tidak ada sebarang khabar berita. Tiba-tiba, hari ini menjelma dengan tuannya sekali. 

Katanya sudah di tempat kerjaku. Nak jumpa. Penting.

Aku sedikit gelisah. Namun, ku hayunkan jua langkahku mendekatinya. Hati sedikit berdebar. Belum sempat ku sapanya, ku lihat ada manik-manik air mata telah menitis di pipinya.

"Bawa aku lari...tolong... Kita nikah!"

Suaranya serak menahan sebak. Namun, mesejnya jelas.

Tergamam seketika. Aku terus mengajaknya masuk ke dalam kereta. Mesej bos, keluar seketika ada emergency. Ku hidupkan enjin kereta. Terus meluncur ke jalanan. Entah ke mana arah hendak dituju. Aku sendiri pun tak pasti.

Yang berada di sebelahku ini, statusnya bukan bujang. Tapi, isteri orang. Ya, bini orang. Milik orang lain. Ada suami. Dah kahwin. Makna yang sama. Wanita ini, yang dulunya pernah menjadi teman wanitaku. Aku teman lelaki terakhirnya sebelum dia bernikah.

Kenapa bukan aku yang jadi suaminya? Kenapa lelaki lain?

Alasan paling konkrit manusia selalu sebut. 'Bukan jodoh. Tak ada jodoh.' Namun, cerita di sebaliknya, cinta kami terhalang oleh keluarga. Bukan kerana aku tak baik. Bukan kerana dia tak baik. Tapi, kerana keluarganya merasakan ada yang lebih baik untuk anak mereka. Jika aku berada di tempat ibu dan bapanya sekalipun, pasti enggan melepaskan anak sendiri nikah dengan lelaki yang tiada jaminan hidup.

Aku hanya pekerja kontrak. Senang cerita, tidak berjawatan tetap. Betapa besarnya erti jawatan tetap dan berpencen pada mata ibu bapa zaman sekarang. Dulu pun. Jawatan tetap tu bukan tak mampu dapat, tapi perlukan lagi beberapa tahun. Makan masa sikit. Bukan tidak ada gaji. Tapi, gajiku tidaklah setaraf orang lain. Gaji yang cukup makan untuk orang bujang saja. Untuk hidup berkeluarga, tidak sesuai. Bagi aku, ada tapak untuk kerja itupun sudah cukup bersyukur.

Takdir menemukanku dengan gadis ini. Ku sangkakan dia orang biasa sepertiku. Tapi, saat pertama kali ke rumahnya untuk bertemu orang tuanya, terkejut. Pagar rumah saja sudah melepasi kepalaku. Apatah lagi rumahnya yang seperti mahligai. Malahan, baru ku tahu dia anak tunggal perempuan. Darjat kami berbeza. Cara hidup berlainan. Status ibu bapaku dan ibu bapanya juga macam bumi dan langit. Ibu bapaku cuma orang kampung. Ibu bapanya kerja kerajaan, bergaji besar.

Pada mulanya, semua baik. Direstui keluarganya. Lalu, aku meminta tempoh. Supaya aku dapat bersedia, kumpul duit nikah. Malahan, ibu bapaku merasa tebal muka untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dalam keadaan aku tidak bersedia dari segi kewangan. Masakan mahu meminang anak dara orang dengan tangan kosong. Biasalah. Ibu bapa mana yang tidak mementingkan maruah. Semua orang fikir tentang maruah keluarga. Air muka yang perlu dijaga. Kaya dan miskin, sama saja.

Masa berlalu. Berbulan-bulan. Namun, tabunganku tetap juga tidak banyak. Hingga aku mula mengambil langkah berkira-kira untuk buat personal loan. Keluarganya mula mendesak, agar dihantar rombongan dengan segera. Kata mereka, ramai yang nak masuk meminang anak mereka. Aku mulai rasa tekanan yang hebat. Mana mahu cekup duit beribu-ribu dalam masa singkat? Hingga saatnya aku betul-betul down. Akhirnya, buntu jalan. 

Tapi, apakan daya. Tuhan penentu segalanya.

Di saat aku kebuntuan, aku dikejutkan dengan berita yang memeritkan hati. Orang yang aku sayang ditunangkan dengan lelaki lain! Tanpa dimaklum sedikit pun padaku. Aku tahu-tahu, semua dah selesai. Aku tanya si dia, kenapa terima? Dia kata kerana aku lambat, banyak sangat alasan nak bawa rombongan datang segera. Mak ayah dia dah bising. Dia tertekan sama. 

