Ulasan :Telefon pintar OnePlus One
OnePlus, sebuah syarikat baru yang bertapak di China .Syarikat ini menumpukan kepada peranti yang berharga mampu milik dengan motto 'Never Settle'. Percubaan pertama mereka adalah OnePlus One, sebuah smartphone dengan spesifikasi tinggi yang dijual pada harga sekitar RM 960 sahaja
Pertama Kali Membuka kotak
Pertama kali membuka kotaknya Anda boleh lihat betapa berkualitinya keseluruhan pakej OnePlus One ini. Rasanya seperti membeli sebuah smartphone yang mahal dan kebiasaannya hanya jenama Apple yang menitikberatkan perkara-perkara seperti ini.
Reka Bentuk
OnePlus One juga tidak nampak seperti sebuah smartphone bajet yang berharga sekitar RM 1,000 kerana rekaannya cukup cantik dan premium. Badan OnePlus One sedikit melengkung pada bahagian belakang dengan material magnesium,pada bahagian hadapan disertakan kaca Gorilla Glass 3 yang tahan calar .Tetapi, jika anda merupakan pengguna iPhone ketika ini, mungkin perbezaan saiznya agak ketara dan memerlukan sedikit masa untuk selesa
Skrin
Skrin OnePlus One juga cukup cantik dan tajam dengan resolusi 1920x1080 bersaiz 5.5 inci. Skrinnya mempunyai kualiti yang cukup baik kerana menggunakan panel IPS LCD yang sama dengan HTC One M8.
Pemprosesan
OnePlus One sememangnya antara yang paling berkuasa di pasaran buat masa ini. Dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 (iaitu merupakan antara chip terlaju dipasaran, dan disertakan 3GB RAM, bateri 3,100mAh dan LTE membuatkan ianya antara yang terbaik ketika ini.
Bateri
Bercakap mengenai Kapasiti bateri iainya agak besar iaitu 3,100mAh, lebih besar daripada HTC One M8 dan juga Galaxy S5.Selama beberapa hari mencubanya, OnePlus One milik saya masih mampu bertahan dengan penggunaan sepanjang hari iaitu dari pukul 8 pagi hingga lewat 10 malam,dan mempunyai 20-30% bateri yang tinggal.
Camera
OnePlus One menggunakan kamera 13 megapiksel dengan aperture f/2.0 dan kamera hadapan 5 megapiksel. Kamera 13 megapiksel pada bahagian belakang tersebut mempunyai 6-elemen lens yang dibuat oleh Sony, sama seperti kamera yang terdapat di dalam iPhone ketika ini.Gambar yang dihasilkan tidaklah secantik Lumia 1520 atau Galaxy S5 tetapi ianya jauh lebih baik berbanding Nexus 5
Tidak ada smartphone yang sempurna walaupun OnePlus menggunakan motto 'Never Settle'. Beberapa kekurangan kecil pada peranti ini kekurangan adalah ketiadaan slot mikro-sd yang pada agak penting untuk disertakan bersama. Perbezaan harga model 16GB dan 64GB tidaklah banyak, sekitar RM 150 sahaja. Jika anda gemar mengambil gambar, merakam video dan menggunakan banyak aplikasi, kami sarankan anda membeli terus model 64GB
Penutup
Buat masa ini, OnePlus One masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia tetapi anda boleh membeli daripada beberapa penjual dengan harga sekitar RM 1,100 untuk model 16GB dan RM 1,400 untuk model 64GB. Jika ianya dilancarkan di sini nanti, harga sebenarnya adalah sekitar RM 960 untuk model 16GB dan RM 1,130 untuk model 64GB. Adakah berbaloi jika anda beli sekarang ini pada harga yang sedikit mahal? Ya, masih berbaloi. Percayalah!!!
0 comments