• Facebook

NASRUDDIN NASS

IMG_social06



Jom kita sambung episod Syadid VS Longgar

^
Sila tekan link atas untuk Part 1

******************************************************************************



Pagi itu, Samdul stress. Dia menjerit akibat terlalu tertekan. Mana taknya, dia bangun subuh pukul 6:30. Subuh gajah! Ada beberapa sebab yang membuatkan Samdul stress gila bapak. Pertama, dia biasanya solat subuh berjemaah di surau, tapi kali ni, dia terlajak tidur. Kedua, sebelum dia tidur, dia ada post kat Facebook dia:

“Kalau betul jantan, solat subuh jemaah kat surah la derr. Apa guna sembang kencang tapi subuh ke laut….”

Dan status tersebut dapat 451 like, dan 77 share. Tapi, malangnya, dia pun bangun lambat pagi tu! Bermakna, dia belum cukup jantan(berdasarkan status FB dia tu).

“Argh..Ya Allah, ampunkan aku sebab cakap tak serupa bikin… Ini semua salah alarm clock! Kenapa la aku lupa nak setting alarm clock. Argh!!”

Mungkin dia lupa. Punca Allah tak bangunkan kita untuk bertahajjud dan solat subuh berjemaah adalah kerana DOSA yang kita lakukan. Dosa itulah PUNCA kita tak terbangun. Mungkin Samdul lupa, sebelum dia tidur, dia telah melakukan dosa ikhtilat iaitu berchatting dengan Mutannajis, wanita idamannya. Namun, akibat dia tak sedar bahawa dosa adalah punca dia tak terbangun, alarm clock menjadi mangsa.

Dalam keadaan stress, Samdul bangun dari tidur, kemudian, dia bergegas pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Namun, sebelum dia ke bilik air, dia sempat korek hidung menggunakan ibu jari kakinya, lantas, lapnya di bawah meja study. Terbaaaaik….

***

Seusai solat subuh, Samdul istighfar. Dia sedar, solat benda paling ASAS sebagai seorang islam. Dan, dia juga sedar, sebagai seorang lelaki, WAJIB bagi dia untuk solat berjemaah di surau jika tiada apa-apa keuzuran. Hatta, nabi sendiri nak bakar rumah orang yang dengar azan tapi tak pergi surau. Namun, dia sedih sebab tak terbangun .

Hari ni hari sabtu. Yes, CUTI. Pukul 10.00 nanti, Samdul dah buat temu janji untuk berdebat dengan aku tentang isu ikhtilat di Restoran “Abang sweet”. Restoran tu best, sedap, dan yang paling legend, semua pelayan dia berakhlak baik, tutup aurat, dan restoran tu tak pasang lagu pelik-pelik. Ada banyak restoran sekarang, buruk gila lagu diorang pasang. Hilang berkat makanan..

So, rutin harian Samdul setiap hari sabtu ialah jogging di tepi tasik dari pukul 7 pagi sampai 8 pagi. Maklumlah, nak tough. Baru boleh pergi jihad. Tapi, seperti biasa, sebelum Samdul bergerak untuk ke tempat jogging, dia sempat update status di Facebooknya, sambil berselfie dan letak describtion:

“Kata nak jihad. Tapi kesihatan tak jaga. Jom jogging. Baru legend, baru tough, baru Allah suka!!”

Namun, malangnya, statusnya kali ni, tak dapat like banyak sangat, dalam 70 like dalam masa 5 minit. Maybe orang ramai tidur. Tapi, yang pasti, ada la beberapa perempuan yang komen-komen kat status tu:

“Wah, rajinnya awak jogging. Keep strong Samdul!!”

“:)”

“Terbaaaaik….”

Dan macam-macam lagi komen. Apa hal tah perempuan komen kat laki punya status. Page personal pulak tu. Argh… Dan, di sebabkan komen-komen tu, Samdul bertambah semangat! Yeah!!! Laki mana yang tak seronok bila ada perempuan komen macam tu.

Samdul pun bergerak menuju tempat jogging yang dia biasa pergi. Tasik seksyen 7.