Kemuncaknya, mak dia sendiri contact. Marah aku. Jangan hubungi lagi anaknya. Kata bondanya, dah beri sejuta peluang, aku yang sia-siakan. Aku dan keluargaku yang salah. Semua kesalahan dicampakkan ke mukaku. Semua penyesalan dilontarkan kepadaku.

Akhirnya aku meniti hari-hari penuh luka hinggalah dia bernikah. Bukan orang lain, dengan saudara-maranya sendiri. Hancur hatiku.

Segala kenangan silam. Bagaikan baru berlaku semalam.

"Kau datang dengan apa ni?"

Aku memulakan perbualan.

"Naik teksi."

Huh. Dari KL ke Perak. Bukannya dekat. 

"Apa dah jadi sebenarnya?"

Dia menangis-nangis.

"Aku tak boleh hidup dengan suami. Aku tak boleh! Aku dah cuba banyak kali, tapi hati ini. Hati ini sikit pun tak berjaya menyintai. Dari bulan pertama, sampailah semalam. Aku gaduh besar semalam. Dia marah aku. Dia marah sebab tak rasa pun aku cinta dia. Dah memang tak cinta, memanglah tak rasa. Aku tak mampu nak berpura-pura lagi. Tak boleh!

Aku boleh sayang dia sebagai suami, tapi tak boleh cinta. Sebab, cinta aku hanya untuk kau!"

Dia menoleh ke arahku. Dengan hamburan air mata.

Bagai tercabut jantungku. Dah lama tidak ku dengar ungkapan keramat tu. Dalam hati bercampur baur. Antara gembira dan sedih. Antara terluka dan teruja.

Ku pecut kereta. Entah destinasi ke mana. Dah pun keluar dari daerah tempat ku kerja. Fikiran tidak keruan seketika. 

"Tapi, kau lupakah, kau sendiri yang terima risikan keluarganya? Lupakah, kau sendiri yang mengiyakan proses pertunangan? Lupakah, kau mengizinkan dan menerima sehingga hari akad nikah?

Kau lupakah, aku yang ketika itu sedang berusaha sedaya upaya untuk cari duit nikah kita, tapi terima perkhabaran kau sudah dipinang orang, sampai pergi melutut depan kau. Suruh terima aku kembali?

Kau lupakah, sedikit pun tidak kau bersungguh untuk fight back demi cinta kita? Padahal keputusan di tangan kau ketika itu. Kau yang nak kahwin, bukan keluarga kau!

Kau lupakah, aku yang dimarah dan dihina oleh keluarga kau sebab terhegeh-hegeh nak kau balik?!

Memang aku ada buat salah sampai kau berubah hati, tapi besar sangatkah salah tu sampai nak hukum aku seberat-beratnya? Hukum dengan penyesalan seumur hidup? Hukum dengan perpisahan selama-lamanya antara kita?"

Ah. Teruk. Aku berkata-kata spontan penuh emosi. Air mata mengalir sendiri. Sudah terlalu lama ianya membekam di hati. Marah dan geram bercampur baur. 

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Berhampiran dengan taman tasik. Tak dapat drive. Mata dah kabur diselangi air mata yang bergenang.

Aku dan dia sama-sama menangis.

Aku keluar dari kereta. Berjalan ke arah tasik. Dia menuruti langkahku. Bila betul-betul depan tasik, aku berhenti.

"Aku hantarkan kau balik ke rumah suami kau."

Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak nak! Aku tak nak balik! Nak hidup dengan kau!"

Dia mencapai tanganku. Aku tergamam. Perlahan-lahan, ku tarik lembut tanganku dari genggamannya.

"Kisah kita..dah berakhir…"

Dia tersentak.

“Kau dah ada perempuan lain?!”

Aku menggeleng.

"Di saat kau terima pinangannya dulu, kau dah campak aku jauh-jauh dari hidup kau sampai bila-bila. Kau tahu tak, betapa sukarnya aku kena survive di kala kau berbahagia dengan hidup baru?

