LOVE

by - 2:59 AM

Coretan ini hanya kongsian yang aku terBACA di Alam Maya yang telah menyentuh Hati.
Stories about love.Love from brother to her sister.

Nukilan : AIMAN AMRI





"TANGAN KANAN YANG DIRINDUI,
KERNA TANGAN KIRI YANG TIDAK LAGI BERSAMBUT."
#AdiknaKuatDulu-dulu, apabila saya upload gambar dengan seseorang gadis, ada yang bertanya, itu siapa? Malah ada yang PM, ingat saya dah berkahwin.
Mereka yang mengenali saya, pasti tahu bahawa ada seorang gadis yang saya cintai yang selalu bergambar bersama dengan saya.
Dulu-dulu, saya selalu gunakan gambar kami berdua untuk soalan-soalan di #AskAiman, malah untuk posting rawak sekalipun.
Beliau ialah Cinta hati kami, dengan nama manja nya, Adikna. Setiap kali kami bergambar, memang kami nampak macam pasangan ideal. Kepala letak di atas bahu, tangan erat memeluk dari tepi dan kadang-kadang, berpimpinan tangan.
Manakan tidak?
Umur yang hampir sama, dengan personaliti yang saling melengkapi, boleh dikatakan yang kami memang saaangat rapat. Apabila keluar rumah, tak sah kalau tak ada gambar bersama.
Berjalan-jalan di mall, merupakan satu kontroversi yang saja kami buat, jalan berpimpinan tangan. Biasanya sekejap saja, dalam 5-10 saat haha, sebab geli.
Tetapi, ia pasti berakhir dengan gelak tawa.
6.39pm, 1 Mac 2017 merupakan detik yang takkan sesekali dapat dilupakan. Saat-saat terakhir beliau sebelum meninggalkan dunia ini dengan senyuman di bibir nya (I'll get back to that, in another episode), merupakan memori visual yang takkan sesekali hilang daripada kepala.
Dikelilingi oleh semua ahli keluarga, kami sungguh-sungguh mengucap kalimah Allah. Bergilir-gilir sesama kami membisikkan kalimah itu di telinganya. Jujur jauh di sudut hati, agak sukar nak terima kehilangan Adikna.
Tak siapa sangka.
Walaupun kansernya 'hanya' pada peringkat kedua, namun Allah takdirkan, beliau antara kes yang sangat sangat rare di Malaysia. Rawatan yang 'sepatutnya' menjaminkan 99.9999% sukses, tetapi Allah takdirkan sebaliknya. Kes satu dalam sejuta, Adikna dipilih oleh-Nya untuk ke alam sana dahulu, meninggalkan kami semua.
Takkan dilupakan, doktor pakar sendiri bingung memikirkan, kenapa kondisinya tidak pulih-pulih selepas rawatan itu. Sehingga ayat yang terluah olehnya, "Perhaps it is God's will."
Saat Adikna bertarung pada saat akhirnya, sekali lagi, buat kali terakhirnya, aku memegang tangannya, erat-erat seperti mana aku memegangnya ketika keluar bersama, ketika melintas jalan dahulu.
Tiada lagi geli yang bertahan sehingga 5-10 saat.
Tiada lagi gelak tawanya kerana geli tangan dipegang.
Tiada lagi genggaman tangan yang dibalas kembali.
Saya, bahasa cinta ialah pada sentuhan.
Memang cara luahan kasih sayang ialah melalui pelukan, pimpin tangan, ciuman, belaian dan sebagainya. Dianugerahkan seorang gadis seperti Adikna dalam hidup saya, merupakan nikmat rezeki yang besar.
Sangat besar!
Sekian lama saya merindukan tangan untuk dipimpin, atau bahu untuk dipeluk, atau kepala untuk dibelai. Tangan kanannya yang ku rindui, kini hanya tangan kiriku yang tiada lagi bersambut.
Walaunpun kami sekeluarga nampak okay pada luaran, namun jauh di sudut hati, aku tahu, masing-masing mempunyai ruang kosong yang tiada lagi berisi.
Her smile, her laugh, her cheekiness.
Will forever stays in our heart.
😔- Rindu

AL-FATIHAH TO : AMALINA AMRI

You May Also Like

0 comments