***

Sudah 2 round Samdul jogging. Dia buat keputusan untuk berjalan. Sambil Samdul berjalan, dia nampak ramai couple lelaki dan perempuan yang jogging sama-sama. Pegang tangan bagai. Sungguh menggelikan…

Samdul macam tak boleh terima. Lalu, dia pun menyimpan perasaan benci melihat perbuatan couple tersebut di dalam hati, lantaran tak mampu nak tegur, lalu, dia sambung lari, bagi melepaskan geram…

Tiba-tiba, sedang Samdul syok berjogging, dia terserempak dengan aku, yang turut jogging di situ. Maklumlah, tough.

“Samdul! Assalamualaikum! Haha, tak sangka kau pun suka jogging pagi sabtu ni…Sihat?”

Muka Samdul kelihatan bengkek dan menyampah dengan kehadiran aku.

“Sihat. Aku tiap hari sabtu jogging sini. Kau tu yang first time….” Samdul balas dengan nada yang perli.

Aku senyum. Kita kena rileks. Haha. And then, aku pun teruskan persembangan aku dengan dia:

“Alang-alang kita dah jumpa sini, jom jogging sama-sama. Baru best. Hehe…” Aku berusaha nak ambil hati dia. Yelah, nak dakwah orang ni, kita kena usaha untuk rapat dengan orang yang kita nak dakwah kan. Baru mudah orang nak terima.

“Hmm…yelah..” Jawab Samdul dengan nada stress.

Kami berdua pun jogging dengan machonya. Setelah jogging sebanyak 782200182 round, kami pun berhenti akibat tak larat. Fuh, penat beb. Bukan senang nak lari 782200182 round. Nasib baik kitorang tough.

Sedang kitorang berdua sedang duduk rehat keletihan, tiba-tiba Samdul tanya aku satu soalan:

“Eh Adnin, aku nak tanya kat kau la… Kenapa ramai couple ni, depa still couple ha? Bukan depa tak tahu couple tu haram, pegang-pegang tangan semua tu haram. Tapi, kenapa diorang still pegang-pegang tangan? Takkanla diorang tak rasa bersalah?”

Aku tersenyum bila mendengar soalan Samdul. Ye, aku senyum, tapi aku tak jawab apa-apa….

***

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Waktu yang telah kami sepakati berdua untuk berbincang isu ikhtilat ini. Ya, dari tasik tempat kami berjogging tadi, kami bergerak menaiki kenderaan masing-masing untuk ke Restoran Abang Sweet, untuk berbincang sambil makan.

Baru feel.

Setelah kami sampai ke restoran tu, kami cari tempat duduk paling selesa, and then, order makanan. Aku, macam biasa, roti canai dengan ais kosong. Tapi, aku terkejut beruk bila dengar Samdul order!

“Bang, kasi saya kuey teow pataya, dan nak air halia campur apple asam boy suam, dan tambah kicap sikit….”

“Wey Samdul, apahal kau order pelik gila??” Aku tanya dia.

“Aku kalau stress, aku suka makan dan minum benda pelik-pelik…..” Jawab Samdul dengan rileksnya.

“Bapak pelik mamat ni….haha” Aku cakap dalam hati. First time jumpa orang macam ni.

“Okay….” Aku mulakan bicara.

“Macamana Samdul, kau dah baca belum kitab-kitab yang ulama’ hurai pasal hukum ikhtilat ni? Boleh kau kongsikan dengan aku? :) “

“Haha.. Mestilah dah. Aku dah baca, bak kata ulama’, hukum ikhtilat adalah HARUS. Tak haram pun. Just, kalau naik syahwat, baru haram. So, tak salah pun nak sembang-sembang, chat-chat semua. Harus, selagi tak naik syahwat….” Samdul jawab dengan yakin.

Aku tersenyum, ketawa kecil juga. And then aku tanya dia soalan cepumas:

“Ulama’ mana kau rujuk tu? Ulama’ mana yang cakap tu? Kau rujuk kitab apa eh? Boleh kongsikan dengan aku??” Aku tanya dia. Saje tanya. Hehe.

