Selamat petang semua...
dah solat Asar?
Alhamdulillah kalau dah...
Walaupun hari ni ...
hari yang sedih untuk Allaq kerana
tapi mungkin ada hikmah disebalik itu...
khas untuk sahabatku Arif rosli
Ini adalah beberapa Tips untuk menjaga hafalan Al-Qur’an. semoga bermanfaat buat sahabatku khususnya dan buat kita semua yang memiliki tekad yang kuat dalam menghafalkan Al-Qur'an :
1:Pengaturan waktu
Pandai mengatur waktu akan dapat membantu seorang penghafal Al-Qur’an dalam memelihara hafalannya. Mengatur waktu untuk mengulang-ulang hafalan yang sentiasa terus menerus, harus terus dilakukan oleh seorang penghafal Al-Qur’an. Biasakan jangan melewatkan waktu tanpa melakukan hal-hal yang bermanfaat.
Rasulullah SAW telah memperingatkan, bahwa hafalan Al-Qur’an akan lebih cepat hilang bila dibandingkan dengan seekor unta yang terikat kuat ...
bila dia tidak selalu mengulang-ulang hafalannya tersebut.
“ Jagalah Al-Qur’an, demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya, Al-Qur’an itu lebih cepat lepas dari pada seekor onta dari ikatannya” (H.R. Bukhari)
2: Menyediakan waktu khusus
Dalam proses muraja’ah (mengulang) hafalan, seorang penghafal Al-Qur’an harus menyediakan waktu khusus, misalnya sebelum atau sesudah subuh, sebelum tidur, sebelum dan sesudah shalar fardhu. Tengoklah bagaimana kehidupan para Ulama terdahulu dalam pengaturan waktu, sehingga mereka dapat mewariskan karya-karya besar mereka yang sampai hari ini masih menjadi rujukkan.
3:Menjadi Imam solat:
Hafalan anda akan selalu melekat dalam ingatan anda apabila selalu anda baca dalam so,at, khususnya saat solat malam atau qiyamullail.
Mengajarkan orang lain
Salah satu cara yang paling efektif dalam menjaga hafalan adalah mengajarkan orang lain, karena pada saat mendengarkan hafalan muridnya, maka secara tidak langsung dia sedang mengulang-ulang hafalan...
last :Menjauhi kemaksiatan
Jiwa yang selalu berlumuran kemaksiatan dan dosa, susah untuk menerima cahaya Al-Qur'an, hati yang tertutup disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya, tidak mudah menerima kebaikan, mentadaburi ayat-ayat Al-Qur'an
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an ataukah hati mereka terkunci?” (Q.S. Muhammad : 24)
p/s : Sebenarnya ada 6 tips yang Allaq tahu...tapi setakat ini saja yang Allaq mampu tulis...
sekian :)
Hari ni allaq nak beritahu sebab kenapa
"Couple itu Haram" dalam islam...
Kawan-kawan nak tahu tak...
nak tahu jum baca ... :)
PERTAMA 1: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
Tiga 3: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating” ? ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya.
Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,perbicaraan yang tidak wajar
Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan,
maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?
Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah "HARAM"
p/s :jadi jangan lah kita bercouple...saya seorang da'ie kerana dakwah itu mudah XOXO
berjumpa lagi kita :) ...
Ilmu :
Luaskan ilmu pengetahuan agar hujah kita lebih mantap & berkesan ...
Ibadah :
Ibadah yang bakal menjadi perisai kita dalam menghadapi kehidupan agar kita sentiasa di dalam lindungan & pentujuk Allah S.W.T
Akhlak :
Akhlak seorang dai'e perlulah lebih baik dari orang-oranng biasa ...
Amal :
Iman dalam hati tidak mungkin duduk diam..
ia akan tempacar sebagai amalan yang baik ...
Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri
“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”
p/s: dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz. memakai songkok, tidak semestinya aku seorang yang alim. dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi... :')
Selamat malam semua...
Allaq nak tanya?
dah solat isyak belom ?
kalau dah Alhamdulillah
Kisahnya mengenai 3 orang makhluk Allah, iaitu Syafiq, Safura dan Muhammad (seorang muallaf). Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple,
"COUPLE ISLAMIC"
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.
Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni ? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya. Wallahualam
P/S : Couple itu Haram, Jauhi pergaulan bebas, jika betul anda menyayangi seseorang itu, sayangilah dia kerana Allah. Wujudkan dia di dalam setiap doa kalian agar dijodohkan, In Shaa Allah, kalau dah ada jodoh itu, tak akan kemana punye. Wallahu A'lam
Sumber Asal:Blogger Adam takeru
selamat petang kawan-kawan...
Allaq nak tanya Dah solat Asar ke belum ?
alhamdullilah kalau dah :)
tajuk hari ni ...
Aku seorang da'ie (post pertama saya)
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al Fushshilat: 33)
Bilamana diri ini mengaku 'aku adalah seorang daie',
Orang yang menyeru orang lain ke arah kebaikan,
Orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar,
Semestinya punya rasa berat!
Mampukah aku buat semua ini?
Mampukah aku melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh rasulullah?
Mampukah aku menyambung perjuangan para sahabat?
Mampukah aku untuk terus istiqamah?
Mampukah aku?
…………….
Berat.
Berat.
Berat.
Memang beban dakwah ini bukan satu permainan,
Yang boleh diambil bila-bila, sesuka hati,
Kerana bila mana kita telah mengaku ingin bersama-sama di jalan dakwah ini,
Setiap hela nafas ini harus kerana Dia semata-mata,
Harus kerana dakwah ila Allah,
Harus kerana agamaNYa,
………………...
Berat,
Berat,
Dan berat,
Bilamana kita bukanlah orang yang paling layak untuk menasihati,
Bilamana kita bukanlah orang yang paling banyak amalnya,
Bilamana kita bukanlah orang yang mampu melaksanakan setiap kata-kata yang dilafazkan,
Bilamana kita bukanlah orang yang kuat di saat diuji dengan pelbagai ujian,
Tapi kita tetap perlu melaksanakannya,
Kerana kita yakin dan percaya,
Bukan dakwah yang perlukan kita,
Tapi kita yang paling paling perlukan dakwah,
Bukan Allah yang perlukan kita,
Tapi kitalah yang paling paling perlukan Allah,
Dan atas dasar keyakinan dan kepercayaan,
Jalan yang sudah dilalui ini ialah jalan yang terbaik,
Jalan yang paling dekat menuju syurgaNya,
Jalan yang paling dekat untuk mecapai cintaNya,
Dan di situlah wujudnya ketabahan,
Di situlah wujudnya keyakinan,
Di situlah wujudnya kekuatan,
Allahu Allah.
Ya Allah,
Izinkan aku untuk terus bersama orang-orang yang menyeru kepadaMu,
Izinkan aku untuk terus istiqamah di jalanmu ini,
Kurniakan apa yang terbaik buat diri dan agamaku,
Walau bermacam ujian yang kau hadiahkan,
Tetapkan aku di jalan ini ya rabb,
Hingga ke akhir nafasku.
Allah…