Galaxy Note 4 review by Nasruddin Nass
Assalamualaikum
Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk buat review mengenai Samsung Galaxy Note 4 (*first time sebenarnya buat review dalam blog ni hehhe) .Apa yang boleh saya katakan ,Review ini adalah daripada pengalaman saya menggunkannya selama beberapa hari ni(review unit #kawan punya)... lagipun saya bukanlah memperjuang mana-mana brand.... p/s :lagi pun sy peminat Sony&Oneplus .Saya seorang yang gemarkan teknologi dan saya cuba memberikan review semudah yang mungkin.
packaging
Seperti biasa,packaging untuk samsung adalah lebih kurang sama dan tidaklah begitu boleh dibanggakan sangat.Pada saya ianya simple dan tidak gah seperti beberapa phone yang penah saya lihat seperti Oppo Find 7A ataupun OnePlus One .Ianya masih mengekalkan material kotak yang sama dan menggunakan konsep simple dan mesra alam . Sama konsenya dengan produk Apple
Build Quality
Ini apa yang saya suka ,Dengan Galaxy Note 4, Samsung menggunakan rekaan yang dilihat pada Galaxy Alpha. Kemasan besi dan tubuh plastik yang sangat sinonim dengan peranti Samsung digantikan dengan kerangka aluminium yang kukuh. Setelah bertahun degil dengan rekaan “plastik fantastic” perubahan ini sangat dialu-alukan oleh kami. Kita sudah sampai ke penghujung 2014 dan peranti plastik yang dijual pada harga premium sudah tidak boleh diterima akal. Kemasan logam pada Note 4 ini bukan sahaja kelihatan cantik ianya juga memastikan masalah peranti bengkok yang melanda pesaing utama tidak akan dialaminya.akhirnya samsung mengalah dengan kehendak pengguna yang inginkan kemasan yang lebih premium
Hardware & Performance
Dari segi Hardware juga saya sebenarnya dalam dilema semasa dapat tahu berita ini. Saya dimaklumkan versi note 4 yang didatangkan ke malaysia adalah dalam versit Octa core.Saya menunggu chip Quad core daripada Snapdragon .Saya sebenarnya ada bad experience masa mencuba chip Octa core yang ada dekat Galaxy S4.
Alhamdulillah selama beberapa hari...saya berpuas hati dengan kemampuan chip ini. Tetapi masalah Sela masa yang kini sinonim dengan Touchwiz masih menghantui Note 4. Ini adalah mengecewakan kerana spesifikasi peranti ini sangatlah tinggi. Sela masa yang dialami bukanlah kerana peranti ini tidak berkuasa tetapi kerana penggunaan animasi peralihan (transitional animation) setiap kali aplikasi dilancarkan. Sebagai contoh katakanlah saya sedang menggunakan aplikasi Whatsapp dan mahu berubah kepada aplikasiFacebook. saya menekan butang multitasking untuk memilih aplikasi Facebook yang telahpun dibuka sebelum ini. Animasi peralihan untuk menutup paparan Whatsapp dan memaparkan skrin multi tasking mengambil masa hampir 1 saat jujur saya mengatarkan agak kecewa kerana masalah ini masih tidak diselesaikan.
Skrin
Skrin peranti ini juga melengkung pada bahagian tepi yang membuatkan jari lebih selesa ketika mennyentuh dari hujung ke hujung. Skrin SAMOLED kali ini masih lagi 5.7″ tetapi dengan resolusi Quad HD (515 ppi). Ia merupakan skrin peranti yang paling cantik dan menyerlah pernah saya lihat. Oppo Find 7 dan Lg G3 yang penah saya cuba beberapa bulan yang lalu *test kat kedai jer * turut mempunyai skrin QHD tetapi perbezaan kualiti skrin Note 4 adalah amat jelas. Ianya jauh lebih tajam dan penghasilan warnanya juga lebih hidup.
"saya boleh katakan Note 4 adalah screen tercantik pada 2014"
Camera
Kamera 16 Megapixel digunakan pada Note 4. Ini adalah perubahan dari 13 Megapixel yang digunakan pada Note 3. Kamera Note 4 juga diberikan fungsi penstabilan imej opktikal (OIS) bagi mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Seperti Note 3, Note 4 juga mampu mengambil video pada resolusi 4K. Terdapat juga sokongan mengambil video perlahan pada kadar 120 ataupun 240 frame sesaat.