“Hmm.. Aku lupa la apa nama kitab tu, nama ulama’ tu pun aku tak ingat sangat. Sebab aku baca banyak sangat…” Balas Samdul dengan nada angkuh.

“Hahahaha... Serius, kau kelakar gila bapak. Hehe….” Aku ketawa terbahak-bahak. Ikhlas.

Sekali lagi, Samdul stress. Dia memang takde bakat time buat lawak. Tiap kali dia buat lawak kat kelas, serius takde orang gelak. Ada orang, bila dia buat lawak yang tak lawak, orang tak gelak dengan lawak dia, tapi, orang gelak sebab lawak dia tu tak lawak!! Tapi, Samdul, tiap kali dia buat lawak, memang takde orang gelak langsung!! Entah apasal, tiba-tiba aku gelak bagai nak rak.

“Apahal kau gelak Adnin?? Aku buat lawak kau tak gelak, aku tak buat lawak, kau gelak! Apa yang kelakar sangat ha??”

“Haha…takdelah. Sorry sebab gelak. Anyway, kau memang tak ingat langsung ke nama kitab yang kau baca, or nama ulama’ yang kata ikhtilat tu hukum ASAL dia harus??”

“Aku tak ingat. Serius…Sebab aku baca banyak sangat. Lupa pulak nak tengok nama kitab…” Jawab Samdul confident.

“Atau……”

“Atau apa??” Samdul kelihatan cuak.

“Atau, kau just search kat google, dan baca kat internet je? Hehe…..” Aku mengagak.

Samdul diam. Dia kelihatan malu, tapi dia control muka dia bajet macho agar tidak kelihatan malu dan sentiasa nampak confident. Dia terkejut, macamana aku boleh tahu yang dia just baca kat google je. Kantoi di situ! Akibat stress, Samdul mengangkat ibu jari kakinya untuk korek hidung (habit dia setiap kali stress), namun, dia sedar bawah habitnya itu tak sesuai untuk buat di khalayak ramai. So, dia turunkan balik kakinya dengan tenang…

“Mana ada aku baca kat…….”

Belum sempat Samdul nak menafikan yang di baca dari internet, tiba-tiba, terngiang-ngiang di fikiran Samdul hadis nabi yang mengatakan bahawa MUSTAHIL orang yang BERIMAN itu MENIPU. Bermakna, orang yang menipu, dia tiada iman.. Lantas…

“Hmm…Ye, sorry aku tipu. Aku just baca kat internet je sebab semalam aku penat gila bapak….” Jelas Samdul jujur.

Aku tersenyum. Aku tahu, Samdul adalah seorang yang baik, potensinya besar dalam dakwah dan tarbiah. Cuma, masalahnya ialah ikhtilat. Dan, aku bertekad untuk bantu Samdul UBAH masalah ikhtilat yang di alaminya, kerana, bagi aku, pendakwah yang berikhtilat, dia tak akan maju dalam dakwahnya, dan akan sentiasa berada dalam keadaan terseksa.

“Huhu..Samdul, bahaya kalau kita just rujuk internet sahaja. Entah sape-sape tah yang tulis dalam internet tu, sebab tu bahaya. Kalau kita betul nak tahu sesuatu ilmu, nak tak nak kita kena SERIUS dalam menuntut ilmu, dengan merujuk kepada sumber yang sepatutnya….” Aku memberi penjelasan.

Samdul diam. Mukanya seakan-akan dia tak boleh terima. Dia sedar dia salah, Cuma… Ye, EGO. Tak nak kalah. Tapi, dia diam, Cuma matanya berkerut. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.

“So, kau ada ke baca apa-apa kitab pasal ikhtilat ni??” Samdul tanya aku.

