Selamat Mengambil Keputusan SPM Esok !!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Memandangkan esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kakak2 abang2 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengucapkan semoga berjaya terutama kepada semua pelajar-pelajar (ehhhh! bekas pelajar ) yang telah bertungkus lumus mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas. Terutamanya pelajar
-Adam Izzuddin Khalid (SMKANI)
-Nur Dayana Md Desa (SAINA)
Apa-apa pun, good luck untuk semuanya.
Apa-apa pun keputusan yang anda dapat.
jangan terlalu riak jika ia cemerlang @ terlalu moral down jika ia terlalu teruk,
jangan lakukan perkara yang tidak baik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah dengan diri dan SPM bukanlah penamat hidup.
*** Persedian sebelum mengambil Keputusan Pepriksaan***
1. Solat taubat dan sunat 2 rakaat sebelum tidur dan doakan semoga hati sentiasa lapang menerima keputusan
2. Bangun pagi dengan ceria (walaupun akak2@abng2 merasa sangat berdebar)
3. Jangan lupa sarapan pagi.
4.pohon restu mak ayah. Sebelum pergi ambil keputusan Cium tangan mereka, peluk mereka erat-erat. Sesungguhnya doa ibu bapa itu pasti dimakbulkan Tuhan. In sha Allah ...
5. Betulkan niat semata-mata kerana Allah. semoga urusan berjalan lancar.
6. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan (IC), dan dokumen-dokumen penting.
7. Kalau rasa sangat berdebar, banyakkan membaca surah al-insyirah dan Al-Fatihah.
8. Jangan lupa ucapkan syukur selepas mengambil keputusan SPM. Zahirkan kesyukuran kerana ia adalah sunnah Rasulullah.
1 comments
assalamualaikum.... hahaha weh aq baru jumpa post ni, tengkiu... goodluck wehh for this year, do the best, best gak la blog hang ni, keep up the good work, you'll be amazing in the future, *thumbsupforyou
ReplyDelete