Di saat kau bergembira buat persiapan nikah, pilih baju nikah, tempah itu dan ini, aku pula melawan hati rabak sendirian. Selama tiga bulan, tiada satu hari pun berlalu tanpa air mata. 

Aku cuba bangkit kembali, tapi demi Allah aku tidak kuat. Tapi kerana Allah, aku harus kuat. Apa yang aku buat, aku cari Dia. Selama kita bersama, aku alpa. Aku jauh dari Dia. Akhirnya, air mata ini tumpah jua di sejadah. Tak mampu tuturkan sepatah perkataan pun waktu berdoa. Sedih terlampau."

Dalam hati mengakui, andai Tuhan tiada di sisi, aku dah lama mati. Andai ku gadaikan agama ini, sudah lama iman ini mati. Pasti sudah lama aku bunuh diri. Kerana kecundang patah hati!

Tuhan mengambil sesuatu yang aku sayang, kerana Dia lebih tahu cerita masa depan. Dia lebih tahu, apa yang diriku tidak tahu. Dia cuba meluruskan diri ini kembali. 

Ku lihat dirinya menangis dan menangis.

Tak lama di tasik, aku mengajaknya ke suatu tempat. Drive kembali dalam keadaan dirinya sugul dan isak tangis belum ada tanda mahu berhenti.

Sampai di satu perumahan. Berhenti betul-betul dalam pagar sebuah rumah kecil. 

"Ni, rumah yang aku beli. Buat pinjaman bank. Yang aku cari untuk kita hidup bersama dulu."

Dia sedikit terkejut. Aku keluar dari kereta. Dia menurutiku. Ku buka pintu rumah yang berkunci. Biarkan saja ia terbuka.

“Jangan risau, aku tak masuk sama. Kau masuklah. Tengoklah sendiri. Aku tunggu di luar.”

Dia masuk rumahku itu dengan berhati-hati. Langkah saja, sudah terlihat namaku dan namanya disatukan dalam frame yang tergantung di ruang tamu. Hadiah-hadiah yang diberikannya dulu, kemas tersimpan di meja ruang tamu. 

Melangkah ke bilik tidur. Di situ, telah siap katil pengantin. Tidak terusik. Namun, nampak seperti dikemaskan setiap hari. Memang aku kemaskan bila ada masa. Di dinding pula, tergantung sepasang baju tunang yang aku siapkan untuk diriku. Tidak ku pakai. Di meja sebelah katil, ada sebuah diari. Yang aku tuliskan untuknya selama aku bersamanya.

Dia membeleknya. Helaian demi helaian. Air matanya gugur lagi. Tak sangka. Setiap apa yang dia sebut, aku catatkan. Setiap bait katanya dulu, aku titipkan semula ke dalam diari. Setiap harapan, setiap impian, setiap mesej hatta perbualan dalam Whatsapp aku salinkan ke dalam diari. Sungguh. Diari itu adalah tempat aku curahkan segala perasaanku kepadanya. Cuma, tiada berkesempatan untuk diserahkan pada tuannya. Akhirnya, diari itu usang. 

Di belakang kulit diari, ada sepasang cincin tersemat. Cincin murah saja. Untuk pertunangan kami kononnya dulu. 

Dia berlari keluar ke arahku. Dengan titisan air mata di pipinya. Nampak seperti ingin memelukku. Lantas ku meminggir sedikit. Mengelak. Enggan.

“Aku minta maaf. Hanya rumah kecil ini yang aku mampu sediakan untuk kau dulu. Ini pun, tak lama lagi akan aku biarkan saja dilelong bank. Sebab, bila diingat dan dikenang, semua ni buat aku sedih.

Mari, aku hantarkan kau balik.”

Aku mengunci pintu rumah, berjalan semula ke kereta. Namun, ditahannya aku dari masuk kereta.

“Kau dengarlah dulu penjelasan aku. Please!”

Aku diam. Berpeluk tubuh. 

Dalam hati, rapuh.

Aku lihat dia bersungguh-sungguh. Aku lihat dia masih cantik seperti dulu. Sayang, bukan milik aku.

“Siapa kata nikah kerana suruhan keluarga, aturan famili ni boleh bahagia? Mungkin ada yang bahagia, tapi tak semua! Ada saja yang tak bahagia.

Aku antaranya. Aku mangsanya!

Orang kata, nikah kerana taat kepada ibu bapa ni dapat restu keluarga. Berkat. Restu, restu dan restu. Itulah yang orang pandai cakap.