“Ada. Banyak, sangat banyak….” Aku jawab dengan senyuman. Kemudian aku sambung:

“Dalam kitab  المفصل في أحكام المرأة  tulisan Syeikh Abdul Karim Zaidan, yang mana Syeikh Karim Zaidan ni ulama’ usul fiqh yang tersohor satu dunia, dan baru meninggal tahun ni (moga Allah kurniakan syurga kepada beliau), syeikh Karim Zaidan menerangkan bahawa, hukum ASAL ikhtilat adalah HARAM! Ye, haram, dan boleh jadi harus jika berlaku dhorurat dan hajat! Tapi, ramai orang, termasuk kau, hehe, ramai orang yang menganggap bahawa hukum ASAL ikhtilat ialah HARUS, dan boleh jadi haram jika berlaku beberapa keadaan…..”

Samdul mengangguk, teruja mungkin.

“Ikhtilat ni hukum asalnya HARAM. Boleh jadi harus jika berlaku dhorurat dan harus. Contoh dhorurat ialah kau nak selamatkan nyawa seorang perempuan yang lemas di tengah laut. Kau boleh selamatkan dia. Contoh hajat pula ialah jual beli, menuntut ilmu(antara guru dan pelajar), menjadi saksi di mahkamah, perubatan, melayan tetamu di rumah dan lain-lain. Cuma, untuk hajat ni, ada beberapa syarat yang WAJIB di patuhi antaranya tunduk pandangan, serius dalam berbicara, tutup aurat sempurna, tidak berleret, tidak buat suara gedik dan sebagainya. Jika tak patuhi syarat, maka, jadi haram balik…Benda ni di hurai panjang oleh Ibn Jauzi dalam kitab Talbis Iblis, Ibn Qayyim dalam kitabجواب الكافي لمن سأل دواء الشافي, dan banyak lagi ulama’, dalam style yang berbeza-beza. Hatta, Dr Zaharuddin Abd Rahman pun ada kupas isu ni panjang lebar…” Aku menjelaskan secara serius.

Samdul mula bertanya pada aku:

“So, takkanla nak sembang biasa, tanya khabar semua, tak boleh? Bukan naik syahwat pun!! Mana dalil? Mana dalil beb??!”

Aku jawab:

“Adakah bersembang bergelak tawa berbalas-balas mesej tu dhorurat atau hajat???”

“Erk…bukan….” Jawab Samdul ketakutan. Takut kalah.

“So, kalau bukan hajat dan dhorurat, maka, hukumnya haram!!” Aku jawab dengan penuh bergaya.

“Mana dalilnya, mana? Sembang kencang takde dalil baik tak payah!” Samdul memerliku.

“Jangan kamu DEKATI ZINA. Surah Al isra’. Itu dalilnya. Allah tak cakap jangan zina. Allah cakap, jangan dekati zina. Means, bukan zina je yang berdosa. Bahkan, mendekati zina pun dosa! Dan, kalau kau nak tahu, ulama menyebut, ada TUJUH JALAN ZINA, iaitu bermula dengan PANDANG, kemudian SENYUM, kemudian MEMBERI SALAM, kemudian BERSEMBANG, and then MEMBUAT TEMU JANJI, pastu BERJUMPA, kemudian BERZINA, dan akhirnya MASUK NERAKA!!!”

Aku berhenti jap sebab tekak kering. Aku minum air yang aku order tadi iaitu ais kosong. Air paling sedap setakat ni. Kemudian aku sambung:

“Dan, kalau kau nak tahu, ketujuh-tujuh perkara ni (pandang, senyum, memberi salam, bersembang, buat temu janji, jumpa, dan zina), semua ni akan berlaku bila kita BERIKHTILAT!!! Bila kita berikhtilatlah, kita akan pandang, pastu start chatting, letak smiley senyum bagai, dan seterusnya dan seterusnya…. Sebab tulah, banyak ulama’ telah mengharamkan IKHTILAT!”

Samdul kaku. Dia berdebar, terdiam, terkejut mendengar ulasan dan hujah aku. Kemudian, aku sambung:

“Dan, aku nak tanya kau, kau ada ke dalil yang mengakatakan boleh ikhtilat asalkan tak naik syahwat? Kau ada dalil ke? Sembang kencang tapi takde dalil, baik tak payah.. Hehe…”

Samdul tertunduk. Antara malu dan insaf.

