Sebuah tulisan untuk couple islamik...
Sebuah tulisan untuk couple islamik...
assalamualaikum :)
selamat petang kawan-kawan...Dah solat Asar ke belum ?
alhamdullilah kalau dah :)
(hanya sebuah cerpen.tiada kaitan hidup mahupun meninggal dunia)
Assalamualaikum Aku masih ingat lagi sewaktu kali pertama aku melihat si dia. Sewaktu sesi pendaftaran kemasukan ke IPT. Dengan berbaju kurung dan bertudung labuh, hati aku terus terpaut. Masakan tidak, kerana sudah menjadi impian aku untuk mempunyai awek seperti itu. Walaupun aku bukanlah dari kalangan orang yang digelar ustaz, tapi keinginan untuk memiliki seorang gadis yang berpakaian sopan, bertudung labuh dan berlatar pendidikan sekolah agama sudah aku niatkan semenjak di bangku sekolah lagi. Dan atas niat yang baik itulah, dia kini sudah menjadi isteriku yang sah setelah hampir 5 tahun berkenalan dan bercinta.
Tapi tujuan artikel ini bukan untuk aku khabarkan tentang perjalanan cinta aku. Tapi tentang kejahilan dan kesalahan tentang perjalanan cinta aku dan cinta kamu yang berlandaskan kitab couple islamik.
Mengapa? Apa salahnya? Ya, ia memang adalah satu kesalahan kerana aku dan kamu bercouple. Bagaimana kamu boleh bercouple dengan orang yang bukan sah milik kamu? Adakah dengan mengikut landasan islam seperti tidak keluar berdua, tidak bersentuhan, tidak membicarakan perihal ghairah dan sebagainya ia sudah menjadi halal? Tidak sama sekali!
Apabila kamu sudah bercouple, antara sedar atau tidak kamu sebenarnya sudah meletakkan diri kamu untuk dirosakkan. Carilah perempuan berpurdah sekali pun, jika istilah couple itu sudah kamu amalkan, antara cepat atau lambat sahaja kamu akan hanyut.
Awek aku seorang yang cukup baik akhlaknya. Cukup dijaga penampilan dan auratnya. Tahun-tahun pertama kami bercouple, semuanya penuh dengan ciri-ciri islamik.
Bermula dengan saling nasihat menasihati, mengambil berat perihal solat dan kuliah sehinggalah panggilan telefon untuk solat subuh. Semuanya cukup indah tanpa kami sedar yang itu semua permainan syaitan dan iblis yang menunggu masa untuk menyesatkan kami.
Bermula dengan saling nasihat menasihati, mengambil berat perihal solat dan kuliah sehinggalah panggilan telefon untuk solat subuh. Semuanya cukup indah tanpa kami sedar yang itu semua permainan syaitan dan iblis yang menunggu masa untuk menyesatkan kami.
Selepas itu semuanya berubah perlahan-lahan. Kami mula keluar berdua. Walaupun batas aurat dan sentuh menyentuh masih dijaga, tapi itu adalah permulaan untuk menyesatkan couple islamik ini. Mulalah bersms hingga ke subuh, bergayut di telefon siang dan malam. Tanpa sedar, istilah couple islamik itu sudah jauh terpesong. Awek aku bukanlah seorang yang lemah dalam menjaga batas pergaulan dan aku sendiri seorang yang berprinsip. Aku cukup menitik beratkan soal aurat, solat dan pergaulan tapi hakikatnya itu semua tidak cukup. Sehebat mana pun seorang perempuan, dia lemah apabila berhadapan dengan orang yang di cintainya. Dan sehebat mana pun seorang lelaki, dia lebih lemah berhadapan dengan pujukan syaitan terhadap kekasihnya.
Sehinggalah aku sendiri dapat merasakan yang aku sudah jauh terpesong. Walaupun aku masih belum ke tahap zina, tapi apabila sudah mula bertukar-tukar gambar, duduk bersebelahan di dalam tren KTM, mengucapkan sayang dan cinta, dan paling teruk apabila berani mencuit dan mencubit malah memegang tangan yang haram untuk aku, pada masa itulah Allah masih sayangkan aku dan dia. Allah tunjukkan kesalahan aku. Dan ku terus mengajaknya berkahwin dari terus terjebak dalam dosa sendiri.
Mungkin pada kamu, ia seolah olah tidak mungkin dan mustahil untuk berlaku kepada couple islamik yang kamu cipta itu. Tapi percayalah, tanyalah semua couple islamik yang kamu kenal, semuanya pernah melampaui batas.
Mengapa aku menentang couple islamik ini? Kerana aku sudah merasainya. Aku sudah merasa apa yang aku kehilangan apabila mendirikan rumahtangga. Sebagai contoh, aku tidak lagi merasai nikmat berdating dengan isteriku. Kerana aku sudah melakukannya sebelum kami bernikah. Aku tidak lagi merasai nikmat rindu merindui kerana aku telah melakukannya sebelum kami sah sebagai suami isteri. Bayangkan apa yang kamu akan kehilangan apabila kamu melakukan sesuatu yang lebih extreme dari itu.
Couple islamik itu sendiri sebenarnya tidak wujud. Ia adalah rekaan semata-mata untuk menghalalkan cara. Andainya kamu bercouple selama 3 tahun sebelum bernikah, pasti akan ada ketika kamu akan melampaui batas. Samaada kamu akan mengakuinya atau tidak, itu antara kamu dan Allah.
Seorang lelaki yang baik pasti akan menolak pelawaan untuk bercouple walaupun dia amat mencintai wanita itu. Kerana dalam dirinya, wanita itu lebih berharga dari istilah couple itu sendiri. Dia tidak takut untuk bercouple, tapi dia lebih takut sekiranya dia melampaui batas dengan gadis yang ingin dimilikinya. Dia lebih rela sabar menanggung rindu sendiri dan meletakkan seluruh harapnya pada Allah.
Seorang gadis yang baik amat pasti menyimpan rasa cintanya pada sang jejaka. Dia akan sentiasa berdoa setiap kali selepas solatnya. Andai dia untuk ku, jadikanlah aku miliknya. Dia rela menyimpan perasaan demi untuk melepaskannya ketika akad di lafazkan. Tapi dia insan lemah, lemah bila berhadapan dengan lelaki yang dicintainya. Sebab itu dia sering menundukkan wajah bila berhadapan dengan si dia.
Aku berbicara kerana aku takut melihat saudaraku hanyut kerana kalimah couple islamik ini. Bercinta lelaki dan perempuan untuk mereka yang sah sahaja. Bukan untuk kalangan orang bujang yang masih jauh lagi destinasinya. Sedarlah, setiap larangan pasti ada hikmah disebaliknya. Couple islamik bukan jalan yang baik untuk kamu mengikat si dia agar tidak terlepas, tapi ia adalah jalan yang penuh dengan dugaan dan bisikan syaitan. Ia tidak akan berlaku esok atau lusa, tapi ia akan berlaku selepas bertahun lamanya apabila kamu mula leka. Jika kamu terlambat, takut-takut terjebak ke lembah hina.
Jika kamu mencintai dia, sisipkan namanya dalam doamu. Bukan dengan ‘cop’ dia dahulu. Jika kamu merinduinya, khabarkannya pada Pencipta dia. Jika kamu takut kehilangan dia, mintalah pada Allah agar tetapkan hatinya. Jika jalan yang kamu lalui itu betul, dentinasinya manis. Jika jalan kamu itu salah walaupun niatnya betul, destinasinya pasti pahit.
0 comments