Harga iPhone 6s & iPhone 6s Plus Menjangkau RM8300

by - 4:43 AM




Assalamualaikum & hello there,


Pada Jumaat yg lepas Apple mula menjual iPhone 6s & iPhone 6s Plus di beberapa negara termasuk Singapura. Bagi pengguna Apple tegar, terbang ke Singapura semalam adalah perkara tahunan untuk menjadi orang Malaysia pertama pakai iPhone 6s. Namun jangan patah hati tak dapat beli di Singapura kerana Lazada.my kini mula menjual peranti idaman ramai bermula siang tadi.

Harga iPhone 6s & iPhone 6s Plus


Berikut mengikut harga jualan dalam Lazada.my selepas 'diskaun'


iPhone 6s - Grey - 16gb - RM 4, 180 RM 4,999
iPhone 6s - Silver - 128gb - RM 4, 6490 RM 7,999
iPhone 6s - Rose Gold - 64gb - RM 4, 599 RM 6,999



iPhone 6s plus - Silver - 16gb - RM 5, 088 RM 5,999
iPhone 6s plus - Rose Gold - 64gb - RM 6, 288 RM 7,690
iPhone 6s plus - Gold - 16gb - RM 6, 080 RM 6,499
iPhone 6s plus  - Rose Gold - 128gb - RM 7, 288 RM 8,838



Boleh beli secara online di Lazada.my melalui link ini - http://www.lazada.com.my/iphone-6s-6s-plus/    



Terkejut dengan harga tu? Memang la super double markup harga barang tengah hot sekarang. Ramai jugak tertarik dengan features terbaru Apple termasuk Force Touch - hanya tekan skrin & keluar pop up tanpa klik app tersebut. Lagi pun bukan Lazada.my yang jual tapi orang luar sebabnya ini



Mau kena tipu tak naya kan berabis RM7k macam tu je atau pun dapat iPhone klon. Lagi bagus dari dapat batu bata dalam kotak kan. Hahaha


Jika korang memang planing nak beli iPhone 6 ini masa terbaik kerana selepas iPhone 6s dibawa masuk secara rasmi nanti, harganya mungkin ada 'murah' sikit dari harga hari ini atau simpan saja dulu duit tu & beli terus iPhone 6s nanti. Baru best pakai gadget terbaru kan.

Update Terbaru:Apple Iphone 6s & 6s plus mula diwatarkan secara rasmi pada 16 OCTOBER 

You May Also Like

1 comments

  1. Peminat2 iphone sanggup jee beli iphone wpun mahal. Haha. Salam singgah yer.

    http://AnnaPutri20.blogspot.com

    ReplyDelete