“A..aku, aku takde dalil…..” Jawab Samdul jujur. Egonya tertunduk. Hatinya mula lembut dengar hujah aku.

“So, setakat ni kau clear tak dengan hujah-hujah aku?” Aku beri dia soalan cepumas..

“Aku……”
“Ring ring…..”

Belum sempat Samdul jawab soalan aku, henset Samdul berbunyi, menandakan mesej masuk.

Samdul pun check hensetnya, untuk tengok siapa yang hantar mesej kat dia time tengah klimaks ni. Samdul sungguh terkejut, kerana yang mesej dia adalah Siti Mutannajis!

Samdul baca, baca dengan penuh perasaan, baca dalam hati:

“Salam. Hye Samdul. Awak sihat? Awak dah habis jogging ke, hehe? Jangan lupa solat dhuha pagi ni. Anyway, boleh tak nak jumpa awak petang ni, ada tugasan dalam meeting MPP hari tu saya tak habis buat lagi. Kita ingat nak mintak tolong awak. Hehe.. Jumpa tengahari ni tau, lepas zohor. Ukhwah fillah :)”

Samdul tersenyum sorang-sorang. Ketawa sorang-sorang. Mukanya yang dari tadi stress, terus nampak  ceria. Dia tengok jam dia, dah pukul 12:00.

Aku pelik. Aku pun tanya:

“Weh Samdul, apahal tiba-tiba kau senyum ni? Sape mesej tu??”

“Takde apalah…Anyway, thanks sebab tegur aku. Aku nak gerak dah ni. Nak rehat, penat kot jogging 782200182 round….” Jawab Samdul.

Aku perasan, ada something wrong pada Samdul. Siapa yang mesej dia tu??

Samdul pun pergi ke kaunter restoran untuk bayar, aku pun turut ke kaunter untuk bayar makanan yang kami makan tadi.

Dan, sebelum kami berpisah, aku sempat panggil Samdul:

“Samdul!!!”

“Ye, kenapa Adnin, aku nak cepat ni… Lepas zohor ni aku ada hal.. Aku tak mandi semua lagi..”

“Tadi kau ada tanya aku kan?”

“Tanya apa?” Samdul kebingungan.

“Time kita jogging tadi, kan kau ada tanya aku soalan….” Aku ingatkan Samdul.

“Soalan apa? Serius doh, aku lupa. Otak tengah serabut ni…” Samdul macam rimas, seolah-olah sedang mengejar sesuatu yang penting lepas zohor ni.

“Tadi kau tanya aku, ‘kenapa ramai couple ni, depa still couple ha? Bukan depa tak tahu couple tu haram, pegang-pegang tangan semua tu haram. Tapi, kenapa diorang still pegang-pegang tangan? Takkanla diorang tak rasa bersalah?’ Ingat tak?” Aku cuba ingatkan Samdul.

“Haaa…ingat. So, kenapa??” Samdul soal aku.

“Kau rasa, kenapa orang yang ikhtilat ni, dia still ikhtilat? Dia dah tahu chatting smiley bagai dengan berlainan jantina tu tak boleh, tapi kenapa depa masih chat, masih ikhtilat semua? Takkanla diorang tak rasa bersalah?”

Aku jawab persoalan Samdul itu dengan soalan.

Samdul terdiam….

Dia faham maksud aku. Seperti mana, dia susah nak tinggalkan ikhtilat walaupun dia tahu benda tu dosa, seperti tulah orang yang couple pegang tangan bagai, susah nak tinggalkan couple, walaupun mereka tahu benda tu salah. Semuanya adalah kerana iman..

Ya, IMAN……

Tapi, Samdul dah tak fikir apa. Dia amat teruja untuk berjumpa Mutannajis lepas zohor ini. Atas alasan meeting dan belajar(kononnya), mereka berdua membuat temu janji.

Ketika itu, syaitan tersenyum gembira. Ya, sungguh gembira….

BERSAMBUNG.


-Adnin Roslan-

*************************************************************************
Kredit/Sumber

Tarbiyah Sentap



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


...Sebenarnya  nass sendiri masih tidak layak untuk bercakap tentang ikhtilat...
Sebab nass masih belum 100% menjaga ikhtilat
100% ke Hhmm munkin 50% pun tak sampai 
Tapi jom baca cerpen ni dan T_T
jadikan nya sebagai
SelfNote
diri kita
Inn sha allah

Syadid VS Longgar? episod 1

******************************************************************


"Weh, kau syadid la! Takkanla nak chat dengan berlainan jantina tak boleh? Aku bukan naik syahwat pun! Tak payahla nak keras sangat dalam beragama. Agama tu mudah, di sebabkan orang macam kau la, orang akan anggap agama ni susah! Jangan syadid sangat!!"

Samdul tiba-tiba mengamuk apabila aku tegur dia bab ikhtilat. Mana taknya, Samdul ni kuat beragama, status-status FBnya macam malaikat. Malangnya, dia punya ikhtilat macam apa. Yelah, komen mengomen kat FB kat perempuan punya status rileks je, siap smiley bagai, tu belum dekat henset and whats app dia lagi.

Aku tersenyum. Kemudian, aku dengan rileks dan machonya tanya kepada dia satu soalan:

"Erm, kau tahu tak, apa maksud syadid? Kau asyik cakap aku syadid, kau asyik cakap aku keras, boleh aku tahu, apa definasi keras dan syadid di sisi kau??"

Samdul kelihatan 'blur' sekejap, namun, bagi mencover ke'blur'annya, dia senyum sinis bajet macho lalu menjawab dengan sombongnya:

"Syadid tu maksudnya keras. Takkan tu pun kau tak tahu.... Kau nak uji aku ke? Konon aku takde ilmu? haha... Come on man, aku nasihatkan kau jangan syadid, terima je la. Zaman dah maju beb..."

Aku tergelak. Serius lawak. Aku rasa, kalau dia masuk Maharaja Lawak, boleh tersingkir kat semi final. Lawak kot. Aku balas:

"Memangla syadid tu maksudnya keras. Aku TANYA kau, apa definasi 'keras' yang kau maksudkan?"

Samdul tercabar. Dia macam stress sikit sebab aku gelak. Yelah, dia tak sangka dia berbakat dalam buat lawak. Selama ni dia buat lawak dalam kelas, krik krik je. Semua menyampah. Tapi kali ni dia tak buat lawak, tapi aku gelak. Dia keliru, aku gelak ikhlas ke atau just nak menganjing dia? Dia pun tanya aku:

"Apahal kau gelak? Jap, aku tak faham doh soalan kau. Definasi syadid? Apa-apapun, aku nak bagitahu yang kau ni terlalu keras, means, ni tak boleh, tu tak boleh, semua benda tak boleh, susahla.."

Aku tersenyum dengan jawapan dia. So, time ni lah aku nak 'pangkah' dia. Haha. Jahat gak aku ni. Cis.

"Samdul, kalau kau nak tahu, dalam islam ni ada 3 kelompok secara umum. Pertama, golongan yang SYADID(keras) dalam beragama. Kedua, golongan yang WASATIYYAH(sederhana) dalam agama. Dan yang ketiga, golongan yang DHOYA"(Melonggar/melupuskan) agama...."

Dia kelihatan sedikit gelisah, dia sangka aku jahil agama. Terkejut beruk dia bila aku mulakan hujah. Dia ni kaki debat, selalu nak menang. Dia balas:

"So? Apa point kau? Kalau kau dah tahu, kenapa kau nak jadi syadid? Kita kena besederhana dalam agama! Baru orang suka nak dekat pada islam...."

Aku tahu dia akan balas macam tu. Tapi, aku kekalkan ketenangan aku(bajet) dan sambung hujah aku:

"Kalau kau nak tahu, SYADID adalah golongan yang ekstrim dalam agama sehingga mengharamkan yang halal. DHOYA' pula ialah golongan yang terlalu melonggarkan agama sehingga dia menghalalkan yang haram. Wasatiyyah ialah ikut dengan baik mana halal dan mana haram, tanpa tokok tambah...."

"Okay, so??" Jawab Samdul dengan penuh keegoan dalam riak wajahnya.

"Macam ni lah, hari pun dah lewat malam, aku cadang, kau pergi baca kitab-kitab fiqh tentang ikhtilat ni, kau tengok, apa hukum ikhtilat, and then, kau nilai, adakah aku yang syadid, atau kau yang dhoya'. Baca jangan tak baca! Esok kita jumpa, kita sambung. Okay?" Aku malas nak berdebat panjang.

"Okay...." Balas Samdul sinis.

***

Malam itu, Samdul rasa tercabar. Jiwa jantannya terasa seperti di betinakan. Malam itu, akibat stress, dia melakukan ‘habit’ buruknya ialah korek hidung guna jari kaki, kemudian lap di bawah meja studynya. Setakat ni, pelbagai bentuk taik hidung yang sudah keras telah melekat di bawah meja tersebut. Maybe, Samdul menganggap itu hiasan meja.

Masing-masing ada cita-rasa masing-masing.  Tak tahulah, apa ke buruk cita-rasa tu. Gerun gila serius.

Akibat tak puas hati dengan ‘perdebatan’ ringkas bersama aku tadi, Samdul meluahkan perasaannya di Facebook:

“Dengan orang-orang yang keras dan ekstrim ni lah orang yang nak berubah jadi baik, terus tak nak berubah, sebab mereka akan anggap agama ni susah…”

Selang seminit dia post, terus dapat 80 like. Fuh, legend. Maklumlah, ramai follower. Pastu, di sebabkan teruja ramai like, dia pun post lagi satu status:

“Takkanla nak cakap dengan berlainan jantina pun salah? Takkanla nak wish birthday kat ajnabi pun salah? Takkanlah nak call-call ajnabi salah? Takkanla nak komen-mengomen dengan ajnabi pun salah? Macamana lah dakwah nak berkembang? Bukan naik syahwat pun. Lainla kalau naik syahwat. Selagi tak naik syahwat, tak salah! Janganlah terlalu ekstrim dan syadid dalam berikhtilat sampai semua benda tak boleh. Nak syadid, syadidla sorang-sorang….”

Butang enter di tekan.

Samdul tersenyum lebar.

Seperti yang dia jangkakan, postnya yang kali ni agak ‘hot’ dan di minati. Tak sampai 2 minit, 153 like! Dan, ramai gila bapak yang share!! Dan, ada yang share tu letak ayat:

“Haa…pada yang syadid sangat tu, baca ni!”

“Islam itu mudah. Jangan susahkan ia dengan kesyadidanmu….”

Dan banyak lagi.

Samdul puas. Yeah!!!

And then, ada la ramai perempuan (ada lelaki juga) yang komen kat status dia.

“Setuju dengan awak. Sabar je Samdul. Biasala tu, orang syadid ni kita letak tepi. Jangan risau, saya sokong dakwah awak:) Ganbatte!! ;) “

“Saya suka ayat awak yang ‘nak syadid, syadidla sorang-sorang’. Hehe… Terbaik! Suka sangat status-status awak:D”

Samdul rasa seronok melihat perempuan-perempuan komen di statusnya. Lagi menyebabkan dia puas, yang komen status dia tu adalah perempuan yang dia amat minat, namanya ialah, Siti Mutannajis Bt Idris Idras.

Ya, Mutannajis dan Samdul mula berkenalan sejak masuk kuliah, yang mana, mereka sama kos, dan sama kelas. Tak di nafikan, Mutannajis sangat cute, bibirnya tebal, jerawat amat penuh di mukanya, hatta, hidungnya juga di tutupi oleh jerawat hingga menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas. Giginya juga hitam akibat suka minum slurpee di 7 eleven. Tiap hari minum 13 cawan. Bau badannya, fuh, masam bhai.. Serius, sungguh cantik! Ramai yang minat Mutannajis.

Kerana Samdul ni seorang yang agak famous di Universitinya, maklumlah, MPP, Mutannajis amat tertarik dengannya. Dan, dari situlah, mereka meeting bersama-sama (Mutannajis pun MPP jugak), dan sejak hari itu, mereka saling bermesej-mesej.

Samdul tersenyum riang bila Mutannajis komen di statusnya. Siap smiley lagi.

Samdul terus bayangkan….

“Oh, kalaulah dapat kahwin dengan Mutannajis, untung gila serius. Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia!!”

Hati Samdul jadi lain, tenang, bulu roma meremang, seram sejuk, inilah cinta. Samdul suka perasaan tu hadir.

Tiba-tiba, henset mahal Samdul berbunyi….

“Oh, mesej. Sape pulak mesej ni?”

Kelihatan tertera nama Mutannajis di hensetnya, yang mana, bagi berhati-hati dari para stalker yang boleh amik hensetnya senyap-senyap, Samdul telah menukar nama Mutannajis kepada “Habib Ajis” agar seolah-olah nampak macam lelaki, supaya orang tak syak wasangka.

“Awak, awak jangan lupa solat taubat tau sebelum tidur. Dan, doakan saya tau:) Jumpa kat kelas nanti insyallah. Ukhwah fillah ^_^”

Hati Samdul berdegup kencang bila baca mesej dari Mutannajis. Hatinya berbunga-bunga dapat mesej macam tu. Argh, puas, puaaas!!! Rasa bangga pun ada, yelah, bukan senang nak dapat perempuan secantik Mutannajis.

“Thanks sebab ingatkan. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Uhibbuki fillah ye Mutannajis ;)”

Samdul membalas mesej dengan penuh rasa syukur.

“Terima kasih ya Allah. Andai dia jodohku, satukanlah!!”

Samdul mula angau dan gila bayang. Dia membayangkan senyuman Mutannajis di kuliah. Namun, bayangan itu samar-samar. Dia tak puas. Nasib baik dia ada save gambar Mutannajis di henset. Maklumlah, budak perempuan zaman sekarang, kerja selfie buat muka bajet lawa pastu edit brightness dan contrast bagi nampak lawa sikit.

Lalu, Samdul pun menatap wajah Mutannajis sambil tersenyum.

“Bertudung, berjerawat, gigi hitam separuh, bibir tebak, lubang hidup tertutup dengan jerawat yang melimpah…Argh, perfect!!!”

Sedang Samdul mengelamun, tiba-tiba, mood Samdul kelihatan berubah. Samdul mula kelihatan tak tentu arah, rasa marah tak pasal-pasal datang kat dia….

“Tak guna! Esok aku nak debat dengan Adnin. Kalau aku kalah hujah dengan dia, habislah aku. Apa aku nak jawab nanti. Babun betul lah. Argh, sipot!!!”

Samdul bangun dari tempat duduknya, dan, sebelum itu, dia sempat korek hidung dan lap di bawah meja studynya, kemudian dia pergi ke rak buku untuk mencari kitab-kitab fiqh berkenaan ikhtilat, untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya hujah bagi membenarkan DOSA ikhtilat yang di anggap benar oleh dirinya.

“Argh, malas betullah. Sekarang dah pukul 1 pagi. Takde mood nak baca kitab. Search kat google sudaaaah….”

Lalu, berbekalkan ilmu di google, dia pun terjumpala pendapat-pendapat berkenaan ikhtilat yang mana-mana tah penulis yang tulis tu, yang kebanyakannya menulis tanpa rujukan, menyalah tafsir quran dan hadis, tidak menepati disiplin ilmu, menggunakan ayat quran untuk kepentingan nafsu dan lain-lain.

YA. Dengan berbekalkan hasil cariannya di google, Samdul rasa amat confident untuk berhujah dengan aku pada esok hari…

Samdul pun terus tidur. Tidur dalam keegoan.

**


BERSAMBUNG.



-Adnin Roslan-


*****************************************************
Kredit/Sumber

Tarbiyah Sentap



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (ᗒᗊᗕ) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates