Kes kereta sambung bayar – perlukan undang-undang lebih ketat untuk elak penipuan dan aniaya.

by - 2:55 AM

Sebuah post yang dikongsi oleh akaun Facebook Badrul Hanafi pada malam semalam, berkaitan kereta “sambung bayar”yg dibeli oleh beliau; beliau terpaksa berdepan dengan masalah kereta yang ingin ditarik, disebabkan pemilik asal mahu mengambilnya kembali. Kereta berkenaan, sebuah Proton Saga,


Daripada perbualan dalam video yang dimuat naik itu, secara ringkasnya, pemilik asal kereta berkenaan datang bersama sekumpulan lelaki mendakwa ingin mengambil semula kereta terbabit. Pemilik semasa kereta itu pula enggan menyerahkan kunci, mendakwa semua bayaran dan bukti persefahaman antara dia dan pemilik asal (melalui broker) itu lengkap.
Tambahan pula, pemilik baru atau semasa mendakwa telah membayar kepada bank (pinjaman di atas nama pemilik asal) mengikut jadual sepatutnya seperti yang dijanjikan. Pemilik asal itu pula datang tanpa sebarang surat sita atau apa-apa dokumen berkaitan, ingin membawa pergi kereta berkenaan..


Untuk mengelakkan anda terpalit sekali di dalam situasi seperti ini, pertama sekali sebagai pengguna, tak perlulah “kelabu mata” dengan tawaran-tawaran yang tidak sah seperti sambung bayar kenderaan ini. Kedua, pihak berkuasa perlu meneliti permasalahan ini dengan lebih terperinci dan perkenalkan garis panduan atau undang-undang yang lebih ketat bagi mengelakkan perkara ini daripada berterusan.

You May Also Like

0 comments