My second Dream CAR

by - 12:12 AM

Mercedes-Benz GLA akhirnya dilancarkan di Malaysia,,,

GLA 200 - 1


Bermula daripada sebuah konsep di 2013 Shanghai Auto Show, Mercedes-Benz GLA telah membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2013, dan kini telah tiba di Malaysia. Berkongsi platform yang sama dengan Mercedes-Benz A-Class terbaru, GLA diposisikan sebagai crossover kompak mewah, yang akan bersaing dengan Audi Q3 dan BMW X1 di Malaysia. Rupanya agak mengelirukan, di mana ia kelihatan lebih kurang sama dengan A-Class, namun jika diperhatikan betul-betul, dimensinya adalah lebih besar.
Didatangkan dalam 3 model, yakni GLA200, GLA250 dan tidak dilupakan GLA45 AMG yang lebih mengancam.

GLA 200

GLA 200 - 3
GLA 200 merupakan model yang boleh dikatakan "ASAS" dipasangkan dengan enjin turbocharge 1.6 liter, yang mampu menghasilkan 156 kuasa kuda pada 5,300 rpm dan 250 Nm tork dari 1,250 rpm hingga 4,000 rpm. Hanya ditawarkan transmisi automatik bagi model ini, iaitu 7G-DCT.Didatangkan dengan roda aloi 18 inci,  Jika dilihat dari sudut prestasi pula, GLA 200 dapat memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 8.9 saat, dengan kelajuan tertinggi pada 215 km / j.Selain daripada itu, 2 sistem suspensi ditawarkan, iaitu suspensi “Off-Road” yang ditinggikan sebanyak 30 mm, dan yang suspensi sport yang direndahkan 15 mm di bahagian depan dan 10mm di bahagian belakang. Harganya ? Ditetapkan pada harga RM 238,888 tanpa insurans.

GLA 250

GLA 200 - 4
Jika  mahukan lebih kuasa yang LEBIH berbanding GLA 200, terdapatnya  GLA 250 4MATIC. GLA 250  memaparkan “AMG Line” tambahan di luar, dan dilengkapi dengan “Night Package”. GLA 250 didatangkan dengan enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan 211 kuasa kuda pada 5,500 rpm dan 350 Nm tork yang boleh didapati dari 1,200 rpm hingga 4,000 rpm. Seperti GLA 200, GLA 250 juga didatangkan dengan 7G-DCT transmisi automatik yang sama. Tetapi, GLA 250 mempunyai sistem 4MATIC all-wheel-drive Mercedes-Benz di mana ianya boleh mengedarkan tork boleh ubah sepenuhnya kepada keempat-empat tayar. GLA 250 juga didatangkan dengan satu set rim aloi 19 inci  berjejari kembar lima, dengan reka bentuk yang berbeza daripada GLA 200. GLA 250 mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 7.1 saat, dan dikatakan kelajuan tertingginya pada 230 km / j. Harganya? RM268,888 tanpa insurans.

GLA 45 AMG

GLA 200 - 5GLA 200 - 2GLA 200 - 6
Akhir sekali, terdapatnya model tertinggi (high end) barisan ini, iaitu GLA 45 AMG. Enjin GLA 45 AMG adalah enjin MDE133 Mercedes-Benz yang juga dipakai oleh CLA 45 AMG dan a 45 AMG. Seperti model-model AMG yang lain, GLA 45 AMG juga mampu mengeluarkan 360 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan tork sebanyak 450 Nm, yang boleh didapati dari 2,250 rpm hingga 5,000 rpm. Dikombinasikan dengan AMG SPEEDSHIFT DCT transmisi 7-kelajuan sport, GLA 45 AMG yang mampu memecut dari 0 ke 100 dalam hanya 4.8 saat, menjadikannya sepantas Lotus Evora S IPS, dan lebih pantas daripada BMW E39 M5 (5.1 saat). Kelajuan tertinggi GLA 45 AMG secara elektroniknya terhad kepada 250 km / j. Dengan semua prestasi ini, GLA 45 AMG boleh dimiliki dengan harga RM378,888 tanpa insurans. Wow!

jadi ?? bagaimana pula dengan kereta idaman anda...sila komen diruang yang disediakan



You May Also Like

0 comments