• Facebook

NASRUDDIN NASS











Selamat Tahun Baru 2016 (Ikut Islam lepas mahgrib daa masuk hari lain)  diucapakan kepada semua kenalan yang saya kenali & juga kepada silent readers saya, dan semuaaaa pembaca yang singgah disini..rasanya belum terlambat kan? dah masuk tahun baru ni, macam mana kehidupan? tentu juga dengan semangat baru & azam baru kan? azam tahun lepas macam mana?? dah terlaksana? kalau belum, InsyaAllah cubalah laksanakan untuk tahun ni ye.. just forward.



alhamdulillah.. apa yang Nass inginkan terlaksana. walaupun tidaklah 100%. 
Jom Throwback Entry & Momment Paling Rindu Nak Buat
WishList Tahun 2015 
&
TMEARTHCAMP 1 & TMEARTCAMP 2



Jadi Jom Sambung Tengok "wish list" @  dalam bahasa melayu hajat/hasrat/impian/azam Untuk Tahun 2016 kali ni pula



~ Mcm Setiap Tahun Of couse laa Jaga Solat 5 Waktu.


~Menjadi Anak yang soleh dan Bertanggungjawab
(Aminnn)

~Semoga kita semua mendapat barakah,hidayah,dan pertunjuk 
daripada Allah S.W.T

           ~Kurangkan mengeluh...Banyakkan bersyukur 


~Inn Sha Allah tahun ni Nass cuba Memperbanyakkan Puasa Sunat
(T_T Tahun lepas Kurang Buat puasa sunat)
(Tahun 2015 Okey Nak Ucap Tahniah to My Bff Farhan Aku Tengok  Kau Banyak Buat Puasa Sunat This year btw Jgn tahun ni Habis Spm kau daa kurang buat pulak)

~Kurangkan mengeluh...Banyakkan bersyukur 

~Berusaha istiqomah dalam menjalankan segala ibadat dan kerja
~ Phone Baru hehehe

~External Hard disk Baru

~Dapat G Kedah jumpa ......

wishlist yang bawah sekali tu abaikan . Hahahah . so semoga tahun 2016 lebih baik daripada tahun 2015 . semoga aku lebih berjaya, cemerlang, yakin, dan berwawasan . jangan cepat putus asa dan Nass dapat hidup di Bawah KeredhaanNYA .

Setakat ini Nass Catatkan 10 "Wish list"
[Wish List yang lain tu biar lah rahsia dulu hihihih]
Moga ini "Bukan sekadar" Coretan yang aq tulis yang hanya Kekal sebagai Coretan...Semoga Coretan ini menjadi Kenyataan

Okey Tahun ni  Special Sikit Nass Nak ucapkan Semoga Berjaya Kepada (Batch 99) dalam SPM 2016 .Doakan mereka Semua Berjaya

 Antara Junior (opss Nass anggap dioarang lebih kpd kawan)  yg akan menghadapi  Spm 2016

( They all Batch 99 )

Muhammad Nur Abrar    (SMK SAJ)
Nuramira Samiran^^    (convent kluang)
Aina                  (Convent kluang)
Hadaina  TMEARTHCamp  (SMK PUTERI)
Azizi    TMEARTHCamp  (SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR)
Syuhada  TMEARTHCamp  (SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR)
Faara    TMEARTHCamp  (SMK PUTERI)
Haziq    TMEARTHCamp  (Takpasti Tanya sendiri)
Syahirah              (TakPasti Tanya Sendiri)
Haris                 (SMK SAJ)
Syazwan               (SMK SAJ)
Najwa    TMEARTHCamp  (XingatXsilapSEKOLAHSUKANMELAKA)

yg bersekolah  di 
~SMKSAJ
~STK 
~SMAKJ
~SAINS SERI PUTERI

moga semua berjaya dalam Spm 2016...Nass sentiasa doakan korang terutama pelajar SMK SAJ btw kepada yg nama dia tak letak maaf yee ..daaa penat manaip seberarnyaa
BTW REMAMBER THIS ---V

Okey tahun ni Nass Still Guna quotes By Kak Naressa 
sbb Tahun ni Ramai Betul nak Baca Enovel@cari Blog Dari Blogger yg penuh 
Misteri Ni nak tahu siapa dia jom baca Entry ni 

 : Quotes :

By kak  Naressa
Baik hidup ini mesti ada gagal kalau kau nak melihat  bangkit.
 Mesti kena ada malam kalau nak melihat bintang, 
mesti kena ada hujan kalau nak melihat pelangi.
mesti terasa benci yang ada cinta.

***Good Luck u All***
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum 
Tak silap ARITU ada terbaca entri blog HasrulHassan mengenai bil TM yang dihantar ke rumah setiap bulan tu akan dicaj RM5 bermula Januari 2016 ini. Minggu lepas dah planning nak singgah TMpoint mengenai hal tersebut tapi sampai hari ini tak pergi lagi. Alahai ada je problem datang.

Bila belek balik bil bercetak TM tu baru perasan ada notis caj RM5 sebulan untuk setiap surat dihantar. Dah la tambang public transport nak naik, ni lagi nak membebankan pengguna internet.

RM5 cukup besar walaupun pakej streamyx rumah BBL 4mbs cuma RM88 sebulan unlimited kuota. Agak terbeban mak cik pak cik yang pakai line telefon rumah TM tu, dah la sekarang setiap bulan memang dikenakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6%. Caj RM5 ini akan dikena pada semua perkhidmatan TM iaitu talian telefon, UniFi & Streamyx. 

So, untuk mengelakkan dari dikenakan caj tambahan RM5 pada tahun depan, korang perlu hantar borang permohonan ke help@tm.com.my , hubungi careline 100 atau kunjungi TMpoint berdekatan. Selepas ini bil telefon atau internet akan dihantar melalui email yang korang daftarkan.

Perkhidmatan TM Autopay

TM akan memberikan rebat potongan RM2 bagi setiap akaun pembayaran yang melebihi RM20 setipa bulan. Tak perlu beratur, tiada lagi kelewatan pembayaran & tiada gangguan perkhidmatan. Daftarkan kad kredit atau debit kad untuk potongan bil TM dari akaun anda. BBL pernah guna services ini awal tahun lalu tapi dah tutup sebab akaun CIMB tak berapa nak aktif selain lokasi bank jauh dari rumah. Tu yang malas nak pi deposit duit dalam akaun. 

Sepanjang 3 tahun melanggan Streamyx ni tak pernah lagi hadapi masalah gangguan internet. Lagi seronok tonton video Youtube dalam mode HD adalah selepas upgrade 4mbs. Nak blogwalking pun mudah & cepat loading page. Apa pun caj RM5 agak terlampau mahal kepada pengguna terutama rakyat Malaysia masih setia dengan TM. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Banyak kali dah Usya tapi asal nak booking je penuh ! Bila kosong , Family lak takde duit.. heheh.. Bukan murah woo nak stay sini ! Kali ni Mairah duduk pun sebab orang taja.. pak cik yang taja.. Hehehe.. Rezeki jangan ditolak..

Ok.. Ini bukan pertama kali la mairah duduk hotel banyak bintang. Banyak kali dah.. Dan majoritinya free la.. hehehe.. tumpang & org taja *** Hidup kena merendah diri.***
Hard Rock Hotel Penang.. Ramai dah bercerita mengenai hotel ni. Setakat yang mairah dengar , semuanya positif. Tu yang buat aku teringin benar nak stay sini dalam semalam dua.. Dan semalam ,  impian jadi kenyataan.. eheh..

image



Sampai je bilik ...maira terus bukak dan .. Ok ! Terus aku kata kat cousin mai .. Ini barulah hotel ! Hehehehe..  
Kagum sangat tu tak la..  pernah duduk bilik yang lagi gempak dan canggih tapi bilik ni jadi lebih cool sebab permandangan di luar sana tu.. haaa..

image


image

image

image

dan pada malamnyaaaa

image

image


Terus terang , mai berpuashati duduk di hotel ni dan bercadang nak kembali lagi tahun depan ! Kali ni nak ajak family ngan cousin kesayangan mai ni iaitu pemilik blog ni Nass  duduk dengan lebih lama lagi. Ini kerana dari makan pagi hingga ke malam hari , hotel ni  senantiasa hidup dan meriah ! Santai giler hotel ni tapi tetap ada peraturan namun tidaklah membebankan pengunjung.. Keselamatan pon tip top !
Mai  tak sempat nak pusing hotel ni. Sayang nak tinggalkan bilik ! Mahal tuuuuu.. bukan seringgit dua yer ! Sebab tu kalau duduk di hotel ni , jangan gatal nak keluar pagi balik malam.. melainkan ada yang derma duit ke dalam akaun korang.. hehe.. Tu cerita lain la yer..
Dan dengan ini , Hard Rock Hotel ni masuk ke dalam kalender untuk tahun depan..

p/s :To Nass jgn laaa berhenti berblog.Takpa kalau nass busy pun sekarang ...mai tolong jaga blog Kesayangan Nass ni yerrr....jgn sedih heheheh btw nass jgn marah mai sbb g penang dulu huuhu :p...Nanti taun depat lepas ambil result spm or cuti raya cina kita g..btw nass apa khabar dahh siht ???aritu dengar demam balik ummrah kan ??take care jga diri k HAAA Lupa nak cakap ...mai daa g escape penang daaa best heheheheh

:XOXO:












Share
Tweet
Pin
Share
No comments


"Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu."

Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti. 

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

"Ibu nak balik?"

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan. 

"Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca baaanyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?"

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

"Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh."

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.

Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. 

"Abah, peninglah tengok pusing-pusing."

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya. 

"Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?"

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik. 

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru. 

"Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!"

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri. 

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

"Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja."

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

"Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra."

Anaknya bertanya,

"Siapa tu?"

Ayahnya membalas lembut,

"Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku." Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy."

"Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta."

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

"Sayang abah tak?" 

"Sayang sangat!"

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas, 

"Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama."

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

"Ibu, ibu!"

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala. 

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

"Library apa di Genting Highland?!" Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

"Ini ke perpustakaan awak tu?!"

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

"Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!"

Isterinya itu membalas bongkak,

"Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah. 

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!"

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya. 

"Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak." Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya, 

"Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!"

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu. 

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri. Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan. 

"Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!"
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

*************************************************************

Waktu berbuka.

Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya. 

Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.

Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang. 

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.

Suami: "Hari ni, hari last kita berbuka puasa sama-sama."

Isteri: "Sebab?"

Suami: "Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."

Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya tamar tidak sampai suku gigitan.

Suami: "Dah tiga tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat? Abang dah give up.

Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."

Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

Isteri: "Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama tiga tahun bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."

Tak mampu dihabiskan kata-kata. 
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.

Ayah: "Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu. 

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti. 

Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan. 

Akhirat jualah bahagia berkekalan."

Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.

**

Bekas suami tiba di rumah.

Kosong. Sunyi.

Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.

Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label, "Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak.

Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.

Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala. 

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana. 

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.

Salam sayang. Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.

***

Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.

Jadi rahsia selama ini. 
Antara dia dengan ayahanda tercintanya.

Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.

Tanpa daya upaya.

Dalam hati mantan isteri yang kian lemah,

"Seandainya dikau mengerti wahai suami.

Kau teramat ku cintai."



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts
Md+Alfaaz

Hi my name Nass

Hi there (á—’á—Šá—•) , Welcome to my personal blog. It all about my adventure, tech review, travel and so on!!! Basically i share all my experience with you guys. So hopefully you enjoy to read it. ヾ(^ิ∀^ิ)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Sponsor

Categories

  • BERITA
  • Makna Cinta Bagi Husna
  • TECH
  • geekz
  • About Blog
  • LIRIK LAGU
  • Sehingga Hujung Nyawa
  • cinta itu bukan milik kita
  • ikhtilat
  • Giveaway
  • Lawatan
  • Nuffnang
  • Tazkirah Jumaat
  • Wordless Wednesday
  • mystery girl

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • February 2020 (2)
  • March 2019 (2)
  • February 2019 (1)
  • January 2019 (5)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • July 2018 (5)
  • November 2017 (5)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (3)
  • January 2017 (11)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (4)
  • October 2016 (3)
  • September 2016 (2)
  • July 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (6)
  • December 2015 (5)
  • November 2015 (4)
  • October 2015 (4)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (2)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (6)
  • May 2015 (2)
  • April 2015 (4)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (6)
  • December 2014 (15)
  • November 2014 (10)
  • September 2014 (1)
  • August 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • April 2014 (3)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (8)
  • December 2013 (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates