Kisah Arwah Yasmin J Hunwick
Cerita lama??? yaa memang cerita lama..Tetapi cerita ini boleh buat pengajaran untuk kita semua
Semasa artikel ini ditulis pemergian arwah Yasmin Hunwink sudah melebihi 100 hari meninggalkan kita.Namun kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah
Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya KuahSalah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick
Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya
Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh
Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian
Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.”
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi
Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin
Kepada kenalan terdekat arwah,untuk makluman anda blog Yasmin Hunwick di url http://www.misschronicz.blogspot.com masih lagi aktif.Kini keluarga,terutamanya ibu arwah menjadikan blog tersebut sebagai ruang untuk melepaskan rindu terhadap puteri kesayangan mereka
0 comments