Tapi, hati ni. Hati ni tak restu dan tak reda pun! Kau faham tak?!

Meski jasad aku ini milik suami, sah milik dia, tapi hati aku bukan padanya. Pada kau!

Sekarang, aku tak nak dengar lagi tentang restu keluarga bagai semua tu. Tak nak! Aku dah lama bosan dengar semua tu. Memang, masa aku terima dia tu, aku pertimbangkan maruah keluarga. Aku pertimbangkan air muka orang tua aku dan orang tua suami aku. Aku tak nak malukan mereka. Aku takut. Aku takut!

Kau tolonglah faham. Aku cuma seorang perempuan yang lemah. Tanpa daya upaya untuk melawan kehendak orang tua!”

Aku terdiam lama.

Angin petang bertiup menerbangkan ekor-ekor rambutku. Lantas ku balas ringkas,

“Apa beza malu ketika itu dan malu ketika ini? Kalau kau lari kepada aku, lari dari suami kau, lari dari keluarga kau dan mentua kau…bukankah itu semua melibatkan maruah semua orang? Malah, sudah pasti, hubungan kau dan aku seandainya mahu disambung semula pun tidak akan direstui keluarga kau.”

Dia tertunduk. Hilang hujah.

“Kau nak jadikan aku watak antagonis lagi? Seperti dulu? Aku jadi watak jahat, watak ketiga yang hadir di antara kau dan tunang kau ketika itu?”

Dia tak dapat jawab. Menangis. Diam.

“Pulanglah padanya..”

Kali ni nada suaraku mulai mengendur. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku turutkan kehendaknya, larikan saja. Namun, suara imanku masih mahu bersuara.

“Mungkin hari ini kau tak cinta suami kau. Doalah. Moga suatu hari, mungkin setahun dua lagi, kau akan terasa cinta pada suami kau. Kau belum dapat baby, kau masih terasa bujang. Kau masih tak terasa hidup berkeluarga secara sempurna.

Nanti bila kau dah hamil, kau akan nampak pengorbanan dan kebaikan hati suami kau. Dia ada segalanya yang kau mahu dulu. Dia ada rupa, harta, darjat dan status. Kerjaya yang lumayan. Dialah yang jadi menantu kesayangan parents kau. Hanya dia. Dialah yang famili kau galaskan seluruh kepercayaan untuk jaga anak mereka.

Mereka tahu mereka takkan hidup lama. Ya, mak dan ayah kau. Mereka dah tua. Sekeras apa pun mereka, mereka tetap akan pergi jua suatu hari nanti. Mereka tahu mereka tak berdaya jaga kau selama-lamanya, sebab itu mereka nak orang yang boleh jaga anak mereka sama seperti jagaan mereka. Mereka letak harapan tinggi pada suami kau. Untuk jaga dan sayang kau sepenuh hati.

Bukankah itu yang suami kau tengah buat?

Hidup ini. Perlukan pengorbanan. Waktu sebelum kau kahwin, kau dah korbankan aku dan cinta kita. Sekarang, sekali lagi kau kena korbankan cinta kau pada aku. Aku juga begitu. 

Berkorbanlah untuk suami dan keluarga kau.

Hidup ni terlalu singkat untuk menikmati. Lepaskanlah aku dari hati kau. Letakkan Tuhan dalam hati. Andai kau tak mampu menyintai sekalipun, lakukanlah kerana Dia. Berkat datangnya dari keikhlasan pada Allah. Restu itu dari Ilahi.

Bukannya keberkatan itu dengan taat membuta tuli pada arahan ibu bapa. Arahan ibu-bapa kadang-kadang tidak berlandaskan agama pun. Ikut emosi dan nafsu semata. Unsur paksa sepatutnya tiada pun dalam agama untuk sesuatu pernikahan. Namun, kau maafkanlah mereka. Mereka cuma nakkan yang terbaik. 

Benda dah berlaku. Apa yang terjadi, biarkan terjadi.

Aku rela. Korbankanlah aku sekali lagi. Korbankan kasih aku untuk Allah.”

Lutut aku dah goyang. Jatuh terduduk depannya. Sukarnya meluahkan kata-kata yang aku sendiri pun tak suka. Tak rela. Air mata menitis laju membasahi pipi. Bodohnya aku. Dalam hati menjerit, 

“Aku sayang kau sangat-sangat, bodoh! 

