2020 Summer Olympics |Masjid bergerak pertama diperkenalkan di Jepun

by - 7:51 PM

Sebuah masjid bergerak telah dibina untuk digunakan ketika 2020 Summer Olymics telah didedahkan di Stadium Toyota, Toyota City, Wilayah Aichi di Jepun Isnin lalu.


Masjid berkenaan dibina berasaskan trak kargo Hino Profia, diubahsuai bagi memberikan bukan sahaja ruang yang besar, malah pelbagai kelengkapan diberikan bagi mejadikan ia sebagai sebuah masjid yang lengkap. Menurut pengurusan projek ini iaitu Yasu Project, masjid ini “dihasilkan oleh peneraju teknologi untuk kenderaan ubahsuai khas di Jepun dan standard serta hasil akhirnya tidak mampu dicapai oleh pihak lain”.


Dalam keadaan asal dan bergerak, ‘fasiliti’ ini merupakan trak kargo dengan lebar keseluruhan 2.5 meter. Namun setelah ia berhenti, bahagian sisi trak ini boleh dilebarkan sepanjang enam meter dengan hanya menekan butang elektrik, dan berubah dalam masa hanya lima minit. Ruang solat dalam masjid ini seluas 48 meter persegi, atau mampu memuatkan seramai 50 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga lengkap dengan ruang wuduk pada bahagian luar, manakala dalam ruang solat ia dilengkapi dengan empat unit penghawa dingin bagi memastikan keselesaan jemaah dalam apa jua cuaca.


Korang boleh lihat sendiri proses trak berubah jadi masjid bergerak ini 
video dibawah :


You May Also Like

0 comments