Dari segi antaramuka pula, Samsung mengurangkan jumlah pra-tetapan terbina pada skrin pilihan mod. JIka dahulu terdapat sehingga 10 mod mengambil gambar seperti Action Shot dan Sound Shot, kali ini hanya 7 pratetapan disertakan. Pra tetapan yang lain sebaliknya perlu dimuat turun oleh pengguna.
"Saya berani kata kan Samsung Galaxy Note 4 mempunyai camera terbaik di pasaran setakat ni bagi android phone"
Dua fungsi baharu yang menarik ialah Wide Selfie dan Rear Cam Selfie. Dengan Wide Selfie anda boleh mengambil gambar selfie yang lebih besar. Ini digunakan untuk mengambil gambar secara berkumpulan. Apabila butang pengatup ditekan kamera akan mengambil sekeping gambar, pengguna kemudian menggerakkan peranti ke kiri dan ke kanan untuk menangkap gambar yang lebih lebar. Gambar yang diambil akan disambungkan menjadi sebuah gambar besar. Ketika mengambil selfie, pengesan nadi yang terletak di bawah lensa kamera boleh digunakan untuk mengambil gambar. Tekan pengesan nadi untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Peranti kemudian akan mengambil gambar secara automatik.Menggunakan pengesan nadi adalah jauh lebih mudah dari sistem O-Touch yang digunakan padaOppo N1.
Rear Cam Selfie pula memudahkan anda mengambil selfie menggunakan kamera utama. Peranti akan mengesan wajah pengguna sebelum mengambil selfie secara automatik apabila wajah memasuki bingkai pengesan yang ditetapkan.
contoh gambar :
Bateri
Bateri 3220 mAh digunakan pada Note 4 dan pada awalnya saya agak risau dengan kapasiti bateri yang kecil ini. Ini adalah kerana peranti ini dilengkapi skrin QHD dan pemproses lapan teras. Pada Oppo Find 7 yang juga mempunyai skrin QHD, hayat penggunaan tidak mampu mencecah 8 jam. Pada Note 4 hayat baterinya sedikit lebih baik kerana mampu bertahan selama hampir 8.5 jam (skrin terpasang selama 5 jam 12 minit) pada penggunaan berat. Pada penggunaan sederhana peranti mampu bertahan hampir 12 jam. Anda masih memerlukan sebuah power bank untuk kegunaan sepanjang hari. Dari segi ini Note 4 tidak mampu menandingi ketahanan bateri Sony Xperia Z3 yang boleh bertahan selama 13 jam pada penggunaan berat (nampak sangat saya ni peminat sony huhuh ..)
. Berita baik disini ialah Note 4 menyokong teknologi pengecasan pantas. Bateri dapat dicas ke tahap 50% dalam masa 30 minit. Namun anda memerlukan pengecas yang disertakan sekali dengan Note 4 untuk mengecas pada kelajuan ini. Tahap kelajuan pengecasan Note 4 sedikit perlahan jika dibandingkan dengan Oppo Find 7 yang menggunakan teknologiVOCC. Pada peranti tersebut bateri dapat dicas sehingga 75% dalam masa 30 minit.
PRO dan Kelebihan
- Spesifikasi yang tinggi. Menjuarai carta markah penanda aras mengalahkan Galaxy Alpha.
- Skrin QHD dengan kepadatan pixel 551 ppi. Tertinggi bagi sebuah peranti mudah alih. Paparan nampak hidup terutamanya apabila menonton video 4K.
- Rekaan badan yang premium diperbuat daripada logam. Kemasan kulit palsu di bahagian belakangnya juga sangat selesa dipegang. Panel belakang melengkung mengikut kontur tapak tangan.
- Kamera yang sangat baik dengan pelbagai fungsi tambahan.
- Stylus yang mempunyai tahap kepekaan yang lebih baik berbanding Note 3. Kombinasi stylus Wacom dan aplikasi Samsung masih yang terbaik berbanding pesaing yang ada di pasaran.
Kontra dan Kekurangan
- Hayat bateri di bawah 9 jam pada penggunaan berat. Ini mungkin baik baik sebuah peranti dengan skrin QHD tetapi jangka hayat bateri ini masih singkat bagi penggunaan harian.
- Pembesar suara mono. Pasaran sekarang memerlukan peranti dengan pembesar suara stereo yang menghala ke hadapan.
- Masih terdapat masalah lengah masa walaupun dilengkapi pemproses berkuasa tinggi dan RAM sebesar 3 Gigabyte. Sekali lagi kami menggesa Samsung untuk melakukan perubahan besar kepada TouchWiz yang merupakan sumber masalah ini.
0 comments