Mungkin aku lelaki yang paling bongok dalam dunia ni, tapi part perasaan dekat kau, aku paling tulus!”

Saat yang sama hati mengakui,

"Mana bisa diikat kaca pada permata. Mana mungkin kasih berlantaikan hati kita..."

Dia menangis sama.

“Kalau aku ikut cakap kau, aku dapat apa?”

Aku cuba berdiri balik. Cuba ukir senyuman.

“Kau dapat masuk Syurga. Kaulah isteri solehah. 

Suami kau bukan sezalim Firaun. Kau tak perlu jadi Asiah, tapi ambillah semangat Asiah untuk hidup bersama dengan suami. Setia sampai akhir bersama. Tidak pernah sekali pun dia tinggalkan Firaun. Itu suaminya. Seburuk-buruk manusia di muka bumi ini, tetaplah suaminya. Pernah dia merasa dan melalui saat-saat gembira bersama. Sekeras-keras Firaun, lembut hatinya untuk meraih Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat yang sama-sama disayangi. Saat dipaku Firaun hingga ajalnya, adalah sebagai seorang isteri yang setia.

Ingat, sematkan dalam hati. Tiada lelaki yang lebih baik dari suami kau. Hatta aku pun tidak boleh jadi sebaik suami kau. Tiada lelaki lain. Tiada.”

Aku menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Hari dah lewat. Aku harus lekas menghantarnya pulang. Perjalanan bukannya sejam dua.

Dalam kereta. Kami banyak berdiam diri. Masing-masing memendam rasa. Setengah jam sebelum sampai ke rumahnya, dia bertanyakanku.

“Cinta kita ini bagaimana?”

Aku cuba senyum lagi.

“Cinta ini bukan milik kita. Milik Dia. Hati itu pun sama. Milik Dia. Serahkan balik cinta itu pada Allah. 

Cinta pada aku ni, kau masukkanlah dalam botol, tutup kemas-kemas, campak saja ke laut. Jangan berpaling lagi.”

Dia tanya lagi,

“Kalau aku sedih juga?”

Aku senyum lagi.

“Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Allah lebih mengetahui segala. Perancangan Dia lebih dulu dari kita. Dia tahu bila dalam hati kau akan pudar rasa cinta. Dialah yang memudarkan rasa itu. Dia juga yang cambahkan rasa cinta kau pada suami kau nanti. Semuanya kerja Dia.

Hari ini mungkin kau berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Kau tersilap langkah sehingga buat keputusan terburu-buru seperti hari ini. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan takwa. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Permata kau adalah suami kau. Serpihan kaca adalah aku.”

Sampai ke destinasi. Aku menurunkannya jauh sedikit dari rumahnya. Besar rumahnya. Tak seperti rumahku. 

Dia berlalu meninggalkan aku. Ucap salam terakhir padaku. Mungkin, kami tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila. Ah. Bagiku, perpisahan yang sebenar bukanlah ketika di dunia. Bukan ketika manusia itu mati. Bukan juga ketika manusia itu dihidupkan kembali. Tetapi, perpisahan sebenar ketika dua manusia yang menyintai itu berpisah ke dua cabang. Seorang ke Syurga, seorang ke Neraka. Itulah perpisahan yang paling menyayat hati.

Dalam hati bagai tertusuk sembilu. Pedih gila.

Berlagak cool di luar tidak mampu menyembunyikan rasa sakit dalam hati. Soalan terakhir sebelum dia keluar kereta tadi,

“Bagaimana kau boleh jadi sangat tabah? Tanpa aku?”

Aku cuma tersenyum. Tak jawab soalan tu. Tabah aku kerana Tuhan. Rebah aku kerana aku.

Ku pecutkan kereta merentas lebuhraya. Sudah malam. Air mata berderaian. Lepaskannya kerana terpaksa. 

Air mata yang bertakung menyulitkan pandangan mataku. Dadaku terasa sakit. 

Entah bila, keretaku tergelincir ke lorong yang salah. Melawan arus kenderaan bertali arus. Hon kuat dibunyikan. Bunyi brek tahap maksima. Ku lihat cahaya lampu tinggi dipancarkan ke keretaku.

Silau... 

......

..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
                                       Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk buat review mengenai Samsung Galaxy Note 4  (*first time sebenarnya buat review dalam blog ni hehhe) .Apa yang boleh saya katakan ,Review ini adalah daripada pengalaman saya menggunkannya selama beberapa hari ni(review unit #kawan punya)... lagipun saya bukanlah memperjuang mana-mana brand.... p/s :lagi pun sy peminat Sony&Oneplus .Saya seorang yang gemarkan teknologi dan saya cuba memberikan review semudah yang mungkin.


packaging




Seperti biasa,packaging untuk samsung adalah lebih kurang sama dan tidaklah begitu boleh dibanggakan sangat.Pada saya ianya simple dan tidak gah seperti beberapa phone yang penah saya lihat seperti Oppo Find 7A ataupun OnePlus One .Ianya masih mengekalkan material kotak yang sama dan menggunakan konsep simple dan mesra alam . Sama konsenya dengan produk Apple





Build Quality
 

Ini apa yang saya suka ,Dengan Galaxy Note 4, Samsung menggunakan rekaan yang dilihat pada Galaxy Alpha. Kemasan besi dan tubuh plastik yang sangat sinonim dengan peranti Samsung digantikan dengan kerangka aluminium yang kukuh. Setelah bertahun degil dengan rekaan “plastik fantastic” perubahan ini sangat dialu-alukan oleh kami. Kita sudah sampai ke penghujung 2014 dan peranti plastik yang dijual pada harga premium sudah tidak boleh diterima akal. Kemasan logam pada Note 4 ini bukan sahaja kelihatan cantik ianya juga memastikan masalah peranti bengkok yang melanda pesaing utama tidak akan dialaminya.akhirnya samsung mengalah dengan kehendak pengguna yang inginkan kemasan yang lebih premium

Hardware & Performance


Dari segi Hardware juga saya sebenarnya dalam dilema semasa dapat tahu berita ini. Saya dimaklumkan versi note 4 yang didatangkan ke malaysia adalah dalam versit Octa core.Saya menunggu chip Quad core daripada Snapdragon .Saya sebenarnya ada bad experience masa mencuba chip Octa core yang ada dekat Galaxy S4.

Alhamdulillah selama beberapa hari...saya berpuas hati dengan kemampuan chip ini. Tetapi masalah Sela masa yang kini sinonim dengan Touchwiz masih menghantui Note 4. Ini adalah mengecewakan kerana spesifikasi peranti ini sangatlah tinggi.  Sela masa yang dialami bukanlah kerana peranti ini tidak berkuasa tetapi kerana penggunaan animasi peralihan (transitional animation) setiap kali aplikasi dilancarkan. Sebagai contoh katakanlah saya sedang menggunakan aplikasi Whatsapp dan mahu berubah kepada aplikasiFacebook. saya menekan butang multitasking untuk memilih aplikasi Facebook yang telahpun dibuka sebelum ini. Animasi peralihan untuk menutup paparan Whatsapp dan memaparkan skrin multi tasking mengambil masa hampir 1 saat jujur saya mengatarkan agak kecewa kerana masalah ini masih tidak diselesaikan.

Skrin 



Skrin peranti ini juga melengkung pada bahagian tepi yang membuatkan jari lebih selesa ketika mennyentuh dari hujung ke hujung. Skrin SAMOLED kali ini masih lagi 5.7″ tetapi dengan resolusi Quad HD (515 ppi). Ia merupakan skrin peranti yang paling cantik dan menyerlah pernah saya lihat. Oppo Find 7 dan Lg G3 yang penah saya cuba beberapa bulan yang lalu *test kat kedai jer * turut mempunyai skrin QHD tetapi perbezaan kualiti skrin Note 4 adalah amat jelas. Ianya jauh lebih tajam dan penghasilan warnanya juga lebih hidup.
"saya boleh katakan Note 4 adalah screen tercantik pada 2014"



  

 Camera




Kamera 16 Megapixel digunakan pada Note 4. Ini adalah perubahan dari 13 Megapixel yang digunakan pada Note 3. Kamera Note 4 juga diberikan fungsi penstabilan imej opktikal (OIS) bagi mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Seperti Note 3, Note 4 juga mampu mengambil video pada resolusi 4K. Terdapat juga sokongan mengambil video perlahan pada kadar 120 ataupun 240 frame sesaat.
Dari segi antaramuka pula, Samsung mengurangkan jumlah pra-tetapan terbina pada skrin pilihan mod. JIka dahulu terdapat sehingga 10 mod mengambil gambar seperti Action Shot dan Sound Shot, kali ini hanya 7 pratetapan disertakan. Pra tetapan yang lain sebaliknya perlu dimuat turun oleh pengguna.

"Saya berani kata kan Samsung Galaxy Note 4 mempunyai camera terbaik di pasaran setakat ni bagi android phone"





Dua fungsi baharu yang menarik ialah Wide Selfie dan Rear Cam Selfie. Dengan Wide Selfie anda boleh mengambil gambar selfie yang lebih besar. Ini digunakan untuk mengambil gambar secara berkumpulan. Apabila butang pengatup ditekan kamera akan mengambil sekeping gambar, pengguna kemudian menggerakkan peranti ke kiri dan ke kanan untuk menangkap gambar yang lebih lebar. Gambar yang diambil akan disambungkan menjadi sebuah gambar besar. Ketika mengambil selfie, pengesan nadi yang terletak di bawah lensa kamera boleh digunakan untuk mengambil gambar. Tekan pengesan nadi untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Peranti kemudian akan mengambil gambar secara automatik.Menggunakan pengesan nadi adalah jauh lebih mudah dari sistem O-Touch yang digunakan padaOppo N1.
Rear Cam Selfie pula memudahkan anda mengambil selfie menggunakan kamera utama. Peranti akan mengesan wajah pengguna sebelum mengambil selfie secara automatik apabila wajah memasuki bingkai pengesan yang ditetapkan.
contoh gambar : 

                                                                       
2014-10-12_16.13.41-2040

2014-10-12_16.13.41-2040


Bateri
Bateri 3220 mAh digunakan pada Note 4 dan pada awalnya saya agak risau dengan kapasiti bateri yang kecil ini. Ini adalah kerana peranti ini dilengkapi skrin QHD dan pemproses lapan teras. Pada Oppo Find 7 yang juga mempunyai skrin QHD, hayat penggunaan tidak mampu mencecah 8 jam. Pada Note 4 hayat baterinya sedikit lebih baik kerana mampu bertahan selama hampir 8.5 jam (skrin terpasang selama 5 jam 12 minit) pada penggunaan berat. Pada penggunaan sederhana peranti mampu bertahan hampir 12 jam.  Anda masih memerlukan sebuah power bank untuk kegunaan sepanjang hari. Dari segi ini Note 4 tidak mampu menandingi ketahanan bateri Sony Xperia Z3  yang boleh bertahan selama 13 jam pada penggunaan berat (nampak sangat saya ni peminat sony huhuh ..)


. Berita baik disini ialah Note 4 menyokong teknologi pengecasan pantas. Bateri dapat dicas ke tahap 50% dalam masa 30 minit. Namun anda memerlukan pengecas yang disertakan sekali dengan Note 4 untuk mengecas pada kelajuan ini. Tahap kelajuan pengecasan Note 4 sedikit perlahan jika dibandingkan dengan Oppo Find 7 yang menggunakan teknologiVOCC. Pada peranti tersebut bateri dapat dicas sehingga 75% dalam masa 30 minit.

PRO dan Kelebihan
  • Spesifikasi yang tinggi. Menjuarai carta markah penanda aras mengalahkan Galaxy Alpha.
  • Skrin QHD dengan kepadatan pixel 551 ppi. Tertinggi bagi sebuah peranti mudah alih. Paparan nampak hidup terutamanya apabila menonton video 4K.
  • Rekaan badan yang premium diperbuat daripada logam. Kemasan kulit palsu di bahagian belakangnya juga sangat selesa dipegang. Panel belakang melengkung mengikut kontur tapak tangan.
  • Kamera yang sangat baik dengan pelbagai fungsi tambahan.
  • Stylus yang mempunyai tahap kepekaan yang lebih baik berbanding Note 3. Kombinasi stylus Wacom dan aplikasi Samsung masih yang terbaik berbanding pesaing yang ada di pasaran.
Kontra dan Kekurangan
  • Hayat bateri di bawah 9 jam pada penggunaan berat. Ini mungkin baik baik sebuah peranti dengan skrin QHD tetapi jangka hayat bateri ini masih singkat bagi penggunaan harian.
  • Pembesar suara mono. Pasaran sekarang memerlukan peranti dengan pembesar suara stereo yang menghala ke hadapan.
  • Masih terdapat masalah lengah masa walaupun dilengkapi pemproses berkuasa tinggi dan RAM sebesar 3 Gigabyte. Sekali lagi kami menggesa Samsung untuk melakukan perubahan besar kepada TouchWiz yang merupakan sumber masalah ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah.
Apa yang nass tengok, semakin ramai artis malaysia yang bertudung.
Cantik betul bila wanita bertudung kan.
Nampak sopan dan bermaruah.
*Saya tak kata pun TIDAK bertudung itu TIDAK bermaruah. kerana bertudung itu wajib oke*

Bila dibangkitkan isu bertudung, hairan pulak Nass rasa.
Ada yang marah bila ditegur.  Isu-isu macam ni lah yang kita kena masuk campur. Kalau kita diam jek, hancur laa umat islam kan? 

Kita ni islam oke cik kak. Tak nak lah islam hanya pada nama. Buktikan laa keislaman kita ni..
Allah dah suruh pakai, so pakai jek laa kan??
*emotion 5 saat*

Tapikan, kalau nak pakai tu, biarlah ikhlas.
Jangan sekejap pakai, sekejap tidak.
Bila ditanya, panas katanya.
Dekat akhirat lagi panas oke. Matahari cuma sejengkal di atas kepala  ^___^
Biarlah panas dekat dunia ni. Sekejap je dik. Tak lama pun yang.

Jangan pernah kata 'tak sampai lagi seru nak bertudung'
Sampai bila nak bagi alasan macam tu? Antara kita nak atau tidak. Usaha laa sikit.
Kite jujur, ikhlas,tuhan tulung kite : *tiru ayat Ustaz Azhar Idrus jap*
Taknak pakai pun tak apa. Esok-esok rasa kan azabnya. haha
*Gelak jahat*

Teringat lagi bila Ustaz cakap,
" Sebenarnya, maruah perempuan ni mahal sangat . Tapi malangnya perempuan itu sendiri yang merendahkan maruahnya"

Korang jangan pelik sangat laa kalau TER nampak perempuan-II  yang terdedah sana sini. Lumrah hidup manusia buat dosa. Kalau kita bagi ceramah, dia akan melenting pulak.
Sedih  bila tengok kawan-II kat luar sana terbuka sana sini.
Sedih sangat sebab diaorang tunjukkan perhiasan yang TAK SEPATUTNYA diaorang tunjuk!!
* Tolong laa kurangkan dosa mak ayah awak . Tak kesian ke? Bukan untuk sesiapa pun. Untung awak jugak kalau boleh masuk syurga. Ingat!! selangkah anak perempuan keluar rumah TANPA menutup aurat, maka selangkah ayahnya hampir ke pintu neraka*

Liberal Gurlz :
“Salam …..sorry for disturbing you in night …I just want to ask something from you…!!”


Me :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“ it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Me :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no " you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau u nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya …..”


Me :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“U pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Me :
*dengan tenang menjawab *
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan tidak menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu U …salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Me :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah U …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Me :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….U menang……Cuma saya nak ulangi balik pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Me  :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah …mungkin U tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya U mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ……?”


Me :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”


“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke …..maaflah … saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Me :
Saya pun tak pandai agama...sikit2 boleh lah “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huhuhuh…gerun saya dengar penerangan U ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih …barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya …kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Me :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah awak…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih sangat…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Me :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


Credit : Zamani

-Segala yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita ialah perhiasan. Dan perhiasan itu WAJIB dijaga kesuciannya kerana ia HANYA berhak pada pandangan mata seorang SUAMI. BUKAN untuk di tunjuk-tunjuk.

*Buat sesiapa yan terasa,Nass minta maaf. Bukan perintah Nass yang suruh kawan-II menutup aurat. Tapi pencipta kita yang Maha Esa :) Saya suma manusia biasa.
Bagi yang telah bertudung, tahniah. Teruskan. Tapi bertudung lah dengan cara yang betul*

 Yang bertutup itu indah :Sebaik-II perhiasan di dunia adalah wanita solehah :)



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (á—’á—Šá—•) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates