• Facebook

NASRUDDIN NASS


KENAPA MESTI DI FACEBOOK?
Idea Asal Muhammad Nur Arif Bin Rosli

سْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َانِ الرَّØ­ِÙŠْ
bismilahirahmanirahim
“Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
selawat dan salam buat Nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan". [Al-Ahzab: 56]
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatu
"susahnya exam tadi..."
"panasnya hari ini..."
"knapa la suami ku..."
A.K.U.B.O.S.A.N

 Inilah antara keluhan yang sering kita baca dan lihat di banyak laman web sosial seperti FACEBOOK. Persoalan yang timbul,bolehkah meluahkan perasaan dengan cara begini...???seluruh dunia boleh melihat apa yang kita luahkan...
Sekiranya kita lihat sejarah FACEBOOK tujuan pertama Mark Zuckerberg adalah untuk berbincang tentang pelajaran dan perhubungan antara rakan-rakan universiti beliau. Untuk lebih faham boleh lihat video realiti berkenaan FACEBOOK dengan tajuk The sosial network . Meskipun kita mendengar khabar angin ada agenda lain.

sebenarnya ia bergantung juga kepada penggunanya sekiranya digunakan dengan cara baik maka baiklah penggunaannya. Ibarat pisau, pisau digunakan untuk memotong sayur,ikan,daging dan sebagainya.Tetapi sekiranya di salahgunakan seperti untuk membunuh maka salahlah penggunaannya.Di sini ana sertakan berkenaan hukumnya boleh layari laman web berikut
http://imahrahimah.com/?p=55

Tetapi kita sebagai umat ISLAM,perlukah kita mengadu kepada semua orang...??? Yang lebih menghairankan ada yang menggunakan untuk tujuan mengumpat yang dilarang dalam ISLAM. seperti mengadu tentang sifat kawan dan lebih menghairankan bila mengadu tentang suami mereka (bagi yang sudah berkahwin).

Firman Allah SWT yang bermaksud
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran" [al-Baqarah:186]

berdasarkan ayat Al-Quran ini kita dapat lihat bahawa hanya kepada Allah SWT sahaja kita layak memohon pertolongan sama ada kita dalam keadaan senang ataupun susah. Berdoalah hanya kepada Allah sekiranya susah pasti Allah perkenankan. Seperti yang termaktub dalam Qalam-Nya yang bermaksud :-

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."
[Al-Mu'min:60]

Ini adalah gambaran hubungan yang akrab antara si pengharap dengan Yang Maha Memenuhi harapan. Apabila hubungan antara kedua-duanya akrab, maka segala harapan akan menjadi kenyataan denga izinNya.

Di sini ana sertakan masa-masa yang Afdal untuk kita berdoa
1. Sepertiga Akhir Malam
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" (Sahih Bukhari)

2. Ketika Berbuka Puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

3. Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


4. Pada suatu waktu di hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut" (Sahih Bukhari dan Muslim)

Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.


5. Terjaga dari tidur pada malam hari dimana sebelum tidur dalam keadaan bersuci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)


6. Di antara azan dan iqamah
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah" (Sunnan Abu Daud, Sunnan At-Tirmidzi, Sunnan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


7. Ketika sujud semasa solat
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (Sahih Muslim)


8. Ketika Hujan
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami' No. 3078).


9. Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


10. Hari Arafah
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah" (Sunnan At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Di kesempatan masa Ini sahaja yang ana dapat nukilkan.tujuan ini adalah sekadar untuk saling nasihat-menasihati terutamanya untuk diri sendiri dan kepada saudara-saudara seislam ana. Sebarang kesalahan berkenaan dalil atau apa-apa sahaja berkenaan penulisan ini sila harap diberi teguran.

Hak milik ilmu sementara ~ Mujahid  Fisabilillah
Hak milik ilmu selamanya ~ Allah SWT\

Maaf Ku minta....jika terkasar bahasa




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
PnP Abad 21

Assalamualaikum 
kali ni nak cerita pasal PnP Abad 21

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan  oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons ; 
Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid.  Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru (contoh gambar Dibawah)


Expect (and help) students to be teachers;

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya.  Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi  dan jati diri murid tersebut

Contoh gambar di bawah .Guru akan memberi tunjuk ajar kepada Setiap Ketua @ Mentor kemudian Mentor akan mengajar rakan yang lain





 Tap into students’ digital expertise; 

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih.  Generasi sekarang secara semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat.  Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration).  Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.

p/s : Bila 5lk nak dapat tv  T_T








Selain itu terdapat lain beberapa idea untuk merealisasikan pembelajaran abad 21

-Think outside the classroom box; 

-Get real with projects;

-Help (and expect) teachers to be students;

-Measure what matters;

-Work with families, not just children;

-Power to the student

P/s :Pelajar 5s3 @ 5lk Kata Cikgu Maznah commel 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Nexus 9 boleh dikatakan salah satu tablet yang sangat dinantikan pada tahun 2014 . Ia merupakan sebuah peranti idaman penggemar sistem operasi Android kerana ia hadir dengan kemaskini baru yang lebih pantas berbanding peranti lain. Sokongan komunitinya yang meluas menjadikan peranti Nexus antara pilihan pengguna dan kehadiran peranti ini juga merupakan ‘syurga’ bagi mereka yang gemarkan kustomasi Android. Kini, ia hadir dengan fungsi yang diperbaharui disamping menampilkan spesifikasi terbaik pada pasaran hari ini...
"Nexus 9 merupakan sebuah tablet yang dihasilkan oleh Google dengan kerjasama HTC sebagai pengeluar tablet siri Nexus kali ini menggantikan Samsung sebagai pengeluar Nexus 10 dan juga ASUS, pengeluar Nexus 7."
Reka bentuk


Menyentuh mengenai faktor rekabentuk, seperti kebanyakkan tablet yang lain, tiada apa yang membezakan nya. Nexus 9 hadir dengan kemasan logam di bahagian tepi dan kemasan plastik lembut di bahagian belakang. Jika anda pengguna Nexus 5, kemasan pada bahagian belakang Nexus 5 merupakan kemasan yang sama digunakan pada Nexus 9.
Tablet ini juga sebenarnya agak ringan dengan berat sekitar 425g dan dengan saiz 8.9 inci, menjadikan ia agak selesa ketika dipegang sebelah tangan.
Untuk pengetahuan anda, Nexus 9 bukan direka dan dicipta bagi menyaingi Apple iPad Air 2 akan tetapi lebih kepada satu panduan oleh Google tentang bagaimana pengeluar tablet Android lain perlu menghasilkan tablet Android  mereka. Ringan, berkuasa dan dilengkapi dengan skrin beresolusi tinggi.

paparan

Skrin yang ada pada Nexus 9 ini memang cukup cantik dan “sharp”.  Dengan saiz 8.9 inci beresolusi 2048 x 1536 piksel segalanya tampak sempurna membuatkan skrin 1080p yang ada pada telefon pintar anda seakan tidak menarik apatah lagi dengan resolusi bawah dari 1080p.Walaupun bergitu ianya masih tidak dapat melawan kecantikkan Retina Display sebab apa saya berkata bergitu kerana "contrast" pada Tablet ini masih tahap sedahana..
Jika anda minat menonton video atau movie menggunakan tablet, aspek yang perlu diutamakan selain skrin yang cantik ialah speaker pada tablet tersebut. Seperkara lagi yang kami gemar pada Nexus 9 ini ialah Double Front Speaker yang ada padanya. Dilengkapi dengan teknologi BoomSound oleh HTC atau mungkin tidak ( wujud kontroversi yang mengatakan tiada HTC BoomSound pada Nexus 9) bunyi yang terhasil boleh saya katakan sebagai menakjubkan.
Sudah tentu anda tak boleh menjangkakan ia akan memberikan “bass” seakan speaker PC kerana ia hanya sebuah tablet. Namun, untuk sebuah gajet dengan kedudukan speaker di hadapan?,  speaker Nexus 9 merupakan yang terbaik dalam kelasnya.
Dengan berat sekitar 425g bagi versi Wifi, Nexus 9 tidak dinafikan memang sangat ringan. Secara atas kertas, ianya lebih ringan berbanding Apple iPad Air 2 yang mempumyai berat sekitar 437g. Berat yang ringan menjadikan tablet ini selesa dipegang dengan sebelah tangan.
Android 5.0 Lolipop
Menyentuh mengenai kelebihan yang ada pada tablet Google HTC ini, tidak lengkap rasa nya jika tidak disebut mengenai sistem operasi yang diguna pakai oleh Nexus 9. Android 5.0 Lollipop ataupun lebih dikenali sebagai Android L pada awal kemunculannya, merupakan satu sistem operasi Android serba baru yang diubah hampir keseluruhan aspek yang ada padanya. Paling ketara ialah konsep Material Design dan fungsi serta ciri-ciir tambahan yang dimasukkan pada Android 5.0 Lollipop.

Antara ciri paling saya gemari sudah tentu fungsi penjimatan bateri, Guest Mode, User Mode yang membenarkan beberapa pengguna berkongsi sebuah tablet dan double tab untuk on kan tablet.
pemprosesan
Spesifikasi, itu antara perkara utama yang saya suka. Diatas kertas, Nexus 9 dilengkapi dengan cip pemprosesan tercanggih masa kini, Nvidia Tegra K1 64 Bit berkelajuan 2.3GHz, satu-satunya tablet yang dilengkapi cip pemprosesan tersebut. Nvidia Shield Tablet dan juga MiPad Tablet turut dilengkapi dengan Nvidia Tegra K1 namun bukan 64 Bit. Cip pemprosesan tersebut dibantu dengan ram sebesar 2GB bagi memastikan Nexus 9 lebih lancar dan mempunyai prestasi yang lebih mantap.
memori terbina sebesar 16/32GB dan bateri bersaiz 6700mAh bagi memastikan ia dapat bertahan sepanjang penggunaan.
DITENGAH-TENGAH ANTARA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN (camera)
Kamera. Bagi saya, kamera yang ada pada HTC Nexus 9 ini bukan lah satu kelebihan dan bukan juga satu kekurangan untuk tablet tersebut. Kualiti gambar yang terhasil dengan 8 megapiksel pada bahagian belakang berada pada tahap memuaskan hati atau dalam bahasa pasarnya “boleh lah, takda la teruk mana”.
Tiada siapa yang ingin menggunakan kamera sebuah TABLET untuk mengambil gambar selfie atau mengambil gambar biasa kerana saiz tablet itu sendiri yang terlalu besar untuk diangkat sebagai sebuah kamera. Nampak pelik untuk seseorang yang mengambil gambar menggunakan tablet ( sekurang-kurangnya bagi saya, tak pasti jika anda memandang perlakuan itu sebagai normal).
Bateri
Bateri. Aspek prestasi bateri juga saya tidak letakkan dalam kategori kelebihan atau kekurangan pada Nexus 9 ini. Nexus 9 mampu bertahan penggunaan seharian dengan wifi aktif 24/7, layari web, instagram, twitter, facebook dan beberapa aktiviti lazim yang lain diselang-seli dengan bermain games.
Bagi bateri sebesar 6,700mAh, itu adalah biasa untuk ia bertahan selama itu. Android 5.0 Lollipop yang diguna pada Nexus 9 memberi satu kelebihan besar kepada tablet ini memandangkan ia mempunyai fungsi penjimatan bateri sedia terbina, sekaligus dapat membantu memanjangkan lagi hayat bateri Nexus 9. 
Kekurangan Nexus 9
Memandangkan tiada apa yang sempurna dalam dunia , ini antara kekurangan yang saya dapat lihat wujud padanya.
Terlalu cepat panas. Saya agak terkejut dengan keadaan ini sebenarnya. Tablet ini menjadi terlalu cepat panas terutama jika game berdefinisi tinggi dibuka walaupun untuk 4-5 minit game dimain. Ini agak merisaukan.
KEKURANGAN UTAMA
- Cepat Panas
– Masalah Kecil pada Butang Power
– Sokongan Sdcard
Kedudukan butang Power serta saiz  nya yang agak kecil. Ini merupakan satu lagi kekurangan yang ada pada Nexus 9. Butang Power yang ada padanya bagi saya agak kecil dan tidak berapa sedap untuk ditekan dan kadangkala tidak berapa responsif jika ditekan terlalu perlahan.
HTC dikatakan telah pun menukar butang power ini kepada yang lebih baik dalam batch terbaru ( hanya Nexus 9 batch awal sahaja mengalami masalah ini).
Untuk mengaktifkan skrin tablet ini, HTC mengambil langkah bijak dengan memasukkan fungsi “Double Tap to Wake” sekaligus memudahkan pengguna untuk mengaktifkan skrin tablet tanpa perlu bersusah payah menekan butang Power beribu kali setiap kali ingin mengatikfan skrin.
Sokongan sdcard mungkin dipandang sebagai satu kekurangan bagi Nexus 9 memandangkan ia tidak menyokong fungsi sdcard dan hanya bergantung kepada memori terbina sebesar 32GB atau 64GB. Namun, ini saya kira sudah cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.
Terdapat banyak penyelesaian yang boleh digunakan antaranya ialah menggunakan pendrive OTG dan Cloud Storage seperti Box, Google Drive, DropBox dan lain-lain.
Kesimpulan
Jawapan ringkas, YA. Nexus 9 merupakan sebuah tablet yang hampir kepada sempurna sifatnya. Selain memiliki spesifikasi canggih dan terkini yang ada pada hari ini, menggunakan Android 5.0 Lollipop dibawah jenama Google Nexus turut menjadi satu kelebihan utama yang perlu anda pertimbangkan dan ambil kira dalam pembelian tablet.
Tablet ini akan terus menerima sokongan software daripada Google dan akan menjadi tablet pertama yang akan dikemaskini setiap kali Google mengeluarkan kemaskini Android baru untuk penguna. HTC sebagai pengeluar juga merupakan satu jenama premium yang tidak perlu dipersoalkan lagi akan kualiti nya.
Walau Bagaimana pun Nexus 9 masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia...Kepada yang tidak sabar untuk memiliki nexus 9 ini boleh lah membelinya di kedai yang saya telah list kan di bawah pada harga permulaan RM1399
Directd 
1 Gadgets
Dua kedai diatas adalah kedai yang boleh dipercayai.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Pada suatu hari..


Di tempat yang berbeza namun pada waktu yang sama..

Seorang ‘Niqabis’ dan seorang Muslimah bertudung labuh (tidak berpudah) mengambil gambar masing-masing dalam gaya selfie. Kalau nak nampak kelainan sikit, ambil gambar dari posisi lain tapi tidak mengadap kamera. Bajet artis gitu.

Namun mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain.

Tetapi mereka mempunyai keinginan dan hasrat yang sama..

Apa dia?

Upload gambar selfie dan bajet artis dalam facebook mereka berdua.

Niat mereka berdua juga sama. Ingin ‘berdakwah’ kepada kawan FB mereka yang tidak menutup aurat supaya tergerak hati untuk menutup aurat. Namun mereka tersilap langkah dan cara. Mereka sangka dunia ini penuh dengan lelaki soleh menunduk pandangan sampai langgar tiang.

Selepas upload dalam FB, mereka pun terus membuat profile picture.

Tidak lama kemudian, muncul sang buaya berwajah ala-ala ostad atau sang buaya yang berwajah bukan ostad pun, dalam ruangan komen mereka berdua.

Apa yang sang boya ini komenkan?

“Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah..”

“Wanita adalah seindah perhiasan dunia. Teruskan istiqamah wahai mujahidah.”

“Wah, sejuk perut ibu mengandung. Boleh masuk meminang ni. HEHE.”

Dan lain-lain komen (korang letaklah sendiri apa yang anda rasa nak letak).

Tidak lama kemudian, si niqabis dan muslimah ini pun membaca komen-komen sang boya ini. Lalu mereka tersipu-sipu malu (konon). Lantas membalas di ruangan komen ;

“Thanks.. :) “

"Ini semua milik Allah.. ana hanyalah hambanya.." (pehh ayat..)

Akhirnya tertipulah seorang Niqabis dan Muslimah ini di alam maya.

Strategi sang boya itu tidak berhenti setakat di situ saja. Lalu dia mulakan langkah seterusnya selepas mendapat respon di ruangan komen. Apa yang sang boya ni buat? Mereka pun mulalah berduyun-duyun PM inbox si niqabis dan muslimah tersebut dengan mesej,

“Selamat berkenalan.. :) “

Kalau yang tahu bahasa arab ciput, akan inbox ;

“Salam ukhuwwah fillah. :) “

Dalam riwayat lain, ada tambahan, “abadan abada.. :) “


Gedengang.. Jatuh kerusi beta..



Salah Siapa?


Pernah jumpa situasi-situasi di atas? Mesti pernah punya. Melainkan korang tidak ada facebook.

Aku kepilkan sekali ‘bukti’ yang telah di sensor agar saya tak cakap berdasarkan imiginasi, tetapi berdasarkan realiti.

Realiti yang menakutkan. Sangat menakutkan..

Sebenarnya perkara ni dah banyak dibincangkan di status facebook, group-group, halaqah, usrah, seminar, blog (eh?), dan apa-apa jualah. Banyak kali bincang.

Tetapi makin meningkat pula peratusan isu ini berlaku. Walaupun tidak semua golongan ‘niqabis’ dan muslimah tudung labuh buat perkara di atas, tetapi sangat ramai yang berbuat demikian.

Sebelum tu, aku minta maaf atas beberapa perkara sebelum aku meneruskan penulisan. Pertama, aku minta maaf sebab guna kata ganti diri “Aku” untuk kali ini. Sebab aku tak mahu guna ayat ‘lembut’ dan kata ganti diri yang lembut. Perkara ni kena bertegas, kalau tidak ia akan jadi fitnah akhbar yang melanda kaum Muslimin.

Yang kedua, aku minta maaf jika istilah “niqabis” dan “Muslimah tudung labuh” tidak menyenangkan para korang. Aku takde istilah lain untuk menggambarkan mereka. Ini saja istilah yang muncul dalam minda aku. Korang telan je lah ya..

Yang ketiga, tulisan aku kali ini agak keras, sama seperti tulisan aku dua tahun lepas. Sebabnya seperti yang pertama tadi.

Yang keempat, maaf kalau korang dah bosan baca isu ini. Boleh tekan button “X”.

Tarik nafas.

Okay, berbalik semula kepada perbincangan. Persoalannya, salah siapa sebenarnya? Salah kaum hawa itu? Atau kaum Adam?

Jawapan aku, salah dua-dua.

Yang pertama salah lelaki sebab korang tak menundukkan pandangan korang.

Err.. To be precise, sebenarnya bukan korang, tetapi KITA. Ya, termasuk aku sekali sebab aku lelaki. Bukan makhluk dua alam.

Peluh kecil.

Allah berfirman ;

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat (menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …..”

(Surah An Nur 24 : 30-31)

Maaf aku tak nyatakan habis ayat yang ke 31 tu secara habis, sebab ayat yang seterusnya khas untuk kaum Hawa.

Sekali lagi aku ulang, KHAS untuk kaum hawa.

Persoalan timbul di sini, perasan atau tidak kenapa Allah tegur sebut “Orang Lelaki” dahulu?

Sebenarnya perkara ini ada perbahasan ulama’. Aku tak ingat siapa dan kitab apa. Nanti boleh rujuk semula. Kalau aku salah, tolong betulkan.

Tetapi apa yang disampaikan dalam perbahasan itu, antara sebab berlakunya penzinaan dimulakan oleh lelaki. Dan perempuan sekali.

Lelaki sukar menjaga pandangan. Allah tahu sifat hamba-Nya, dan antara sifat lelaki ini adalah matanya LIAR.

Hantuk kepala ke dinding.

Kita tak perlu nak kaver macho, suci dan innocent lagi brader. Akui saja, memang ini sifat lelaki. Pantang nampak dahi licin, naik tocang.

Sebab itu Allah menyebut lelaki TERLEBIH DAHULU untuk menundukkan pandangannya sebelum perempuan. Got it?

Tetapi inilah perkara yang paling sukar dilakukan oleh kita. Susah sangat. Tetapi kalau berjaya buat, rasa gembira sangat. Kan?

Sebab aku hari-hari melaluinya.

Tunduk muka.

Yang kedua adalah salah perempuan. Sebab perempuan antara pemula kepada zina.

Dengan erti kata lain, perempuan boleh menyebabkan lelaki tak tunduk pandangan.

Bayangkan seorang perempuan, pakai seksi tahap dewi, gelang kaki berbunyi, kasut tumit tinggi 5cm, rambut beralun ditiup bayu sambil warna perang penyapu, jalan macam model dunia, lalu depan sekumpulan lelaki.

Dan korang perempuan, beranggapan lelaki tidak akan pandang perempuan seksi itu?

Hello.

Hanya lelaki yang beriman di akhir zaman dan berpegang pada ayat Allah seperti di atas saja yang tak akan pandang.

Tetapi at the first place, mesti akan pandang. Imam muda ke, pencetus ummah ke, daie millenia ke, tok imam ke mesti akan jem punya.

Mungkin itu hikmah Allah beri keringanan bahawa pandangan pertama boleh, pandangan kedua di haramkan. Kalaulah pandangan pertama sudah haram, mau berdosalah kami sebagai lelaki hari-hari.

Err.. Untuk lelaki tak payahlah bayangkan perempuan seksi tu. Kang berdosa pula. Aku cakap pada perempuan sekarang ini.

Ada satu lagi perbahasan,

"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana."

(Surah Al-Maidah 5 : 38)

"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."

(Surah An-Nur 24 : 2)

Tentang dua ayat di atas turut ada perbahasan dalam kitab yang aku dah lupa juga.

Tepuk dahi.

Ulama’ dulu bahaskan kenapa Allah guna perkataan lelaki dulu untuk hukum potong tangan kerana mencuri, tetapi untuk hukum berzina Allah dahulukan perkataan perempuan.

Ada yang berpendapat Allah dahulukan perkataan perempuan untuk hukum berzina kerana kebiasaannya punca penzinaan bermula dari perempuan. Manakala mencuri ini biasanya lelaki yang suka mencuri.

Jarang dengar rompakan bank dilakukan oleh sekumpulan perempuan.

Hehe.

Tetapi biasa dengar dan nampak sekumpulan, malah segerombolan perempuan memakai seksi-seksa di khalyak ramai. Dan pelacur juga dari kalangan perempuan. Ada ke pelacur dari lelaki?

Abaikan pondan dan mak nyah, sebab mereka mahu jadi perempuan.

Nasihat Tulus Mulus Suci Kudus Dari Seorang Lelaki

Aku rasa perbahasan di atas tadi tu lebih merujuk kepada isu berzina. Korang tak rasa begitu? Hehe. Kan dah ke laut.

Tetapi perbahasan itu tetap boleh dikaitkan dengan apa yang artikel kali ini nak sampaikan.

Sebelum aku menutup nota untuk kali ini, aku ingin beri sepotong dua potong nasihat khas untuk perempuan dari aku, mewakili lelaki-lelaki sejati yang ingin menjadi lelaki beriman akhir zaman.

Sudah-sudahlah selfie di facebook tu.

Jujur aku cakap, kadang-kadang keluar gambar korang di “suggested friend’ sebelah kolum kanan facebook tu.

Banyak kali aku cuba jaga pandangan dan buat tak tahu saja, tetapi kadang-kadang tertekan juga suggested friend tu.

Sebab gambar niqabis atau muslimah tudung labuh itu sedikit menarik perhatian aku.

Bukan sedikit, banyak sebenarnya.

Hadoyai..

Mujurlah hari itu ada seseorang telah tegur dan nasihatkan aku. Lantas aku berazam dengan setinggi gunung everest untuk refresh page supaya hilanglah suggested friend dan diganti dengan suggested group dan iklan sponsored.

Itu lebih baik daripada aku terkesima melihat keayuan mata niqabis dan keanggunan gaya muslimah tudung labuh.


Jatuh kerusi sekali lagi. Bengkak dah kepala.




Solusi


Jadi lepas panjang-panjang yang aku tulis ini, apa solusi dan langkah yang boleh dilakukan?

Err.. Fikirlah sendiri. Korang dah besarkan.

Haha. Kalau tak tahu juga, korang boleh baca artikel lain dalam Tarbiah Sentap ini.

Moga Allah redha.

p/s: Tukarlah profile picture. Tak payah letak gambar korang. Keselamatan terjamin, pandangan lelaki pun sejahtera. Jangan sampai tertipu lagi sudah.


Aman tanpa perang.

please STOP it


Penulis asal - Ahmad Shukery -
Sumber Asal : Tarbiyah Sentap




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (á—’á—Šá—•) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates