ada CRUSH ??? boleh ke ???

by - 3:36 AM



Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!

KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim,orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

 NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.

You May Also Like

0 comments